Prolog

698 21 0
                                    

Airul mengeliat kecil sambil jarinya menggosok-gosok matanya. Telefon bimbit diambil. Terdapat 12 panggilan yang tidak dijawab olehnya beserta 5 mesej yang diterimanya. Hembusan nafas kedengaran bila melihat nama yang tertera pada skrin telefon iPhone 6 miliknya. Segera dipadam semua mesej yang diterima itu lalu bergerak ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

"Airul, awalnya kamu bangun hari ni." Airul tergelak kecil mendengar perlian Datin Aida, ibunya. Segera dicium sayang pipi Datin Aida lembut. Walaupun sudah berusia 56 tahun tetapi wajahnya masih kelihatan begitu muda.

"Mama ni, tak sah Kalau tak perli orang dalam sehari." Datin Aida hanya ketawa mendengar omelan anak terunanya itu. Pantas tangannya mencubit lengan Airul. Tawanya meletus mendengar Airul mengadu sakit. Haha, padan muka kau.

"Mana boleh mama tak perli anak teruna mama ni. Jam sembilan atau jam 10 baru nampak batang hidung anak mama ni. Walaupun Airul ni boss kat syarikat ayah tu, Airul kena juga datang awal."

"Yalah, mama. Ma, ayah mana?" Soal Airil bila melihat kelibat ayahnya tiada disitu.

"Biasalah ayah kamu tu. Dia tengah datinglah tu dengan surat khabar kat luar sana." Airul mengangguk faham. Roti bakar segera disumpat masuk kemulut sekali gus bila melihat jam tangannya. Sudah terlebih lewat mungkin. Tangan Datin Aida segera dikucup sebelum melangkah pergi ke pejabatnya.

**********

"Diana, cepatlah sikit bersiap tu. Aku ada interview ni! Kang melepas pulak aku." Omel Azwina sambil tangannya ligat memperbetulkan kedudukan shawl yang dipakainya. Perfect! Puji Azwina.

"Interview apa kau hari ni?"

"Interview untuk PA baru syarikat H&R Holdings. Kau doakan aku dapat kerja tu tau." Diana mengangguk perlahan lalu tersenyum kecil. Kereta kelisa milik Diana segera memasuki perkarangan syarikat H&R Holdings. Azwina terasa gemuruh. Doa penenang hati dibaca perlahan sebelum keluar dari perut kereta. Tetapi kata pepatah, malang tak berbau. Tanpa disengajakan, Azwina terlanggar dengan seorang lelaki.

"WHAT THE ..." Baju kemeja putih lelaki itu kelihatan sudah kotor tersimpah air kopi yang dibawanya tadi. Azwina sudah melopong terkejut. Matilah aku! Matilah! Bisik hati Azwina. Wajah lelaki itu kelihatan kemerah merahan menahan geram. Azwina hanya mampu mengetap bibirnya. Tidak tahu apa yang nak dibuat. Kejadian itu berlaku sekelip mata sahaja.

"Im so sorry, encik. Saya tak sengaja! Saya minta maaf." Rayu Azwina. Lelaki tadi mendengus kasar sebelum matanya tajam memandang Azwina yang masih terkaku di tempat yang sama.

"Kalau jalan tu, gunalah mata! Bukan guna kepala lutut!" Bentak lelaki itu. Bibir diketap menahan geram.

"Encik, saya tak sengajakan? Saya dah minta maaf pun kat encik." Balas Azwina. Ish, mamat ni. Aku dah minta maaf kot. Alahai. Gumam Azwina dalam hati.

"Kau ingat maaf kau tu boleh hilangkan kesan air kopi kat baju aku ni?! Dahlah panas!" Geram Azwina dibuatnya. Dengusan kasar dilepaskan perlahan sebelum menuturkan bicara.

"Dah cukup bagus dah saya minta maaf kat encik. Kalau saya langgar encik and then tinggalkan encik macam ni je lagi teruk, kan? Alah, baju ni encik boleh cuci kot kat rumah. Hilang juga kesan kotoran tu nanti!" Lelaki tadi tersentak mendengar bicara Azwina. Padan muka kau!

"Kau ni memang sengaja nak cari nahas kat aku, kan? Tak apa. I hope so yang kita akan jumpa balik. Dan masa tulah kau tau macam mana rasa menderita!" Ugutnya. Azwina tersentak. Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat ni! Tubuh Azwina terasa sedikit tertolak bila lelaki tadi sengaja melanggarnya pula. Makin geram Azwina rasakan.

Kakinya melangkah perlahan ke ruang interview itu. Kelihatan begitu ramai yang datang untuk melamar kerja di syarikat ni. Tawakal je lah, Wina.

"Azwina Sofea binti Dahni." Matanya segera mencari pemilik suara yang menyebut nama penuhnya. Senyuman dihadiahkan segaris sebelum kakinya melangkah masuk ke bilik interview. Debaran di dada makin bertambah. Entah kenapa sekarang ini dia merasakan sesuatu perkara buruk akan berlaku nanti. Rasa nak balik pun ada juga. Hahaha. Azwina melihat seorang lelaki yang membelakanginya. Segak. Kacak mungkin. Bisik Azwina nakal.

"Azwina Sofea." Debaran makin menggila ketika namanya disebut oleh lelaki itu. Namun, selepas lelaki yang membelakanginya tadi berpaling ke depan, mulutnya melopong. Riak wajah lelaki itu turut terkejut. Tetapi hanya seketika sahaja sebelum senyuman sinis diperlihatkan.

"Wow! Tak sangka kita jumpa lagi Miss Azwina Sofea." Senyuman sinisnya masih terukir dibibirnya. Matanya langsung tidak berganjak dari memandang Azwina yang sudah terkaku dek terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Wait! Bukan tadi baju dia kotor ke? Ni asal baju colour lain? Gumam Azwina. Lelaki itu yang seakan perasan perempuan yang ada dihadapannya sekarang melihat ke arah bajunya segera menapak mendekati Azwina.

"Apa awak nak buat ni?!" Terkejut Azwina melihat wajah lelaki itu dekat dengan wajahnya. Mukanya segera bertukar warna.

"Kenapa muka kau merah?" Tawa lelaki itu meletus. Kakinya melangkah setapak berundur kebelakang sedikit. Azwina menjeling kasar bila menyedari lelaki itu sengaja mengenakannya.

"I accept you. So now you're my PA." Nak happy ke tak nak ni? Bisik Azwina. Matanya masih memandang tidak percaya ke arah lelaki itu.

"What? Terkejut? Aku terima kau supaya senang aku nak balas balik apa yang kau dah buat tadi pagi. Nasib je aku ada bawa baju spare. Kalau tak ada memang aku suruh kau jilat baju aku tu. Dah, keluar!" Bentakan lelaki itu. Azwina segera menapak keluar dari ruangan itu. Mata Azwina sempat menangkap sebaris nama di pintu ruangan itu.

"Airul Syafiq. Hm, not badlah." Komen Azwina lalu meninggalkan kawasan bilik itu. Nafas dihembus lega. Dapat boss singa pun tak apalah. Yang penting dapat job. Hahaha. Gumamnya perlahan. Senyuman terletak indah dibibirnya.

Pssttt !! Hai uolls 😙 cerita ni boring eh ? Huhu aku nak minta maaflah sebab this is my first time huahuaaa 😢😢 Tapi kalau ada typo or whatever lah just tegur je aku kay ? Hahah ajum santai duluu ! Vote vote votee ...

Encik BossWhere stories live. Discover now