Love Is Not Over

356 22 5
                                    

Cast : Kim Taehyung dan Park Saera.

Love is so painful
Goodbyes are even more painful

Kisah cinta aku yang belum berakhir.
Cinta aku tetap hidup sampai aku mati.

Taehyung duduk di satu sudut sambil memerhati seseorang. Dia memerhati seorang perempuan.

Setiap hari dia memerhati perempuan tu. Nama perempuan tu Park Saera. Di mana ada Saera di situ pasti adanya Taehyung. Jauh di sudut hati Taehyung.. Taehyung ingin berkenalan dengannya. Tapi dia takut. Sampai lah suatu malam...

Saera berjalan ke lorong yang gelap. Hanya lorong tu je jalan dia ke rumah. Tiada jalan lain.

Semasa di berjalan, ada sekumpulan lelaki mengacau Saera.

"Hye.. Nak pergi mana?" Bermain dengan rambut Saera. Saera menepis.

"Jangan lah macam ni.. Lepak lah dengan kita orang." Memegang tangan Saera.

"Lepas lah!" Menarik tangannya. Tapi tak berjaya.

"Jangan lah macam tu baby.. Kita berseronoklah dulu." Memeluk Saera.

"Lepaskan dia!" Jerit Taehyung seraya menumbuk salah seorang penyangak yang menghalang laluannya.

Lelaki yang memegang Saera mengeluarkan pisau seraya menghalakan ke arah Saera.

"Kau bergerak dia mati." Ugut lelaki tersebut.

Taehyung tak bergerak. Taehyung membiarkan dirinya di belasah. Saera menangis. Lelaki tadi ketawa jahat.

Taehyung melihat lelaki tu cuai, mengambil keputusan untuk menyerangnya. Lelaki tadi terdorong ke belakang plus terduduk.

Taehyung menarik Saera ke arah nya. Taehyung memeluknya.

"Lebih baik korang bla sebelum aku call polis." Ugut Taehyung. Mereka pun beredar dari situ.

"Awak tak apa-apa?" Tanya Saera.

"Kalau macam tu.. Saya nak minta diri dulu." Kata Taehyung seraya beredar dari situ. Tapi langkahnya terhenti bila Saera memegang tangannya.

"Ikut saya sekejap boleh?" Tanya Saera. Taehyung hanya menganggukkan kepala.

~

"Maaf lah ye.. Ni bukan rumah, tapi sebuah bas yang di ubah suai. Saya ni orang susah. Hidup pun sebatang kara. Jemputlah masuk." Kata Saera. Taehyung senyum.. Aku tahu.. Sebab tu lah aku suka kau.

"Awak tunggu sini kejap. Saya nak ambil barang." Kata Saera. Taehyung pun duduk seperti yang di suruh Saera.

Tidak lama kemudian, Saera kembali dengan besen berisi air sejuk dan sapu tangan warna putih.

"Awak.. Rapat dengan saya sekejap.. Saya nak cuci luka awak." Kata Saera. Taehyung menghampiri Saera.

Ketika Saera mencuci muka Taehyung. Taehyung mengambil kesempatan untuk memerhati mukanya.

"Awak.. Saya perasan.. Selama sebulan awak ekori saya. Betul tak?" Taehyung agak terkejut. Dia perasan.. Macam mana ni? Mesti di marah aku ni..

"Kenapa senyap? Awak marahkan saya?" Tanya Saera.

"Saya.. Nak marahkan awak? Kenapa pula? Bukan sepatutnya awak yang marah saya ke?" Tanya Taehyung. Saera memandang muka Taehyung.

"Kenapa pula saya nak marah? Awak kan dah selamatkan saya. Saya cuma nak tahu.. Kenapa awak follow saya?" Tanya Saera.

Sebab aku suka dan cinta kau. Mahu sahaja Taehyung berkata begitu. Tapi ungkap tersebut hanya diungkap dalam hati je.

"Saya nak jadi kawan awak. Sebab tu saya follow awak. Boleh kita jadi kawan?" Tanya Taehyung.

Exo and Bts short storyWhere stories live. Discover now