Chapter 1 | Perasaan |

576 6 0
                                    

[ media ]
^ Davika Hoorne

***

Kini sudah 11 tahun aku duduk di rumah Tengku Hamidin Kharl. Kalau dulu nama ku Amenda Krystal Binti Rayyan Jaafar dan kini nama ku telah berubah kepada Tengku Amenda Krystal binti Tengku Hamidin Kharl.

Kini aku telah mencecah umur 22 tahun dan masih berkolej lagi.

Abangku pula sudah berusia 25 tahun. Walaupun umurnya semakin meningkat tetapi ia tetap dengan perangai nya yang manja itu. Walaupun perangai dia tetap sama tapi aku suka !

Petang itu, aku menolong mama ku menyiapkan makan malam. " ma, ikan ni, tak pe ke kalau diletak terus. Amenda takut " takut aku. Aku cukup trauma dengan minyak panas kerana minyak panas ni lah hampir meragut nyawa kawan ku Elia kerana kecuaiannya ketika mengangkat makanan bergoreng ketika di kem dulu.

" tak pe biar mama buat okey ? Amenda tolong mama potong bawang " ujar mama ku lalu mengambil bekas yang di isi ikan siakap itu. Aku hanya menurut perintah mama ku. " haih, anak papa dan mama dia masak apa ? Lepas keluar bilik pun boleh bau masakannya " sapa papa tersenyum. " hari ni mama dan Amenda masak ikan siakap 3 rasa. Hmm makanan favourite papa kan ? " jawab ku wakil dari kami dua orang.

" woah, makan sedap lah kita hari ini " balas papa ku teruja. Aku hanya tersengih. " Amenda, boleh kamu keluar rumah pegi beli barang ? " soal mama dengan menyuakan kertas yang diisi nya ke arah aku." Hm baiklah, Amenda keluar dengan abang ya? Lagipun abang tak kasi Amenda bawak motor. Kejam " rungut ku sempat lagi mengata abang ku.

" bukan abang tak nak kasi Amenda bawak tapi demi keselamatan Amenda jugak " celah abang afiq. Sejak bila dia datang ? Aku tergaman.
" err. Abang, teman Amenda pegi beli barang " kata ku sambil tersengih. Abang aziq cuma mengangguk.

" Aziq, nanti kalau masa lapang, bawalah Amenda pergi belajar bawa kereta. Kan senang dia kalau nak pergi kolej. Tak perlu lah kamu hantar dia " ujar mama ku di sebalik perbualan kami. " yela mama, nanti Aziq bawak budak nih pergi belajar bawak kereta. Jum kita pergi " kata abang ku. Budak? Hey aku bukan budak lagi !

Tanpa melengah kan masa aku ikut pegerakkan abang ku itu di belakang.

***

Sejak dalam perjalanan kami hanya diam. Cuma radio sahaja yang kedengaran di dalam kereta ini. Aku menghela kan
Nafas panjang bagi mengurangkan sedikit kegugupan yang ada dalam diri aku.

" ehem " Aziq berdehem pada ku. Aku menatap nya. " what ? " soal ku sepatah. " bila tamat kolej ? " soal Aziq. Aku masih menatap nya yang sedang memfokus memandu itu.

Rambut nya yang disisih ke tepi membuat kan lagi wajah nya kelihatan comel, mata nya yang bulat itu sangat mengancam diri ku. Turun ke hidung nya yang mancung tak berapa mancung tu. Aww mengancam.. turunnya pulak ke bibir nya.. bibir yang selalu aku lihat ketika ia bercakap dan tersenyum. Aku nak sangat rasa bibir tu. Bayangkan bibir nya itu selembut selimut yang baru dibasuh soflan aku rasa. Dasar gatal aku nih !

" amenda.. " aku dengar suara ku dipanggil terus lenyap imaginasi ku. Aku tersengih. " ye? Abang ada cakap ape ii ke? " soal aku tak ingat apa yang dikatakan nya. " abang tanya, bila Amenda tamat kolej dan bila Amenda nak bekerja dengan abang ? " soal Aziq.

" lagi 2 bulan tamat lah abang pasal kerja tuh. Nanti Amenda fikirkan " jawab ku jujur. Kereta milik Aziq diberhentikan di tepi pasaraya. " jom keluar. Pegi beli barang " kata aziq yang sudah membuka tali pinggang keledar nya. Aku masih lagi termenung menatap nya, tak dengar apa yang dikatakan oleh nya.

Dia Atau Aku ?Where stories live. Discover now