Hari itu Anisa masuk lambat ke office. Kelewatan yang tidak disengajakan, dia terpaksa menghantar emaknya Puan Kalsom ke Klinik. Perkara tersebut telah dimaklumkan pada Zuraini office matenya merangkap setiausaha kepada Bossnya Encik Rayyan Ashraff.
" Anisa, cepat letak barang- barang kau kita ada meeting lepas ni," panggil Zuraini sebaik sahaja Anisa sampai ke mejany
" Meeting apa pulak ni Zue?," tanya Anisa sambil meletak bag tangannya nya di dalam laci . Setahu Anisa semalam tidak pula ada memo tentang sebarang mesyuarat." Entahlah, aku pun tidak tahu tiba-tiba sahaja Encik Rayyan hendak buat mesyuarat," terang Zuraini.
" Oooo, " jawab Anisa pendek.
Tepat jam 11.30 semua pekerja bahagian pemasaran dan pentadbiran JATI RESOURCES berkumpul di bilik Mesyuarat. Encik Rayyan memulakan kata-kata aluan, semua pekerja memberikan perhatian sepenuhnya.
'Kenapalah segak sangat Boss ni, makin hari semakin hensem pulak' kata Anisa dalam hati. Dalam diam Anisa lama menaruh hati pada Encik Rayyan, cuma perasan sendiri sahaja tanpa siapa pun tahu, maklumlah siapa dia pada Bossnya itu.
Encik Rayyan Ashraff seorang anak muda yang berkedudukan, berada, ada rupa dan lebih utama Tuan punya JATI RESOURCES , sebuah Syarikat yang mengelolakan serta memberi khidmat apa sahaja jenis event dari Hotel, Resort dan Jabatan Swasta serta Kerajaan. Seorang yang sangat tegas dan payah sangat melihat senyumannya.
'Agaknya semua Boss tak boleh senyum kot' bebel Anisa dalam hati.
" Syarikat akan mengadakan pertandingan memasak di kalangan kakitangan semua bahagian, menu akan diberi dalam Memo sebaik sahaja mesyuarat ini selesai," ucapan dari Encik Rayyan itu telah membuatkan ruangan mesyuarat itu bising dengan suara- suara pekerja. Ada yang menggeleng kepala tidak percaya dan ada yang rasa seronok , dapat mereka menunjukkan bakat memasak.
" Kenapa memasak Boss, tidak pernah pun kita dapat offer macam ini dan lagi satu untuk Restaurant atau Hotel mana pulak ni....atau Boss mencari calun isteri?," Sarimah kerani dari bahagian pentadbiran bertanya.
" Itu semua tidak penting, awak semua hanya kena memasak sahaja, ganjaran atau hadiah memang lumayan, awak semua takkan terfikir hadiahnya," jawab Encik Rayyan bersahaja.
Semua pekerja pandang memandang antara satu sama lain, mereka menggangguk tanda tiada bantahan.
"Boss, lelaki pun kena ambil bahagian ke Boss.?" Husin yang dari tadi diam mendengar bersuara.
" Kami lelaki pun teringin jugak hadiah tu, mana tahu kot beriban pulak hadiahnya," sambung pula Akmal officer dari Audit Plan.
" Memo akan diberi pada semua begitu juga dengan borang bagi mereka yang ingin mengambil bahagian, sila isi jika berminat dan penyertaan terbuka ya," terang Encik Rayyan lagi.
***********
" Apa ni Mama, main paksa-paksa Rayyan kahwin, mana ada Rayyan calun," terang Rayyan pada mamanya Puan Faridah pada suatu malam .
YOU ARE READING
Cinta Kurma Ayam.
RomanceDari pertandingan memasak, Rayyan Ashraf melamar Anisa staff di tempat nya bekerja. Sebenarnya dua -dua sudahpun menaruh hati cuma tak terluah hingga Rayyan dipaksa berkahwin oleh Mama nya.