Bukan Semua Korea itu K-Pop

124 2 0
                                    

Bam!Bam!Bam! Bergegar pintu tandas aku ketuk.

"Yuyu! Cepatlah!!!! Nanti kita terlepas train!!!"

"Ughhh..Ughhh..Sorry! Bagi aku lima minit"

Perut dia buat hal lagi. Ikut plan, aku dan Yuyu akan sarapan, naik ke atas untuk ambil beg dan check out. Baru separuh jalan naik tangga, Yuyu sudah memecut laju naik ke bilik dan menghempas pintu tandas. Nasib baik tidak bertaburan. Kali ini lamanya luar biasa. Aku mengeluh panjang. Jam sudah 9 pagi. Tepat 10 pagi keretapi kami akan berlepas. Nak kena tunggu vaporetto dan naik sampai ke train station lagi. Adui.

Yuyu membuka pintu tandas. Muka nya pucat dan berkali-kali dia meminta maaf padaku. 

"Yuuuu.. Zip..Zip kau tutup..Dah dah..Jom turun check out."

Tergesa-gesa sampai zip jeans lupa tarik. Kami berlumba menuruni tangga dan terus ke resepsi. Sebelum naik dan selepas sarapan aku sudah memberitahu mereka untuk menyediakan bil. Sewaktu kami ingin check out di resepsi semua sudah tersedia. Aku cuma perlu menandatangan dan membayar bil. Butiran bil aku baca satu persatu. 

"There is a mistake here. We had one extra breakfast yesterday"

Dia memusingkan bil aku dan menelitinya. 

"Paid by cash yesterday at the restaurant." terang gadis yang menjaga resepsi.

"Yuyu. Kau ada bayar ke semalam?"

"Tak dak pun. Aku mai makan ja."

Aku terdiam sebentar. Oh ya! Pakcik bell boy semalam! Pasti dia yang bayar. Aku pasti bukan Andrew kerana dia lupa membawa wang sewaktu lari. Sebab itu jugalah dia tidak dapat menunaikan janji dark chocolate gelato pada aku.

"Where is the bellboy on duty? That middle aged man?"

"He went up to send a bag."

Aku tidak dapat menunggu lagi. Aku tidak pasti apa yang membuat dia bermurah hati membelanjakan 10Eu untuk kami. Aku tinggalkan nota yang ditulis di atas kertas. Bagi aku 10Eu untuk dibelanjakan kepada orang yang kau tidak kenal boleh dikira sebagaibanyak.

Dear Mr Bellboy,

Thank you for the breakfast treat. 

Really appreciate it. Have a nice day. :-)

Love from Malaysia.

 Aku lipat kemas dan aku selitkan button badge I love Malaysia yang aku pinkan di daypackku sebagai kenang-kenangan padanya.Button badge second hand. Mungkin tiada nilai baginya. Aku rasa kurang senang untuk memberi nota yang kosong tanpa apa-apa. 

Aku dan Yuyu berlari sepantas yang mungkin ke hentian Rialto. Dari jauh kami nampak vaporetto sedang menghampiri stesyen Rialto. Mujur orang yang menjaga keluar masuk vaporetto menegur kami.

"To where?"

"Train station."

"No no no. Not here. Wait there."

Dia menunjukkan hentian disebelah. Mujur. Kalau tidak kami akan buang masa untuk berpatah balik. Tidak sampai lima minit, vaporetto kami sampai. Kami masih ada 30 minit sebelum keretapi berlepas. Tepat 20 minit berlalu, kami tiba di stesyen keretapi. Aku dan Yuyu berlari mencari terminal. Terminal Venice tidak lah sebesar Rome. Kami tahu terminal kami dari sekilas pandang di paparan skrin. Kami memperlahankan langkah kami apabila train yang kami cari sudah di depan mata. Di depan kami ada seorang gadis berbadan kecil sedang mengheret beg beroda yang besar. Nampak seperti ada masalah pada beg rodanya kerana dia mengheret dengan penuh kepayahan menggunakan kedua-dua belah tangan. Kakinya yang berstokin pula disarung dengan selipar jepun. Aku dan Yuyu melepasinya dan terus naik ke gerabak kami. Dalam sejuk begini tahan pula dia memakai selipar sahaja.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now