"FISYAA!!!".
Biji mataku membulat sejurus terdengar jerkahan kawan se'office' ku itu. Memang kenalah aku lepas ni dengar bebelan dia seperti mak aku yg takde noktah penghujung itu sebab terlalu leka mengenangkan nasihat mak yang asyik sangat menyuruhku untuk mencari calon suami. Pening!. Tapi aku tahu apa yang mak cakapkan itu betul. Umur aku makin lama makin meningkat. Mak takut aku jadi ANDARTU sebab takde masa nak cari calon suami. Asyik sibuk dengan kerja. ehm,itulah bebelan yang dia harus hadapi setiap kali topik 'hangat' ni menjadi permulaan bicara mak. Bermacam-macam alasan yang aku berikan supaya terlepas dari mendengar bebelan mak. Aku bukannya tak nak berumah tangga. Hello,semua perempuan pun ingin ada keluarga sendiri. Tapi aku jadi tawar hati bila soal lelaki kerana masa silamku. Ah,malaslah nak ingat balik kisah tu."Kau ni dah kenapa sya?" Siti pantas bertanyakan aku soalan sebelum sempat aku meneruskan lamunanku.
"Takde apa la."
"Alah,macam lah aku tak kenal dengan pehel hang tu. Doh macam tu mesti ado problem."
"Takde apa la. Aku cuma fikirkan karier aku ni je. Takkan selamanya aku nak jadi secretary joh. Penat."
"Ehm,hang ni pun satu yang dok nak jawatan tu kenapa. Kan bagus kalau hang kerja jo jadi 'cleaner'. Tak payah dah hang tu dok susah-susah nak kehulur-kehilir dengan bos kita tu. Nanti ado pulak gosip scandal dengan bos". Sambil mengerling tajam dengan aku. Aku tak hairan lah memang minah nie mulut celopar sikit. Tapi tak tersinggung pun dengan kata-katanya tu.
"Alah,saja ja aku nak test power sikit. Mana tahu dapat jadi bini dia nombor dua. Dapat jugak la aku ni duduk goyang kaki kat rumah. Bini nombor dua katakan. Paling manja. Kelihatan bibir Siti dah menjuih hampir seinci dengar gurauan aku. Meluat.
"Ehh,dah la. makin lama layan hang ni makin kusut fikiran che. Lunch nanti che tunggu hang kat lobi. hang belanja makan kat tempat biasa tu. Bye.
Aku terketawa kecil melihat gadis yang bertudung kemas berbaju kurung moden itu jalan ke meja kerjanya dengan mulut yang tidak henti-henti membebel kerana tidak berpuas hati dengan aku. Marah kot sebab aku tak beri perhatian masa dia tengah syok cerita dok pasal boyfriend dia. Ah,nanti okeylah cik Siti tu.
**************
"Good Morning pa,ma"
"Morning".
"Az,papa rasa kamu tu dah boleh ambil alih syarikat Mega Holdings tu. Lagipun kamu dah lama sangat mintak excuse dengan papa. Papa pun nak rehat dah lepas ni. Malas nak fikir sangat pasal kerja". Sejak aku balik dari London papa sentiasa menyuruhku untuk mengambil ahli syarikat tu. Ehm,tapi memang patut pun. Kesihatan papa bukannya baik sangat. Lagipun aku lah satu-satunya anak dia.
"Okey pa". Aku akur dengan kehendak papa.
"Besok papa nak kamu datang office papa. Papa nak kenalkan kamu dengan staf kat sana dan papa akan ajar cara nak uruskan syarikat". "Okey pa"
"Ehm,dah la kamu ni dua beranak. Papa tu. Nanti-nanti lah cerita pasal kerja. Kan tengah sarapan ni". Mama mengecilkan matanya sambil merenung tajam dengan kami berdua. Aku dan papa tergelak kecil melihat mama yang membebel dengan nada yang sedikit tidak berpuas hati dengan kami berdua. Mungkin mama terkecil hati sebab tak mendapat perhatian mereka berdua sejak dari tadi lagi.
"Hari ni kamu ada pergi mana-mana ke Az?".
"Tak tahu lagi ma,kenapa?".
"Mama nak mintak Az temankan mama pergi shopping mall. Lama dah mama tak keluar berdua".