Datin Aida memandang Airul yang kelihatan sedang tekun menonton television. Perlahan-lahan Datin Aida mendekati anak terunanya itu. Airul mendongak ke atas melihat ibunya yang berdiri di sebelahnya.
"Airul, mama nak tanya something boleh?" Airul menjongketkan keningnya.
"Tanyalah ma. Apa dia?" Datin Aida senyum.
"Azwina tu girlfriend Airul ke?" Tersedak Airul dibuatnya. Pantas jarinya mengesat air matanya yang keluar akibat tersedak.
"Girlfriend?! No lah. Just my new staf. New PA." Ujarnya perlahan. Datin Aida tersenyum lagi.
"Azwina tu single?" Soalnya lagi. Airul hanya menganggukkan kepalanya laju.
"Why ma?" Makin lebar senyuman Datin Aida.
"Mama berkenanlah dengan Azwina. Hormat orang tua, sopan, cantik, tutup aurat dan yang penting dia suka sangat senyum dengan mama. Siap nampak lesung pipit lagi tu. Haha." Datin Aida ketawa kecil. Airul melopong. Betul juga tu. Sesuai jadi calon isteri aku. Ececeh.
"Kenapa ma? Nak jadikan madu mama ke?" Datin Aida menampar kuat lengan Airul. Ketawa besar Airul dibuatnya.
"Apa pula macam tu? Tak ada eh. Mama lebih berminat dia jadi menantu mama." Sengaja Datin Aida menjeling lembut Airul yang memandangnya tajam.
"Apa mama ni? Ish, dah datang dah mengarut mama tu." Airul mencebik. Datin Aida senyum saja.
"Tak apa. Nanti mama nak jumpa Azwina lagi. Bagitau kat Azwina esok teman mama lunch." Airul memandang pelik Datin Aida.
"Ish, kamu ni. Mama saja je nak ajak dia lunch! Bukan mama ada buat apa-apa pun kat dia." Airul mengangguk laju. Telefon bimbitnya diambil lalu jarinya laju menekan setiap huruf.
"Kat mana ma? Tapi jangan lewat sangat tau. Airul pun perlukan Azwina tu. Dia kan PA Airul." Jelasnya.
"Kat cafe dengan dengan office kamu je. Kat Aroma Cafe."
"Okay. Airul dah bagitau Azwina."
"Eh, awalnya kamu bagitau. Mama ingat kamu nak bagitau esok kat office kamu." Airul tersengih.
"Dahlah ma. Airul naik atas. Nak tidur. Goodnight, ma. Wish goodnigt to ayah juga. Assalamualaikum." Tangan mamanya dikucup lalu naik ke tingkat atas.
******
"Assalamualaikum Datin." Dikucup lembut tangan Datin Aida.
"Waalaikumussalam, Azwina. Sinilah duduk sebelah mama. Satu lagi, mama tak nak Azwina panggil mama ni Datin Aida. Panggil mama je." Azwina tersenyum tawar. Tiba-tiba teringatkan arwah ibunya.
"Azwina kenapa ni? Mama ada salah cakap ke?" Soal Datin Aida bila melihat raut wajah Azwina berubah.
"Taklah Datin.. Eh, mama. Saya cuma teringatkan arwah ibu Wina." Balasnya. Tidak mahu Datin Aida terasa bersalah. Datin Aida mengangguk perlahan. Tangannya laju saja memeluk tubuh Azwina.
"Maafkan mama ye. Tak apa. Azwina anggap je mama ni ibu Azwina." Azwina mengangguk. Perlahan-lahan air matanya jatuh. Sungguh dia rindukan arwah ibunya. Dia mengeratkan lagi pelukan Datin Aida.
"Ehem! Apasal kau senyum sorang sorang ni? Dah tak betul ke otak kau tu?" Azwina mendongak. Aku tak betul? Ish, nasiblah kau boss aku.
"Saja je nak senyum. Tak boleh ke?" Terbeliak mata Airul. Eh, dah pandai menjawab dah minah ni.
"Gila!" Azwina tersengih sendiri. Matanya masih melihat Airul masuk ke biliknya.
Diana memandang Rizki begitu juga sebaliknya. Tidak lama lepas tu mereka ketawa serentak.
YOU ARE READING
Encik Boss
RomanceAirul Syafiq lelaki yang berkerjaya dan seorang CEO muda sebuah syarikat hotel dan resort pada usia 26 Tahun. Airul berubah menjadi seorang yang pemarah, keras hati dan juga seorang lelaki yang boleh digelar buaya darat. Semuanya berpunca daripada S...