(11) Perjuangan

162 3 0
                                    

Aku berdoa pada Ilahi.
Semoga ditabahkan hati.
Agar terus kuat untuk tempuhi.
Jalan ini yang penuh onak dan duri.

Walaupun kadang2 aku hampir futur.
Juga beberapa kali tersungkur.
Dan sedikit lagi hendak berundur.

Sungguh diri ini tak kuat.
Jika tiada sahabat2 yang memberi semangat.
Kerana perjuangan ini dugaannya sangat hebat.

Aku takkan pernah berhenti.
Walau dugaan datang bertubi tubi.
Kerana kita adalah penyambung perjuangan Nabi.
Kalau bukan kita , siapa lagi?

*futur = berpaling dari perjuangan Islam.

Puisi ... ✔️Where stories live. Discover now