"Eh Asyurah, kau tak jelak ke minum air yang sama? Setiap kali kita ke sini, pasti kau pesan Double Chocolate. Kan ada air lain..kau tak nak cuba ke tukar-" tidak sempat Mira menghabiskan ayatnya, Asyurah sudah menyampuk.
"Mira... Aku kan dah pernah beritahu kau yang aku tak minum kopi..kau-"
"Ye ye.. Aku tahu.. Saja.. Mana tau dah ubah selera kan" usik Mira.
Mengusik merupakan perbuatan seharian bagi Mira. Dan orang yang diusiknya tidak lain dari Asyurah, kawan baiknya sendiri.
Air yang dipesan sudah pun dihantar ke meja mereka. Nikmat seteguk Double Chocolate memang tidak dapat digambarkan.
Happy Cafe ialah kafe kegemaran Asyurah. Entah kenapa baginya harinya tidak akan pernah menjadi lengkap sekiranya dia tidak meluangkan masanya di situ. Mira lah yang sentiasa menemaninya di kafe tersebut.
"Macam mana hubungan kau dengan Hanif? Okey tak?" tanya Mira.
"Okey je.. Macam biasa lah.. Tak ada perkara baru pun yang terjadi. Kenapa kau tanya? Macam ada yang tak kena sahaja.."
"Eh.. Aku tanya sebab aku kesah. Sebab apa aku kesah? Sebab aku sayang kau lah"
Senyuman terbina di bibir Asyurah selepas mendengar gurauan manisnya. Mira benar-benar menyayangi Asyurah seperti ahli keluarganya sendiri. Perasaannya tiada beza dengan perasaan Asyurah.
Mereka telah berkawan selama lapan tahun. Kali pertama mereka berjumpa adalah semasa mereka hendak masuk ke peringkat menengah. Ini sebabnya mereka amat menghargai persahabatan mereka. Sifat bersefahaman adalah apa yang membuat mereka bertahan selama lapan tahun.
Asyurah dan Hanif pula, telah bersama selama tiga tahun. Semasa Asyurah sedang bersembang bersama Mira di cafe kegemaran mereka empat tahun yang lalu, ada satu jejaka yang menghampiri mereka dengan niat hendak menjadi kawan Asyurah. Kelakuannya membuat Asyurah terkejut buat seketika. Tetapi dia pun memberi senyuman kepadanya sebagai tanda setuju.
Ada satu rahsia yang Asyurah tidak pernah memberitahu Hanif. Empat tahun lalu bukanlah kali pertama mereka berjumpa. Maka tidak hairanlah jikalau Asyurah bersetuju tanpa berfikir panjang.
Sewaktu Asyurah berada di tingakatan menengah satu, ada satu jejaka yang mendapat perhatiannya iaitu Hanif, cinta pertamanya. Tetapi malang, tahun itu Hanif akan graduate dan dia tidak akan dapat pernah dapat melihatnya lagi. Mungkin inilah yang dinamakan cinta monyet, fikirnya. Menyukai seseorang yang perbezaan umurnya sebesar lima tahun pada masa itu, memang tidak masuk akal. Setelah setahun berlalu, jejaka itu telah pun dilupakannya. Itulah sebabnya Asyurah terkejut apabila Hanif menegurnya tiga tahun yang lalu. Tiada sebab baginya untuk menolak tawaran Hanif untuk menjadi kawannya. Setelah berkawan selama setahun, status telah pun bertukar menjadi sepasang kekasih.
"Wei Asyurah.. Kenapa kau termenung panjang ni" teguran Mira membuat Asyurah sedar dari lamunannya.
"Eh sorry sorry.. Entah kenapa pula terkenang kisah lama"
"Dah dah.. Kita pergi shopping okey? Hilangkan stres sekejap. Jom" tanpa membuang masa, mereka pun langsung mula membeli belah.
Membeli belah adalah salah satu cara yang termudah untuk menghilangkan stres bagi Asyurah. Dan Mira sahajalah yang dapat memahami perangai Asyurah sepenuhnya.
Sewaktu mereka sedang sibuk memilih pakaian yang hendak dibeli, telefon bimbit Asyurah berbunyi. Lalu dia pun mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya dan mula membaca mesej yang diterimanya itu.
YOU ARE READING
Maafkan Aku [Oneshot]
Romance"Awak.. Saya tak sabar nak mengahwini awak.." pengakuan Hanif yang entah datang dari mana telah membuat Asyurah tersedak. "Awak tunggu sekejap je kay? kita pasti akan berkahwin satu hari nanti" sambungnya. "Berapa sekejap? Lima minit? Lima saat?" si...