CHAPTER 1

91 8 0
                                    

"Cepat Euna !!! Kita kena lari cepat!!!.." Dia menarik tangan aku dengan erat.
Air mata tidak berhenti mengalir dipipi aku.
Aku takut. Sangat-sangat takut.
Lorong-lorong yang gelap gelita terpaksa kami tempuhi hanya untuk satu tujuan.
Untuk selamatkan nyawa kami.
Lari. Hanya itu yang kami mampu lakukan sekarang demi melindungi nyawa kami.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Aku yang berada dibelakangnya turut berhenti.
Seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng sedang berdiri dihadapan kami.
Sepucuk pistol dihalakan tepat ke arah kami.
Dengan segera dia menolak aku ke belakangnya untuk melindungi aku.
Aku menutup mataku kerana terlalu takut.

Bangggggggg!!!!!!

Bunyi tembakan pistol jelas kedengaran.
Mata aku yang tadinya terpejam dibuka perlahan-lahan.
Dia rebah. Darah mula mengalir didadanya.
Aku terkejut.
Air mata yang tadinya mengalir perlahan mengalir semakin laju.
Aku jatuh terduduk.

"Aniya!!! Yahhhh!!!! Bangunlah!!!!!!" aku menangis sambil memangku kepalanya.

Aku memandang lelaki berpakaian hitam dihadapan aku dengan penuh kebencian.
Pistol ditangannya masih lagi diacukan kearah kami. Kali ini pistol tersebut menyasarkan aku.
Tiba-tiba sesuatu menangkap mata aku.
Gelang ditangan lelaki berpakaian hitam itu menyerupai gelang seseorang yang aku kenal.

Tak mungkin!!!!
Tapi Kenapa!!!!





Flashback where all begin...

"Jung Euna!!!! Bangun cepat!!! Nanti kamu akan lambat ke sekolah!!! Dah lah hari ni hari pertama kamu!!!" Omma Euna melaung dengan kuat dari tingkat bawah.

"Aisshhhh!!! Malasnya aku nak pergi..." Dengan malas,Euna bangun dari katil dan menuju ke bilik air.

"Pergi sekolah tu jangan duk buat perangai lama kamu tu!!! Ingat!!! Ni dah kali ketiga kamu tukar sekolah!!!" Ommanya mula membebel sebaik sahaja dia mula duduk dimeja makan.
Euna hanya buat tidak dengar sahaja bebelan Ommanya sebelum bangun dan terus berangkat ke sekolah.

Telinganya disumbat dengan earphone dan dengan selambanya dia menyanyi kecil sambil berjalan tanpa memandang kiri dan kanan.
Kakinya juga turut melompat perlahan mengikut rentak lagu yang dimainkan.
Tiba-tiba....

PONNNNNKKKKKK!!!!!!
Sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.
Euna berpaling.
Otaknya blur.
Kakinya seolah-olah telah digam disitu.

Alamak!!! Adakah ini pengakhiran hidup aku??? Omma!!! Aku nak hidup lagi!!! Aku takde teman lelaki lagi!!! Aku tak nak mati single!!!!!!......Aku tak nak jadi hantu single!!!!!

LOVE SCRAMBLEWhere stories live. Discover now