Kau Aku Pilih

4 0 0
                                    

Pagi Ahad itu, seperti biasa Zahid dan rakan sekerjanya akan bertugas untuk menjaga Pekan Tuaran. Tugasnya sebagai seorang pegawai polis untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara. Dia sudah berkhidmat selama 3 tahun setengah di Balai Polis Tuaran.

"Zahid, kau temankan Hanafi kat situ." arah Tuan Baharum kepada Zahid yang sedang tercegat berdiri melihat orang yang lalu-lalang dihadapannya.

"Baiklah, Tuan." balas Zahid lalu berjalan menuju ke arah Hanafi yang duduk keseorangan.

Sewaktu dia berjalan menuju kearah Hanafi, tiba-tiba datang seorang gadis berpakaian muslimah kearahnya. Gadis itu seperti kelam kabut sehingga dia terlanggar Zahid. Gadis itu segera memohon maaf kepada Zahid.

"Maafkan saya encik. Saya tak sengaja." kata gadis itu memohon maaf daripada Zahid sambil tertunduk-tunduk mohon maaf.

"Eh, takpe cik. Lain kali hati-hati tau." kata Zahid sambil tersenyum. Tangannya memberikan signal berhenti.

"Maafkan saya sekali lagi. Saya jalan dulu." kata gadis itu sambil berlalu pergi. Mukanya sudah kemerahan kerana malu.

Hanafi yang melihat Zahid tersenyum sendirian sambil tercegat segera datang menerpa Zahid dari hadapan.

"Amboi, gila bayang dah nampaknya bila kena langgar oleh gadis muslimah idaman melayu." usik Hanafi kepada Zahid sambil menjengket-jengketkan keningnya.

"Banyak gila bayang kau." balas Zahid sambil menjegilkan matanya.

Namun hatinya masih tersenyum sendirian kerana terpesona dengan keayuan dan kesopanan gadis itu. Sekiranya dia tersenyum dihadapan Hanafi, pasti dia diusik oleh rakannya itu.

12 t/hari.

Zahid melabuhkan punggungnya pada bangku yang disediakan oleh orang awam. Sewaktu matanya melilau ke kiri ke kanan, dia terlihat kelibat seorang gadis yang terlanggarnya pada pagi tadi.

Gadis yang bernama Zaf Hamishatul itu merupakan seorang ustazah di sebuah sekolah menengah kebangsaan. Dia merupakan anak kepada Haji Zunainah dan Hajah Hanisah. Merupakan anak bongsu daripada 6 orang beradik.

Sewaktu Zaf Hamishatul berjalan untuk melintas ke seberang jalan, terdapat sebuah kereta Proton Saga memandu dengan laju. Zaf yang tidak menyedari kereta itu hampir sahaja dilanggar. Namun, ada seseorang yang menarik tangannya dari belakang. Jantungnya seperti ingin tercabut. Entah mungkin jantungnya sudah berada di planet Pluto keranaa terkejut dengan kereta itu serta tindakan seseorang yang menariknya dari belakang.

"Lain kali, tengok kiri kanan." kata seorang pemuda di belakangnya.

"Baiklah. Syuqran bantu saya tadi. Assalamualaikum." kata Zaf Hamishatul lalu berlari melintas ke seberang jalan tanpa menoleh ke belakang. Malu tak terkata cik oi!

~

Bilik Zahid.

"Pelik betullah perempuan tu. Tak toleh kat aku langsung. Tak ke dia nak pandang muka kacak aku ni" kata Zahid sambil matanya melihat kipas silingnya yang berpusing itu.

Memang diakui Zahid seorang pemuda yang tampan. Sosok tubuhnya yang tough membuatkan para gadis diluar sana tertarik dengannya. Namun, dia tidak pernah ada hati dengan sesiapun melainkan cintanya hanya untuk ibunya yang tercinta.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Menandakan ada satu mesej masuk. Dia mencapai telefonnya itu lalu membuka mesej yang sampai.

'Assalamualaikum Zahid. Jam 3 pagi awak ada tugas.'

'Kenapa mesti aku? Nak rehat jap pun tak boleh.' getus hati Zahid lalu membaling telefonnya ke tepi.

bersambung....

Kau Aku PilihWhere stories live. Discover now