Naskhah ini mengambil latar Malaysia di masa depan yang dipanggil Futura. Pada ketika ini kesemua 9 Cabaran Wawasan 2020 telah berjaya dihadapi.
MAC 2016
Sesi temuramah dengan seseorang.
SESEORANG Kalau tak silap saya, Tun Mahathir pertama kali cakap pasal wawasan 2020 ni pada tahun 1991. 28 Februari 1991 ketika persidangan Majlis Perdagangan Malaysia. Pada tahun tu juga, berlaku pembentangan rancangan Malaysia ke-6. Tun Mahathir cakap, ini plan jangka masa panjang. 3 dekad lebih kurang sebelum menuju ke wawasan 2020. Tahun 1991, aku sekolah lagi. Sekolah rendah. Jadi, bila Perdana Menteri sebut wawasan 2020, semua cikgu-cikgu tiba-tiba jadi sibuk, TV semua sibuk pasal Wawasan 2020, radio, suratkhabar. Selamat masa tu internet ni tak berapa nak ada sangat. Komputer ni untuk orang mewah je masa tu. Boleh kata semua orang bercakap pasal wawasan 2020. Yang aku tahu masa tu, Wawasan 2020 adalah bila negara kita, Malaysia, jadi negara maju. Macam Amerika Syarikat, macam Jepun, macam negara-negara Eropah. Wawasan 2020 ni agak lama jugak orang sebut sebab Tun Mahathir lama jadi PM. Jadi, selama dia jadi Perdana Menteri dia memang sentiasa cakap kita perlu menuju Wawasan 2020. Tapi tahun 2003, dia berhenti jadi Perdana Menteri. Aku terfikir juga masa tu, "habis kalau Mahathir dah tak jadi PM, Wawasan 2020 ni macam mana?" Selamat selepas tu, Pak Lah naik jadi Perdana Menteri dan dia cakap dia akan teruskan Wawasan 2020. Lepas tu Najib naik pun dia cakap benda yang sama. Wawasan 2020 ni kira dah jadi macam agenda negara. Bukan agenda Mahathir sorang, aku rasalah. Tapi lama-lama, bila aku dah makin besar ni, dah ambil tahu pasal hal-hal negara, aku rasa macam susah je nak capai Wawasan 2020. Dulu yang aku ingat kalau negara maju je akan jadi macam Amerika, Jepun dan negara Eropah, tapi Mahathir cakap , "Tak!" Kita bukan maju mengikut acuan diorang, bukan mengikut acuan Barat atau Timur. Kita maju ikut acuan kita sendiri. Kita sendiri yang tentukan maju tu macam mana. Mahathir ni satu aku kagum, dia kata kita perlu jadi apa kita nak jadi mengikut acuan kita sendiri dan tak perlu bergantung kepada definisi sesiapa. So masa tu aku terfikir, macam mana nak jadi maju ikut acuan sendiri, kan? Itu yang datang 9 cabaran tu. Kira kalau kita berjaya setelkan 9 cabaran tu, barulah diiktiraf sebagai maju. Sebelum tahun 2020, kira kena setel la 9 cabaran ni. Kau tau kan 9 cabaran ni?
FLASH FORWARD - FUTURA
KAPTEN Kamu semua ingat lagi tak 9 cabaran tu?
RAKYAT 2 Mestilah ingat. Itu soalan wajib untuk masuk persatuan kita ini.
KAPTEN Manalah tau kalau ada yang lupa. Kamu ingat?
RAKYAT 1 (Dengan pantas) Pertama, membina bangsa Malaysia yang...
KAPTEN Tak payah sebut, tak payah sebut. Saya tanya je kamu ingat lagi ke tak. Saya bukan nak test kamu.
RAKYAT 1 Oh, ingat. Semua saya ingat.
KAPTEN Bagus. Ingat ya, saya akan sentiasa tanyakan soalan ini dari masa ke semasa.
RAKYAT 3 Tuan, boleh saya teruskan?
KAPTEN Berapa kali saya nak cakap, jangan panggil saya Tuan. Come on, kita dah capai Wawasan 2020. Kita semua sama. Jangan panggil saya Tuan. Panggil nama sahaja. Mahathir.
RAKYAT 3 Okay Mahathir. Berbalik kepada laporan yang saya nak buat ni. Kita dah teruskan misi kita menyelamatkan rakyat Malaysia. Ini antara misi terpenting dalam sejarah persatuan kita ini. Kita telah hantar beberapa orang - Rahman, Razak, Abdullah dan Najib.
KAPTEN Anwar ikut sekali?
RAKYAT Dia dah pergi dulu. Dia recce dulu. Itu prosedur biasa yang kita buat sebelum menjalankan misi ini, Tuan. Sorry, Mahathir.
YOU ARE READING
Persatuan Kesedaran Wawasan 2020 (Kasandra)
Science FictionSebuah persatuan kedua tertua di Malaysia, Persatuan Kesedaran Wawasan 2020 telah bertanggung jawab mengembara masa untuk berdakwah kepada rakyat Malaysia beberapa tahun sebelum tahun 2020 bagi melunaskan 9 cabaran yang tertunggak sebelum mencapai W...