(12) Siapa Sangka

137 5 0
                                    

Dulu dia terleka.
Dengan nikmat dunia.
Buat maksiat sini sana.
Bagai kematian itu tiada.
Seperti dunia ini kekal selamanya.

Siapa sangka.
Dia yang jahil dulunya.
Berubah menjadi hamba Pencipta.
Bukan lagi hamba dunia.

Siapa sangka.
Daripada baju ketat seketatnya.
Kini berjubah berniqab ikut syariatNya.
Daripada asyik dengan cinta manusia.
Kini hanya cintakan Yang Maha Esa.

Ya dulu mungkin dia lagha.
Tapi sekarang, dialah sebaik baik manusia.
Jauh lebih baik dari aku yang masih lagi berlari.
Ke arah hijrah yang abadi.

Sungguh aku sebagai saudara.
Hampir menitiskan air mata gembira.
Melihat engkau yang kini bahagia.
Dengan hanya cinta Pencipta.

Semoga engkau dan aku bersama.
Dapat mengejar cintaNya.
Dan mencapai redhaNya.

--------------------------

*lagha = lalai/leka

Puisi ni ditujukan khas utk my cousin. Yang dah setahun x jumpa. Yang dah setahun x dgr berita.

Tiba2 dapat tau, dia dah berhijrah ke jalanNya. Jalan yang Allah redha.

Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah. Sungguh kau sangat bertuah kerana terpilih utk mendapat hidayahnya.

Semoga kau terus istiqamah dlm penghijrahanmu, wahai saudaraku,Amira Afifah...

Puisi ... ✔️Where stories live. Discover now