TULANG RUSUK AYAM

59 6 3
                                    


ENJIN kereta Mawardah mati tiba-tiba, dengan pantas Mawardah hidupkan lampu kecemasan, stereng dipulas ke kiri. Meter minyak diperiksanya, tiada masalah. Aduh baby.. kenapalah pagi ni baby buat hal... Mawardah bermonolog sendiri sambil mengusap lembut dashboardnya.

Setelah gagal hidupkan babynya, Mawardah mengambil keputusan untuk memeriksa enjin. Bonet depan dibuka. Enjin kereta direnungnya. Nak check apa ni... aduhhh! Buat hal la baby ni. Kenapalah nak rosak hari ni? Kenapalah masa ni juga mak dengan abah balik kampung? Mawardah merungut sendiri.

Kereta yang lalu lalang bagaikan tidak memperdulikannya. Tak ada satu pun kereta yang sanggup berhenti membantunya. Masing-masing sibuk mengejar masa untuk pergi ke tempat kerja. Telefonnya dibelek.. Aduh! Habis kredit pulak. Hmmm... tak cantikkah aku, takkan tidak pakwe yang gatal yang tolong.

Mawardah amati pakaiannya. Pagi itu dia terlewat bangun, jubah hitam milik ibunya disarung ke badan. Terngiang kata-kata adiknya tiap kali dia merembat jubah itu. 'Ko macam makcik-makciklah...'. Tak adakah insan yang baik hati nak tolong 'makcik' ni... mata Mawardah mula berkaca.

Tiba-tiba sebuah Vanette hitam berhenti di hadapannya. Errr... Not him!

"Kenapa?" tanya Iqbal sambil tangannya di pinggang.

Mawardah melangkah sedikit ke belakang dan mula bercerita. Loyanya masih ada. Akhirnya terpaksalah dia menutup hidungnya dengan tudung. Iqbal memandangnya dengan senyuman, cepat-cepat Mawardah memberi alasan habuk.

Setelah kereta Mawardah ditarik trak tunda, Iqbal menawar diri untuk menghantar Mawardah ke pejabat. Mawardah pantas menolak. Duduk sebelah pun sudah dia tak tahan inikan pula hendak 'sekereta' dengan lelaki itu, mahu pengsan Mawardah dibuatnya.

Iqbal masih berkeras. Mawardah akhirnya akur kerana dia sudah lewat hendak ke pejabat. Minyak angin disapukan sedikit ke hidung sebelum dia masuk ke dalam kereta itu. Iqbal tahu Mawardah tidak selesa dengan baunya. Dia sendiri pada mulanya tidak selesa tetapi sudah hari-hari bergelumang dengan haiwan dua kaki itu, dia sudah lali.

"Maaf ye, bau ayam.. baru balik pasar..." Mawardah hanya membalas dengan senyuman senget. Cepatlah sampai ke pejabat.

Iqbal memang meminati Mawardah dari sekolah menengah lagi tetapi dia hanya bertepuk sebelah tangan. Mawardah pilih bulu. Ternyata bulu ayam bukan pilihan gadis itu. Tambahan setelah Mawardah berlulusan universiti, egonya makin meninggi.

Lepas SPM, Iqbal mengambil alih sepenuhnya perniagaan nasi ayam milik ibunya. Memang dia sudah dilatih sejak bersekolah lagi. Pagi dia ke sekolah, petang pula dia di warung nasi ayam. Hingga dia mendapat jolokan 'iqbalung ayam'.

Sekali lagi Iqbal meminta maaf ketika turunkan Mawardah di hadapan pejabat. Iqbal mengingatkan Mawardah untuk menyembur minyak wangi banyak-banyak sebelum masuk ke pejabat dan turut menawarkan diri untuk Mawardah belikan minyak wangi yang baru untuk Mawardah. Rasa bersalah betul dia dengan bau itu. Eshh... mampu ke dia hendak beli minyak wangi aku, tah-tah minyak attar dibelinya, gesa hati kecil Mawardah.

Petang itu, Mawardah pulang agak lewat. Dia perlu siapkan laporan kewangan syarikat petang itu juga. Ketika sedang menunggu teksi di hadapan pejabat, sebuah Vanette hitam berhenti di hadapannya. Dia lagi... apa malang nasib aku.

Iqbal sempat menyembur penyaman udara sebelum Mawardah melangkah masuk ke perut keretanya. Bau hanyir ayam mentah sudah tiada, hanya ada sedikit sisa bau ayam goreng berempah. Masuk sahaja dalam perut kereta, Mawardah terus lapar. Si perut pun tiba-tiba hilang malunya, berbunyi hingga 'igbalung ayam' perasan. Aduhhh hai! Maluuuu...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 15, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TULANG RUSUK AYAMWhere stories live. Discover now