Tu cerita lama. Sekarang aku dah 17 tahun. Ya, atau lagi sinonim "Calon SPM". Aku masih berada di sekolah yang sama, cuma di kelas berbeza. Sekarang aku berada di hadapan sebuah kelas, di atasnya tertulis "5 SAINS 2" Fuhhh . Aku amik feel first day sekolah dulu. Memandangkan semua dah masuk kelas aku pon masuk. Rasa malu yang amat bila semua mata memandang ke arahku, ada yang aku kenal, ada juga wajah baru. Aku melilau disekeliling, tiada tempat duduk kosong. Ah! duduklah kat depan nih. Aku duduk dan senyum selebar lebarnya, kerana angin dari kipas yang berpusing di atas kepala ku sedang menyapa lembut pipi pau yang gebu. Sejuk nikmat dipagi hari. Aku memandang kiri, ada cikgu, aku pandang kanan, Ah sudah c keling penari kelab india ni pulak. Aku menyapa si dia
"Hai navin , wahh kau makin putih lah" Aku cuba membuka bicara
"Ciss, saya sudah lama putih, kau je baru tahu" Navin buat muka macam Dato' Vida . Sungguh aku kata aku nak muntah.
"BANGUN!"
Kelihatan seorang cikgu cina berkaca mata tebal , berbaju kebaya , bertoncang satu. Comel. Guru kelas baru kot
"Selamat pagi semua, saya cikgu Wong Hui Chan , saya guru kelas awak semua. Selamat berkenalan"
Wahh senyuman takde mata cikgu nih sungguh comel, senyum je kerja mesti baikan , Keh keh keh"Saya pasti awak semua sudah kenal satu sama lain, dekat kelas ni pon tiada murid baru" Formal sungguh bahasa cikgu cina ini
"YE" Serentak kami satu kelas menjawab, wahh baru first day dah bekerjasama I Like he he he
"Jadi saya nak lantik ketua dan penolong ketua kelas, siapa ada calon?" Ah sudah
"Cikgu Shi Huat jadi ketua" si gadis bermata coklat terang menjawab
"Ye" Semua setuju dengan serta merta Chun Yong menjadi ketua kelas. Sekarang giliran penolong"Cikgu! Hafizah cikgu!" si Navin menjerit disebelah ku. Ya Tuhan boleh tak aku nak bunuh lelaki nih!
"Diamlah!" Aku mencubit lengannya yang berlapik baju baru. Dia menjerit nyaring.
"Awww, sakit lah hafizah" Dia menjerit seumpama pondan versi belakang kedai kek. Dia memang ada potensi nak jadi dua alam.
"Shi Huat, awak nak pilih siapa?" Cikgu ingin mempercepatkan masa
"Ye cikgu, saya pilih Hafizah sahaja" Oh shit, dah 4 tahun aku sekolah , kenapa sekarang baru nak lantik! hwaa hwaa
"Hafizah, ni buku rekod, ambil sign cikgu p&p" Bermulanya hariku sebagai penolong ketua kelas.
Suasana dikelas kembali bising ketika cikgu melangkah pergi, sekarang masa BM. Aku memusing biji mataku melihat rakan kelasku. Dan aku baru perasan, OMG!
"Gwen!!" Aku menjerit teruja, kawan sebahan sepandai sebodoh aku rupanya sama kelas denganku. Yeay ada geng!
"Oi, kau baru perasan aku eh" eh bunyi macam merajuk je
"Merajuk eh, nanti aku suruh bf kau si Navin pujuk eh
"Taik kau, nanti rehat ngan aku" Dia mengangkat kedua dua keningnya serentak. Tahulah kening tebal.Ceh!
Aku balik sekolah setelah waktu sekolah sudah habis, banyak jugak buku cikgu nak guna, pikir aku ni kaya ke. Not bad
YOU ARE READING
Sekolah
Teen FictionCerita pasal ragam budak sekolah. Siapa yang rindu sekolah baca nih akan mengalirkan air mata sederas Air Terjun Kota Tinggi. Ceh IJK. Harap korang suka dengan cerita pasal budak sekolah nih, kalau suka masukkan dalam library, kalau suka sikit, teka...