[ chapter 1 ]

11.2K 340 60
                                    

°•°•°•°•°

Di setiap pertemuan, kali ini yang terasa aneh. Di antara yang hadir kenapa harus dia yang ditakdirkan? Pada mulanya rasa yang ada hanyalah suatu perkara yang biasa sahaja tidak kelihatan langsung dimana titik permulaannya. Tetapi , di setiap pertemuan itu...

Ada sesuatu yang masih belum tersingkap disebaliknya..

Derapan tapak kaki semain lama semakin kedengaran menghampiri dan jelas sekali bunyinya. Senyuman yang tak lekang dibibir semakin lebar apabila orang yang dicari dari tadi sudah berada di hadapan mata dan sedang merenung ke arahnya.

"Nampak sangat melayu tu kat mana."

Jam tangan yang dipakai ditangan kanan ditilik dengan sengihan sebagai penambah rasa. Kerusi yang berhampiran dengannya ditarik dan bersedia untuk duduk. Lengan baju kemeja yang dipakainya dibetulkan sebelum dia meletakkan di atas meja.

"Lambat lima minit pun kau ambil kira ke?"

"Melayu tetap melayu."

"Kau tak tahu ke? Melayu ni sibuk sepanjang masa tu yang kalau berurusan dengan masa selalu tewas kecundang dulu aku pun tak tahulah kenapa benda ni selalu jadi dekat Melayu."

"Kau salah satu penyumbang."

"Fah , kau kalau tak serius memang bukan kau kan? Cuba isi hari-hari kau dengan senyuman. Hidup ni banyak punca untuk kau bahagia. C'mon." Shaz memintal rambut hadapannya.

Aish Fahri mengunci lidah. Diam.
Had patah perkataan sudah dimaksimumkan.

"Ha kau ada apa nak ajak aku jumpa sangat ni tak kan dah rindu?" Shaz mengangkat tangan untuk membuat pesanan. Café separuh abad ini yang merupakan tempat perjumpaan antara dia dan sepupu , kawan serta belahan jiwanya dan sebenarnya café ini juga adalah business kecilan ibunya.

"Saja."

"What? Seriously saja?" Shaz mengerutkan dahinya. "Baik aku balik rumah je makan mak aku dah masak dari lepak sini jumpa kau dan saja kau tu. Just like 'saja'." Shaz bersandar lemah di sofa empuk itu.

Aish Fahri menghembuskan nafas menggunakan rahangnya.
"Entah, aku tak tahu."

"Kau tahu apa je." Shaz menjeling.

Aish Fahri mengangkat bahu. Dia juga tidak tahu apa yang dia tahu. Dia rasa seperti jasad tanpa roh. Mempunyai otak tetapi tiada saraf. Kosong. Seakan-akan tiada benda yang difikirkan. Ketenangan yang kosong. Nothing less nothing more.

"Kau free tak?" Shaz menghirup air yang baru sampai ke mejanya. Hilang rasa haus perit apabila air yang sejuk lembut mengalir melalui esofagusnya. Tenang dan lega!

Aish Fahri mengangkat keningnya.

"Kau mesti suka punya nanti. Deal eh?" Shaz mengeluarkan jari kelengkengnya.

"Ya." Aish Fahri mengecilkan matanya. Ingat budak-budak lagi ke naik main janji guna jari macam tu? Tak macho langsung! Dengusnya seorang diri. Shaz tersenyum sinis dek mengetahui apa yang bermain difikiran kawannya itu dia pun menurunkan jarinya sambil bibir dicebik sedikit.

Aish Fahri mengeluarkan telefon bimbitnya yang dari tadi tersimpan di dalam poket seluar. Lebih baik dia melihat aplikasi laman sosial didalam telefon bimbit daripada melayan Shaz. Membazir masa!

"Fah, jap eh?" Shaz terburu-buru bangun meninggalkan Aish Fahri sendirian.

"Hmm."

Aish Fahri tekun dengan telefon bimbitnya kemudian dia bermain dengan dagunya sendiri. Hey, who need jawline when you already have cute chubby cheeks huh? Beberapa minit kemudian dia menompang dagu pula. Mata mula memainkan peranan kantuk. Kedipan mata semakin lama semakin perlahan.

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now