"So, basically, I'm replacing kak Rania for 2 weeks je abah. That's how I met Laith." Cawan yang berisi kopi di goyangnya perlahan. Bagi Husna, bercakap dengan abah lah paling mudah kerana dia mendengar dan memahami.
"Husna suka Laith kan?" Soalan Othman membuatkan Husna terkedu.
Kepalanya ditunduk, ya.. Abahnya terlalu memahami sampaikan dia mengetahui isi hati anaknya yang bongsu itu.
"Abah.. Mana ada. Kenal pun tak sampai sebulan. Macam manalah boleh suka." Dalih Husna.
Othman tersenyum. Masih naif pemikiran anaknya dalam percintaan. "Itulah perasaan, Husna Delisha. 'Suka' atau 'sayang' seseorang tu tak bermakna kita kenal seseorang dengan masa yang lama. Kekadang tu dalam masa yang singkat kita akan jatuh sayang kat seseorang."Husna memandang sekejap wajah abahnya.
'Tapi, sakit abah. Kita je beria-ia dengan dia tapi dia masih nakkan orang yang sakiti dia. Buta kah dia tak nampak orang yang betul-betul ikhlas dengan dia?'Tubir matanya terasa hangat. "Abah, kiranya abah setuju lah dengan keputusan Husna?" Cepat-cepat dia menukar topik perbualan mereka.
"Yang kamu... Lepas ni kan?" Othman memandang kasih wajah anak daranya itu. Kalau ikutkan rasa hati memang berat rasa hatinya untuk melepaskan dia pergi sekali lagi.
"Ya lah abah.. Boleh kan?" Othman mengeluh panjang. "Abah izinkan." Othman membalas pelukan Husna. Walaubagaimana sekali pun, dia harus belajar untuk membiarkan anaknya berdikari.---------------
"Apa? Bertunang?!" Terkejut besar dirinya mendengar berita itu keluar dari mulut anaknya sendiri.
Laith menganggukkan kepalanya. "Ya, mama. Please?"
Puan Sri Rana memicit-micit dahinya. "Laith Zafri.. Bertunang sekali lagi dengan perempuan yang telah melukakan perasaan kamu dulu?" Dia memang tidak mempunyai hubungan bagus dengan anaknya suatu ketika dahulu, tetapi setiap aktiviti anak tunggalnya itu di ketahui olehnya.
"Apa salahnya kan? Dia sendiri yang nak kan kami berbaik semula.. Come on lah mama! What's the big deal?" Laith sudah mendengus kasar. Pasti mamanya akan mula mengungkit kisah lama.
"Kalau sudah sekali orang tu lukakan kamu, tak mustahil dia akan lukakan kamu sekali lagi." Puan Sri Rana memandang wajah Laith serius.
"Oh. Kiranya sekarang ni, kemungkinan Laith terluka oleh mama tinggi lah kan? Because right now, I am still trying to give you a chance." Rambutnya di raup kasar.
"I'm sorry I have hurt you. Tapi ini lain, Laith. Mama tak nak kamu terluka. Mama.. tak sanggup.." Suara Puan Sri Rana sudah bergetar menahan perasaannya.
"Bullshit lah mama! Mama Ni tak pernah fikir rasa Laith ke?" Wajah Laith sudah merah, menahan amarah."Sebab mama fikirlah mama tak nak kamu dengan dia." Puan Sri Rana masih mahu berlembut.
Laith mendengus kasar, kunci kereta di capainya.
"Laith!" Namun panggilan itu hanya dijawab oleh hempasan pintu rumah dengan kasar.
_____________
Husna menyambut kedatangannya dengan satu senyuman yang manis.
Wajah Laith yang kusut dan masam sudah cukup untuk Husna ketahui bahawa lelaki itu sedang serabut."Kenapa ni?" Husna masih setia berdiri di samping Laith. Lagaknya seperti seorang isteri menyambut kepulangan suami sahaja.
"Mama tu!" Laith meraup wajahnya, kasar.
"Kenapa dengan mama awak?" Husna masih berlembut.
"Saya nak bertunang dengan Syazia tapi dia bantah habis-habisan!"
Tersentak Husna apabila mendengar kata-kata Laith. Bertunang? Dengan Syazia? Saat ini, hatinya terasa seakan-akan dirobek Dan disiat-siat.
Husna mengejamkan matanya untuk beberapa ketika. Tidak mahu menangis saat ini.
"Wow.. Cepatnya. Bila tu?" Husna berdehem, mengatur suaranya. Tidak mahu perubahan suaranya di ketahui Laith.
Laith memandang wajah Husna. "Bila? I'll give you the date bila mama agree. Dia tak faham tau... Tak salahkan kalau saya nak beri peluang dengan Syazia?" Laith masih berkeras hati mahukan Syazia.Husna hanya mengangguk. Dia juga mahu membantah keputusan Laith. Tapi apakan daya...
Kalau sudah ditakdirkan bahawa Syazia adalah jodoh Laith, dia perlu belajar melepaskan Laith. Dia kena redha."Convince mama for me, please?" Laith memandang wajah Husna dengan penuh harapan.
"I'll try..but..I...I can't promise you she'll agree. With this." Tersekat-sekat suaranya menuturkan kata. Hatinya terasa pedih menuturkan kata-kata itu.
Tidak Ikhlas kah dirinya? Dan.. Ke mana hilangnya diri Husna Delisha yang dahulu?
*short & late update! Sorry everyone :(
BTW, tinggalkan komen & pendapat anda ya ;)Ni- check out these two stories guys from these two amazing writers !
Jodoh aku Ustaz?? rambutbiru
Terpaksa dalam Kerelaaan Ryunnie😉❤
YOU ARE READING
Untuk 14 Hari...
RomanceUntuk 14 Hari... Mengisahkan pertemuan dan perkenalan di antara, Husna Delisha dan Laith Zafri. Seorang gadis yang periang, positif, optimistic dan sentiasa tersenyum. Bertemu dengan seorang lelaki yang pemarah, ego, negatif, dan sangat grumpy! Sik...