Cinta

7 0 0
                                    

Seperti yang kita semua dapat merasakan sesuatu perassan yang tiada tandingannya.
Bagaikan menjaga permata intan ketika dicanai.Hal ini menjadi fitrah semula jadi manusia yang diberikan kepada yang maha esa.
Ramai yang tidak dapat menghargai nilai perasaan cinta yang diberi sepenuh hati dan jiwa raga manusia.Kenape perlu menaruh menyakiti orang lain?
Mengapa perlu menghancurkan harapan orang lain?Hati mereka bagaikan kertas putih yang dikoyak secebis demi secebis.
Marilah cuba munasabahkan diri masing-masing.

Kita dapat menyaksikan bahawa ramai kurang menyayangi keluarga masing-masing. Keluarga ialah yang paling utama kita perlu menyayangi dan menghormati.Hal ini demikian kerana dari situ kita membesar dari situ mempelajari sesuatu untuk teruskan kehidupan."Anak merupakan kain putih yang dicorakkan oleh ibu bapa masing-masing.
Selalu meluangkan masa dengan keluarga dapat membantu kasih sayang antara satu sama lain lebih mendalam.Jangan lah sesekali hilang kepercayaan antara satu sama lain dengan keluarga sendiri.Biarlah ribut melanda sekali pon,tetapi pertalian darah tetap tidak akan pernah terputus.

Apabila meningkat dewasa kita memerlukan kawan yang boleh kita bergurau,bermain dan berkongsi cerita.Kebanyakan remaja lebih selesa meluahkan perasaannya dengan kawan-kawan mereka daripada keluarga.Dalam persahabatan juga kadang-kadang ade pertelingkahan yang berlaku.Hal ini kita dapat mengetahui dan mengenali kawan yang boleh terima kita atau pon tidak.Maka wujud persahabatan yang berkekalan dan dikenali sebagai "Best Friends Forever"(BFF).
Hargailah kawan kita yang telah bekorban untuk kita,mungkin kita tidak nampak pengorbanannya tetapi mereka mempunyai hati dan perasaan yang perlu kita jaga dan memahami.Dengan itu kepercayaan antara satu sama lain telah pon tercipta.Bagaikan
berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.

Yang terakhir disini ialah percintaan antara kekasih.Ramai orang yang sangat senang mengatakan cinta atau "i love you" tetapi mereka tidak bermaksudkannya.Mengapa perlu berikan cinta palsu?Mengapa perlu menyakiti pasangan anda?Sedangkan mereka yang akan mengembirakan kita satu hari nanti.Jangan lah menyesal apabila kekasih anda hilang kepercayaan kepada anda.
Pilihlah pasangan yang boleh mendorong kita ke arah kebaikan yang membawa manfaat kepada kita satu hari nanti.Kita boleh lihat perasaan cinta mereka melalui bagaimana pasangan anda menyayangi ibu bapanya,cara mereka menjaga ibu bapanya,dan balasan yang diberikan oleh orang tuanya selama dia dibesarkan dengan sempurna.Dengan itu suatu percintaan akan menjadi lebih erat insyaallah.Bagaikan empedu lekat di hati.

Sebagai penghias bicara akhir ini delengkapi dengat sekerat pantun:Tiada kata tiada ucapan,
tersekat lidah diam sendiri,
melamun jauh tidak terhentikan,
yang dilamun mungkin tak mengerti.Menghargai suatu percintaan ialah sesuatu perkara yang amat besar bagi semua orang.Termasuklah ibu bapa,kawan,kekasih dan manusia.Kita bukanlah insan yang mampu berdiri sendiri.
Kita hanyalah insan yang lemah dan memerlukan bantuan dan sokongan untuk teruskan kehidupan kita.

....

Maaflah kalau menyinggung atau menafikan sesuatu yang tidak betul.Ini hanya sebuah cerita,tidak ada kene mengena antara yang hidup atau mati.

Hope enjoy XD

Publish


CintaWhere stories live. Discover now