Puan Sri mia sedang berdiri di balkoni rumah agamnya ketika handphonenya berbunyi nyaring. Dia pun segera menjawap panggilan tersebut
"hello...",
"Hello... puan sri, datin juriah ingin bercakap dengan awak. Tunggu sekejap, ya... puan sri mia is on the line..."
"Ok..."
"Hello mia... awak busy tak malam ni?"
"Tak juga..."
"Kalau begitu saya jemput awak untuk menghadiri party saya yang akan di adakan di kapal persiaran milik saya kat pelabuhan toba malam ini... awak mesti datang ke pelabuhan tersebut sebelum pukul 8 malam sebab kita akan bertolak ke laut tepat pada pukul 8.30 malam... anyway, ramai juga kawan kawan kita yang akan datang ke party tu... ini termasuklah kawan baik awak si datin amira tu. So saya harap awak akan datang ke party saya. Oh, i've gotta go now. Ada orang cari saya tu. Okaylah see you later, bye..."
Laju betul datin juriah memberikan informasinya sehinggakan puan sri mia tidak sempat bersuara. Tak semena mena pula talian di handphonenya di putuskan. Terpinga pinga puan sri mia di buatnya. Dia tidak tahu samada hendak pergi ataupun tidak. Dia berfikir seketika. Kalau dia stay kat rumah pun bukannya ada sesiapa yang ingin berbual dengannya. Boring juga kalau stay kat rumah sepanjang masa. Fikir punya fikir dia pun mengambil keputusan untuk pergi ke party tersebut. "Sekali sekala pergi berparty tak ada salahnya, kan?...", begitu kata hati kecilnya...*** *** ***
Fariz melangkah masuk ke dalam kapal persiaran yang besar dan mewah itu dengan rakannya johan. Ruangan di dalam kapal tersebut sudah di penuhi oleh beberapa orang wanita yang sedang leka berbual dengan riangnya. Kedengaran muzik techno berkumandang di ruangan itu. Johan segera melangkah menuju ke arah semua wanita wanita tersebut. Fariz mengekorinya dari belakang. Mereka datang ke situ dengan berpakaian seragam polis. Beberapa orang wanita kelihatan begitu terkejut dengan kehadiran mereka di situ. "Er... maaf, kenapa tuan berdua ni datang ke sini?", soal salah satu wanita di situ. "Maaf kami datang ke sini untuk menangkap datin juriah kerana dia di syaki mengedar dadah di dalam kapal persiaran ini...", johan bersuara sambil menarik tangan datin juriah yang berdiri tidak jauh dari situ. "Nanti dulu... awak tak boleh menangkap saya tanpa bukti yang sahih... mana waran tangkap awak?", soal datin juriah sedikit terkejut.
"Waran tangkapnya ini...", dengan sepantas kilat johan segera membuka rayban hitamnya dan topi polis di atas kepalanya. Kemudian dia membuka semua pakaiannya di hadapan wanita wanita tersebut. Dengan hanya berseluar dalam saja dia mula menari mengikut rentak muzik techno itu. Fariz pun turut berbuat demikian. Mereka berdua mula menari bagaikan penari bogel yang menari di strip club pula. Semua wanita di situ terjerit jerit bagaikan terkena histeria sebaik saja mereka terpandang akan tubuh sasa 2 orang pemuda tersebut. Bukan main taksubnya mereka saat itu. Mereka seakan akan melihat sesuatu yang begitu mengasyikkan. Dalam keghairahan melayan tarian 2 orang pemuda tersebut ada beberapa orang wanita menyelitkan dua tiga helai wang kertas di celah celah seluar dalam 2 orang pemuda itu. Terkinja kinja mereka menari bagaikan cacing yang kepanasan.
puan sri mia yang kebetulan sedang berdiri tidak jauh dari situ segera mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. dia tidak mahu menyaksikan pertunjukan tarian half naked 2 orang pemuda tersebut. baginya itu tidak begitu baik. sebenarnya dia merasa begitu segan apabila dia melihat pertunjukan tersebut. Hanya dia seorang saja yang tidak berminat menyaksikan pertunjukan itu. Kawan kawannya yang lain sudah lama terkinja kinja seperti orang gila sebaik saja mereka melihat 2 orang pemuda tersebut menanggalkan pakaian mereka. "Sungguh memalukan... ada juga kaum perempuan yang sukakan hiburan yang sebegini...", detik hati kecilnya. Dia menggeleng gelengkan kepalanya. Sangkanya datin juriah hanya buat party biasa saja pada malam itu tapi rupa rupanya dia di jemput untuk menghadiri party liar pula. Dalam diam dia merasa menyesal kerana datang ke party tersebut. Perlahan lahan dia beredar dari situ.
"Eh... puan sri mia, awak nak pergi ke mana tu?", soal datin amira ingin tahu. Dia melangkah menuju ke arah rakannya yang satu itu. "Saya nak keluar sekejap nak ambil angin di luar...", balas puan sri mia sambil tersenyum. "Hish... janganlah awak keluar dulu... awak mesti tengok pertunjukan the two wild boys tu... its really fun, u know...", kata datin amira sambil memegang tangan kiri puan sri mia. "Maaflah saya betul betul nak keluar ni... i need some fresh air... kat sini panaslah...", kata puan sri mia berpura pura merasa panas. Dia mengipas ngipas wajahnya dengan tangannya pula. "Hm... yelah... nanti awak masuk kat sini lagi, ya... saya nak perkenalkan awak pada gigolo yang saya cakapkan pada awak tempohari...", kata datin amira sambil tersenyum nakal. "Hm... baiklah...", balas puan sri mia perlahan lahan. Dia melangkah meninggalkan ruangan itu dengan langkah kaki yang pantas sekali. Dia tak ada mood hendak menonton pertunjukan yang menjolok mata itu. Baginya lebih baik dia pergi melihat bulan dan bintang di langit sambil menghirup udara malam yang segar, dapat juga dia tenangkan fikirannya.
Perlahan lahan dia berdiri di anjung kapal sambil melihat keindahan malam di atas air laut yang tenang. Fikirannya menerawang jauh memikirkan tentang suaminya dan anak anaknya. Suaminya sibuk 24 jam. Anak anaknya pula masih jauh di perantauan. Haikal berada di negara swetland manakala anak perempuannya shasha berada di negara jepan. Mereka berada jauh darinya. Dia tidak tahu bagaimana keadaan anak anaknya di sana. Maklumlah mereka jarang sekali menghubunginya. Dalam diam dia merasa rindu pada anak anaknya itu. Kalaulah suami dan anak anaknya ada di sisinya sudah tentu hidupnya tak sesunyi dan sesepi begini.
Ketika dia sedang mengelamun seorang diri di situ tiba tiba, "Ehem!...", kedengaran seseorang berdehem di belakangnya. Dia pun segera mengalihkan perhatiannya. Kelihatan datin amira berdiri di belakangnya sambil tersenyum lebar. "Kuat betul awak mengelamun sehingga awak tak sedar yang saya berada di sini...", tegur datin amira perlahan lahan. "Saya bukannya mengelamun... saya sedang merenung bulan dan bintang di langit... anyway, kenapa awak datang ke sini?... pertunjukan tu dah selesai ke?", soal puan sri mia ingin tahu. "Hish!... jangan banyak tanyalah, mari ikut saya...", datin amira segera menarik tangan rakannya itu. "Eh... awak nak bawa saya pergi ke mana ni?", soal puan sri mia ingin tahu. "Adalah...", balas datin amira sepatah. Dia menarik tangan puan sri mia dengan kuat sekali sehingga wanita tersebut terpaksa mengekorinya dari belakang.
AUTHOR NOTE: nama tempat dan nama negara tu mizz yang reka sendiri. Itu sebabnya nama tempat dan nama negara tu pelik pelik bunyinya... terfikir jugak nak buat nama tempat macam dalam cerita p.ramlee 3 abdul tu. siap tulis uzbekistan, khazaktan, khatan, setan, go-ahead-gostan and tan, tan, tan tapi mizz tak nak buat sebab nanti orang kata mizz copy nama tempat tu pulak. Hahaha...
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...