Jam di dinding di jeling untuk yang kesekian kalinya.
'pale otak dia pukul 10 sekarang dah pukul bape. Dasar janji melayu' Aiman mendengus marah.
Bunyi deruman enjin diluar rumah mengejutkan Aiman lantas dia menyarungkan kasut Converse bewarna merah jambunya lalu berlari lari anak menuju ke arah kereta Proton Iswara bewarna biru milik Izzat.
"Lembab" ujar Aiman sepatah setelah meloloskan diri ke dalam kereta tanpa memandang wajah disebelah dan memakai seatbelt.
"Ala sorry la tak sengaja bangun lambat." Izzat menayangkan barisan gigi putihnya diantara bibir hitam itu. Perokok tegar.
Aiman diam tidak berkutik melayan perasaan sendiri. Kereta milik Izzat bergerak perlahan meninggalkan kawasan perumahan Aiman.
"Weh, chill lah lambat sejam je kot." Izzat memecah kesunyian. Masih fokus kepada pemanduannya.
Aiman jeling Izzat disisi dan membuka radio.
Dah la lambat memekak plak."Weh, cakaplah. Pahal senyap ni. Aku dah mintak maaf en. Ok ok aku belanja sushi harini." Bertalu talu suaranya menerjah gegendang telinga Aiman. Dengar sahaja perkataan sushi matanya terus bersinar-sinar. Aiman tersengih.
'Pandai jantan ni nak pujuk aku.' Getus hatinya."Lepas sushi?" Aiman kerdipkan matanya ke arah Izzat.
Meletus ketawa Izzat.
"Banyak plak cekadak kau nak belanja banyak harini. Dasar perempuan high maintenance" ujar Izzat sambil meluku kepala gadis di sebelahnya. Aiman mengaduh kesakitan."Tapi harini takleh lepak lama weh esok exam" Ah baru teringat esok dah start exam semester 1 stpmnya. Haih cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah, dengan muka serabai bangun lambat, dengan tak kenal sesiapa pun kat sekolah ni, dengan terpaksa nya masuk form 6. Macam-macam. Tup tup dah selamat 6 bulan dia belajar di sana.
*********
Aiman dan Izzat beriringan masuk ke dalam Berjaya Times Square. Niat datang sini sebenarnya nak tengok wayang je, tapi biasalah perempuan kan, niat lain, pandang lain, yang berkenan lain, yang dibeli lain. Haha.
Tapi Aiman memang patut bersyukur gila ada kawan baik macam Izzat. Yang sentiasa ada tika susah dan senang, jatuh dan bangun.
'Ahh I cant even think what I would do without him.' Detik Aiman sambil memandang wajah dihadapan yang sedang khusyuk meniliti handphone di tangan."Pahal?" Ujar Izzat yang terperasankan ada mata merenungnya. Dia memandang sekilas. Awkward. Di ambil lemon aisnya dan menyedut perlahan tanpa mengalihkan pandangan dari telefon bimbitnya.
"Kau okay ke? asal?" Izzat memulakan bicara setelah dilihat gadis dihadapan masih diam seribu bahasa. Dia menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Aiman. 'Biasa kalau tenung aku lelama ni mesti ada prob tapi taktau nak cerita macam mana' getus hati Izzat.
'Ah soalan tu. Soalan yang tak pernah tak lepas dari mulut dia kalau kitorang keluar.' Aiman bermonolog sendirian.
"Weh pompuan! Pahal ni" Izzat yang menanti dengan penuh sabar sebentar tadi menyentak.
Aiman mengeluh.
"Takde apa. Aku okay je. I'm just thinking... how to survive my life... without you... someday." Ujar Aiman perlahan. Tapi masih jelas di pendengaran Izzat."Apahal tetibe kau ni? Aku takkan tinggalkan kau lah. No worries." Mata Izzat masih menacap wajah dihadapannya yang tiba tiba murung dan masih menunduk.
Aiman mengangkat kepalanya dan membalas renungan mata hazel itu.
"But one day kau nak atau tak kau tetap tinggalkan aku kan. Takkan kau nak tua sorang-sorang kut. Mesti la nak kahwin nak ada anak. Takkan masa tu pun masih nak habiskan masa kau dengan aku? Mestilah tak. Nanti wife kau jealous."Izzat ketawa seronok.
"Amende kau ni fikir jauh betul. Dah la cepat habiskan sushi tu lambat kang jalan jammed plak nanti." Mata hazel itu masih merenung gadis dihadapan sambil tersengih.'Ah betullah perempuan memang complicated. Bende macam ni pun nak fikir jauh. Lek ah man. Just go with the flow.' Aiman bermonolog sendirian sambil menguis baki sushi di pinggannya.
"Tapi kan kalau kau takut wife aku jealous aku asyik jumpa kau, kau jelah kahwin ngan aku. Senang." Ujar Izzat dan tersenyum sumbing mengusik.
"Hambar la weh" Aiman menjeling.
"Eh takleh gak doh aku nak bini manja, kau ganas, takleh takleh habis aku nanti" sambung Izzat lagi masih belum puas mengusik gadis di hadapannya.
"Kau nak bini manja g kahwin ngan kucing sana lah!" Aiman mendengus geram sambil menendang kaki Izzat dihadapan. Dia terus bangun dari duduknya. Meletus ketawa Izzat.
"Rilek la weh. Aku gurau je." Izzat meletakkan tangan kirinya ke atas bahu kiri Aiman. Cuba mengejar untuk berjalan seiringan dengannya. "Dah pandai merajuk doh sekarang" sambung Izzat lagi mengintai wajah di sebelah yang ditutupi sedikit rambut.
'Kalau takde lelaki dalam dunia ni yang nak kan kau, jangan risau, aku ada. Sedia menerima segala kelemahan kau.' Detik hati Izzat. Mata hazelnya masih tidak lepas memandang gadis bernama lelaki di sebelah.
YOU ARE READING
Seorang Perempuan Bernama Lelaki
RomanceGila apa kahwin dengan bestfriend sendiri aku rasa macam sumbang mahram. Tapi sejujurnya aku sendiri tak boleh hidup tanpa dia....