Dingin. Terasa meresap ke sumsum tulangnya. Ady membuka matanya seraya bingkas duduk dari pembaringannya. Bunyi deras air sungai jelas terdengar. Sekelilingnya di perhatikan, dia berada di atas sebuah batu yang cukup besar di tepi sungai.
"Tempat ni...." Ady cuba mengingat sesuatu.
Zzztt....zzzttt!!!
Tiba-tiba kepalanya seperti terkena renjatan elektrik.
'Bang Dy!!!' satu suara seperti berbisik di telinganya.
Kepala yang berdenyut diurut. Tubuhnya yang masih terbalut seluar basah dan tanpa baju itu menggeletar kesejukan. Otaknya berusaha keras mengingat apa yang berlaku.
"Awak...." satu suara lembut menyapanya. Seorang gadis berambut putih berenang menghampirinya dari balik batu tidak jauh dari tempatnya. "Jangan takut! Awak selamat sekarang."
"Ka...kau... kau siapa?" tergagap-gagap Ady bertanya. Sedikit terkejut melihat gadis muda berambut putih yang hanya memakai kulit kerang sebagai penutup bahagian dadanya itu tiba-tiba muncul dari balik batu.
Gadis itu kini sangat hampir dengannya. Ady mencangkung di atas batu, sementara si gadis berambut putih berenang-renang ditepi batu itu. Dia terus berenang mengelilingi batu sehingga Ady perasan bahawa gadis itu memiliki sirip dan ekor layaknya ikan duyung.
Zzztt... zzzzttt....
Sekali lagi kepalanya bagai direnjat elektrik. Matanya terpejam menahan bisa.
"Kau.... kau kah yang selamatkan aku?" Ady bertanya mencari kepastian. Dia mula ingat akan gadis duyung berambut merah muda yang menyelamatkannya saat dia hampir lemas melawan arus.
Gadis itu tersenyum sambil mengangguk. Dia berhenti berenang. Tangan kirinya berpaut pada batu, tangan kanannya pula di hulurkan pada Ady, "Anne Atlantic. Puteri Anne Atlantic." beritahunya sambil tersenyum.
"Pu.... Puteri? Sa... saya Ady." Ady menyambut tangan Puteri Anne. Hangat! Mata mereka bertemu.
Tiba-tiba rambut Puteri Anne bertukar warna dari putih ke merah muda dan hujung rambutnya pula berwarna merah delima. Begitu juga ekor dan siripnya, kini bertukar warna menjadi hijau keemasan.
Ady terpesona dengan kecantikkan Puteri Anne. Dalam hatinya sempat memuji makhluk ciptaan Tuhan di hadapannya itu.
"Terima kasih, Ady. Ini sudah mencukupi untuk saya. Terima kasih." Puteri Anne nampak puas melihat perubahan dirinya. Tak ada lagi rambut putih dan sirip hitam kelam.
Ady menjadi kehairanan dan bingung. Terima kasih untuk apa? Bukankah seharusnya dia yang berterima kasih pada Puteri Anne kerana menyelamatkannya.
"Saya harap Ady tak lupakan saya, ya!" Puteri Anne merenung wajah Ady sambil menarik kembali tangannya yang masih berjabat dengan Ady.
Ady mengangguk. "Puteri, nanti kita jumpa lagi, kan?"
Puteri Anne hanya tersenyum, cantik sangat. Perlahan dia mula berenang mengikut arus sungai, semakin menjauhi Ady.
Ady hanya memerhati, hatinya terasa berat hendak merelakan Puteri Anne berenang pergi. Untuk pertama kalinya dia merasa perasaan yang pelik seperti itu.
"Puteri!!! Terima kasih sebab selamatkan saya. Saya akan tunggu Puteri. Puteri janji nanti kita jumpa lagi, ya?" jerit Ady penuh harap sambil melambai.
YOU ARE READING
Bila Duyung Jatuh Cinta ❤
AventurePuteri Anne Atlantic ialah seekor puteri duyung yang kuat berangan dan obses dengan dunia manusia. Puteri Anne berharap suatu hari dirinya akan bertemu dengan seorang putera dari kalangan manusia dan berkahwin dengan putera itu. Sehingga suatu hari...