"Cik Alisa,look!" Intan melambai ke arahnya,Alisa diminta oleh ibu Intan,Razeedah Ben untuk menjaganya. Manakala Intan merasakan entah kenapa dia selesa apabila Alisa bersamanya.
"Wah....cantik bunga ni..." ujar Alisa tersenyum melihat bunga yang dipetik oleh Intan.
"Kan? Kan? Bunga ni semua...cik Reena.....yang tanam....emm" nada Intan mula berubah,menjadi perlahan.
"Reena? Siapa tu.....?"
"Mak cik kami....tapi orangnya dah lama tiada.." Luqman muncul sambil menerangkan siapakah Reena.
"Mak cik kamu? Sudah meninggal?" Soal Alisa sedikit terkejut,Luqman mengangguk kemudian menghampiri kawasan tanaman bunga.
"Dia selalu ke sini,habiskan masa tanam bunga baru...kalau tak ada urusan negara.." sambung Luqman lagi.
"What happens? Why she die?" Soal Alisa.
"She being killed...." ujar Luqman suara tersekat,Alisa tergamam dan Intan menundukkan kepalanya.
"Killed by someone once is our knights..." ujar Luqman menyambung kata-katanya,menoleh ke arah Alisa.
Alisa hanya mampu tergamam,terdiam hilang kata-kata dan Intan pula sekadar mendiamkan diri. Melihat bunga yang ditanam oleh allahyarham ibu saudaranya.
===========================================
Garaj Istana
"Kita nak pergi mana ni?" Soal Aminudden ketika itu di dalam kereta jenis seperti Honda NSX,Ikhwan pula sekadar memeriksa keadaan kereta.
"Buat tak tahu pula...." rungut Aminudden.
"Tanah perkuburan diraja..." ujar Ikhwan.
"Ouh....jawab kan senang..."
"Boleh diam kejap?"
"Okay boss..."
"Wan? Kau nak pergi mana?" Soal Raffie yang muncul secara tiba-tiba di garaj.
"Tanah perkuburan..." jawab Ikhwan pendek.
"Ouh....hati-hati..." ujar Raffie kemudian berlalu pergi,Ikhwan sekadar mengangguk dan menghidup enjin kereta.
"Pakai seatbelt Min...kang kena saman..."
"Ala negara atuk sendiri pon nak pakai..."
"Pakai seatbelt...."
"Baik....."
Gear ditekan kemudian kluc dilepaskan perlahan-lahan,kereta seperti jenis Honda NSX itu bergerak keluar dari istana Mentari.
"Kita ni sebagai pemerintah kena buat apa yang kita aturkan..." ujar Ikhwan menjeling ke arah anak saudaranya.
"Kalau kita sebagai pemerintah,tak buat rakyat nak ikut ke?" Soal Ikhwan menjeling sekali lagi.
Aminudden diam sekadar menggelengkan kepalanya,Ikhwan menunjukkan tanda 'bagus!' Kemudian gear ditukar dan pendikit minyak ditekan,kereta menyusur laju.
Tanah perkuburan terletak di kawasan gunung,sebagai penghormatan tidak kira raja atupun askar mereka akan dikebumikan di sana. Ikhwan memasuki perkarangan tempat letak kereta,askar diraja yang ditugaskan di situ sebaik melihat kereta itu segera melakukan tabik hormat.
"Sampai dah....kenapa tak berjalan lompat bangunan ke bangunan...." ujar Aminudden sambil membuka pintu,dan terus keluar.
"Tak payah la bazir tenaga...tahu la boleh lompat tinggi sana sini...simpan tenaga,kang penat musuh serang tiba-tiba..kau nak handle macam mana?" Leter bapa saudaranya,sambil berjalan menuju pintu masuk ke kawasan tanah perkuburan.
YOU ARE READING
CHRONICLES KAISER ONE : THE BEGINNING (C)™
AcciónIkhwan Syah Al'Solleh adalah putera keenam,ataupun digelar putera bongsu oleh rakyat serta para tentera. Berlainan dengan abang-abangnya yang lain,dia tidak berminat untuk menyertai hal-ehwal negaranya iaitu negara Mentari. Namun kehidupannya beru...