"Soyeon cepatlah cerita" pinta Kei sambil menyuapkan biskut ke dalam mulutnya.
"Iya, sabar. Bagi aku duduk dulu" aku terus melabuhkan punggung dan bersadar pada kepala katil. Aku melihat Kei yang tidak sabar menanti cerita yang bakal aku ceritakan kepada dia.
"Mula la" kata Kei tidak sabar.
"Okay. Minhyuk , lelaki yang tolong aku tu" aku cuba bantu Kei untuk mengingati Minhyuk.
"Ye ye tahu" kata Kei lalu meneguk air jus oren yang telah aku sediakan.
"Dia suruh aku jadi hamba dia"
"Apa??!!" Jerit Kei lalu terbatuk kerana biskut yang dimakan oleh dia tersangkut dikeronkongnya.
"Minum ! Minum!" Aku memberi Kei air. "Kau ni makan tu gelojoh sangat"
Kei meneguk air beberapa kali , "Mana ada gelojoh aku cuma terkejut la... kenapa pula dia nak jadikan kau hamba dia ?" Soal Kei.
"Dia kata terima kasih je tak cukup.. lagi pun aku dah buat dia malu" aku menyuapkan biskut ke dalam mulut.
"Malu ?" Soal Kei hairan.
"Lepas aku dimalukan di cafe oleh Choa unnie aku terus berlari dan aku terlanggar dia. Lepas terlanggar dia , tangisan aku semakin tak menentu. Kemudian , pelajar yang ada dekat situ salah faham . Mereka ingat Minhyuk yang buat aku menangis" terang aku panjang lebar.
"Ah~ faham². Nak kata kau ni terhutang dekat dia la"
"Lebih kurang macam itu la" aku tersenyum kelat. Hutang ? Hmmm betul juga. Lagi pun termasuk dekat sekolah tadi dah dua kali dia tolong aku.
Keesokkan paginya aku berada di pintu pagar sekolah pada pukul 8:50 pagi. Aku tak nak terlewat , takut denda menanti.
"Apa aku nak buat sekarang ni , ada lagi 10 minit sebelum pukul 9 pagi"
Aku mencari tempat untuk duduk, "Ha , ada pun tempat duduk. Tak adalah aku penat berdiri dekat situ"
Aku mengeluarkan diary dan pen dari dalam bag dan mula menulis,
Hari ini hari pertama aku menjadi hamba Minhyuk. Aku pun tak tahu apa yang aku kena buat hari ini. Semalam entah macam Minhyuk datang tolong aku sewaktu Hani memukul aku. Dan jantung aku berdegup kencang saat bertentangan mata dengan dia. Gosh! Kenapa ?!
Aku menutup diary. Aku mula mengenang kembali kejadian yang berlaku semalam. Tak sangka dia datang tolong aku. Diary aku peluk erat dan tanpa disengajakan aku tersenyum sendirian.
"Kenapa kau senyum sorang²?"
Huh? Suara tu ? Aku mendongakkan kepala , "Minhyuk?!" Aku melihat jam ditangan , alamak dah pukul 9 macam mana aku boleh tak sedar. Lantas aku berdiri.
"Bukan ke aku suruh berdiri dekat sana?" Kata Minhyuk sambil jarinya menuding ke arah pintu pagar sekolah.
"Memang aku tunggu situ tadi , tapi ada lagi 10 minit. Jadi aku ambil keputusan untuk duduk, kaki aku sakit berdiri lama-lama" aku mencari alasan.
"Sekarang dah okay?" Soal Minhyuk.
"Sekarang saya dah okay" aku tersenyum kelat.
"Dah jom ikut aku.. bawak beg aku ni" kata Minhyuk lalu menghulurkan begnya kepada aku.
YOU ARE READING
The Diary
RandomGadis pemalu,Soyeon. Pertama kali dalam hidupnya meluahkan perasaan cintanya pada Wonho,senior sekolahnya. Tetapi saat cintanya ditolak muncul seorang lelaki membantunya. Ucapan terima kasih kepada si dia tetapi ucapan itu di terima dengan menjadika...