CINTA TERLARANG 5

60.3K 179 3
                                    

"Sebenarnya saya merasa kekok apabila duduk berduaan dengan lelaki muda seperti awak sebab itulah saya mengomel sendirian...", kata puan sri mia dalam derai tawanya. "Oh begitu... tak apalah... saya faham... anyway, saya pun kadang kala macam awak juga. Pandai mengomel seorang diri apatah lagi bila saya berada di dalam keadaan yang kusut dan tidak tahu pada siapa nak mengadu...", balas fariz perlahan lahan. Puan sri mia berhenti ketawa. Dia memandang wajah pemuda itu.

"Maksud awak bila awak ada masalah awak tidak ada kawan untuk meluahkan masalah awak lalu awak mengomel sendirian, begitu ke?...", soal puan sri mia. "Yep... kalau orang tengok saya mengomel sendirian tentu mereka fikir yang saya ni sudah gila...", fariz bersuara sambil ketawa kecil. "Hahaha... biasalah tu... saya pun mengomel sendirian apabila saya ada masalah. Maklumlah tiada siapa yang sudi mendengar luahan saya jadi saya terpaksa mengomel seorang diri...", kata puan sri mia seraya ketawa kecil. "Jadi kita ni memang orang yang pelik kan...", sampuk fariz pula. "Hahaha... maybe... hahaha...", balas puan sri mia sambil ketawa. "Eh... kita berbual saja ke... bila lagi kita nak start main ni?", soal fariz melirikan matanya.

"Main?... main apa?", soal puan sri mia pura pura tidak faham dengan perkataan pemuda itu. "Hahaha... awak ni... pura pura tak tahu pula... bukan ke saya di upah untuk main dengan awak jadi bila lagi nak main ni?... saya dah tak sabar dah ni...", fariz bersuara separuh menggoda. "Hish... berani betul awak nak main dengan saya... tidak ke awak terfikir yang saya ni dah tua bangka... saya tak sesuai main dengan orang muda seperti awak...", kata puan sri mia dengan wajah yang serius. "Eh... ada lagi yang lebih tua dari awak sanggup main dengan saya...", kata fariz dengan jujur. "Oh... itu wanita yang tidak mampu kawal hawanafsu mereka sendiri sehinggakan di usia tua pun mereka masih juga nak main dengan orang muda...", kata puan sri mia dengan pantas.

Fariz terdiam seketika. Dia memikirkan kata kata wanita tersebut. "Ok, cuba awak terangkan kenapa ada sebahagian wanita yang tidak mampu mengawal hawanafsu mereka sendiri?", soal fariz ingin tahu. "Pertama sekali mereka membiarkan hawanafsu dalam diri mereka menguasai kehidupan mereka sehingga mereka kehilangan kawalan diri dan menyebabkan mereka terjebak dalam kancah maksiat... begitu juga dengan lelaki... kadangkala lelaki pun terlalu memikirkan tentang seks sehingga mereka ketagih dan akhirnya menyalahgunakannya demi keseronokan semata mata...", terang puan sri mia. "Oh... jadi awak fikir seks tu bukan untuk keseronokan semata mata?", soal fariz perlahan lahan.

"Ya... sebenar seks ni hanyalah satu cara yang Tuhan berikan pada manusia agar mendapatkan zuriat. Terutamanya bagi pasangan yang sudah berkahwin. Seks bukannya untuk hiburan atau keseronokan bagi lelaki dan perempuan yang belum berkahwin...", kata puan sri mia lagi. "Oh... jadi maksud awak hanya orang berkahwin saja yang layak menikmati seks, begitu?", soal fariz. "Ya...", balas puan sri mia sepatah. "Ok... kalau awak kata yang seks ni bukan untuk hiburan atau keseronokan semata mata tapi kenapa ramai orang lebih suka melakukan hubungan seks bebas di mana saja mereka berada?... malah di pusat hiburan pun ada GRO yang menawarkan khidmat seks pada pelanggan mereka...", kata fariz. "Oh... seperti mana yang saya katakan tadi jikalau seseorang itu gagal mengawal hawanafsu mereka sendiri maka mereka akan terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Contohnya gejala seks bebas yang awak cakapkan tu... sebenarnya pengawalan diri dan pegangan agama tu sangat penting dalam kehidupan seseorang. Tanpa pengawalan diri dan pegangan agama yang kuat manusia akan mudah hanyut dalam dunia seks yang mengasyikkan... you know what?...", puan sri mia memandang wajah pemuda itu. "What?...", soal fariz sepatah.

"seks ni pun hampir sama juga dengan dadah. Jikalau kita ambil dadah secara berlebihan kita akan merasa ketagih. Begitu juga dengan seks. Jikalau kita tidak pandai mengawal diri kita dan pegangan agama kita cetek maka kita akan mudah jatuh dalam gejala seks bebas...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Jadi awak fikir semua orang yang bekerja sebagai pelacur atau gigolo tu ialah sejenis orang yang tak tahu kawal hawanafsu, begitu?", soal fariz separuh jengkel. "Mungkin...", balas puan sri mia sepatah. "Tanggapan awak tu salah... sebenarnya ada juga pelacur atau gigolo yang mampu kawal hawanafsu mereka sendiri cuma mereka terjebak dalam kancah maksiat kerana kesempitan hidup... awak bukannya tahu bagaimana susahnya hidup dalam serba kekurangan sebab awak hidup dalam kemewahan. Jadi apa yang awak mahukan semuanya ada tapi kalau orang miskin macam saya ni saya nak itu dan ini pun tak dapat sebab tak ada wang...", kata fariz panjang lebar.

"Jadi awak terpaksa menjadi gigolo kerana awak kesempitan wang, begitu?", soal puan sri mia ingin tahu. "ya... kalau tak ada wang saya tak boleh kirim wang pada mak dan adik adik saya di kampung...", kata fariz. "Tapi takkanlah awak sanggup jual tubuh awak hanya untuk mendapatkan wang... cubalah awak cari kerja lain... maksud saya cari kerja yang halal sikit...", kata puan sri mia cuba memberikan pendapatnya. "Saya dah cuba pelbagai kerja yang halal lah sayang tapi semuanya tak mencukupi untuk membiayai kehidupan kami...", kata fariz perlahan lahan. "Oh... jadi awak ni boros ke orangnya?...", soal puan sri mia. "Tak juga...", jawap fariz. "Jadi ke mana perginya wang gaji awak?... tentu awak habiskannya tanpa awak sedari... Sebenarnya wang dapat di simpan jikalau awak rajin menabung. Jangan boros sebab kalau awak boros awak akan sentiasa kesempitan wang...", puan sri mia bersuara memberikan pendapatnya. "Ya... saya tahu tentang tu... sebenarnya saya ni jenis orang yang suka menabung tapi wang yang saya simpan tidak mencukupi untuk biaya perubatan emak saya di kampung...", jelas fariz dengan jujur. "Oh... jadi emak awak sakit?... dia sakit apa?", soal puan sri mia ingin tahu.

"Dia sakit buah pinggang. Dia harus pergi mencuci buah pinggangnya di klinik setiap minggu. Dalam beberapa minggu saja sudah habis beratus ringgit. Kalau di kira betul betul kos perubatannya menjangkau RM2000 sebulan. Ini tidak termasuk belanja makan emak saya dan adik adik saya di kampung... dah tu pula saya kena bayar sewa bilik dan cari belanja makan saya sendiri... saya dah cuba bekerja siang dan malam untuk memenuhi keperluan hidup kami namun gaji saya tidak cukup untuk membiayai keperluan hidup seharian. jadi saya terpaksa memilih pekerjaan yang tidak halal ini demi memenuhi keperluan hidup kami sekeluarga...", balas fariz perlahan lahan. Dia tunduk memandang lantai. Wajahnya yang riang tadi bertukar menjadi sedih. "Owh... kasihan awak... saya tidak menyangka begitu malangnya nasib awak tapi tak mengapa, saya boleh tolong awak... yang penting awak sanggup menghabiskan masa awak dengan saya...", puan sri mia bersuara dengan penuh simpati.

Belum pun sempat fariz bersuara tiba tiba pintu bilik itu di buka orang dari luar. Kelihatan datin juriah dengan seorang lagi pemuda datang meluru masuk ke dalam bilik kecil tersebut. Tanpa segan silu mereka berpelukan dan berasmara dana di situ bagaikan tiada orang lain yang berada di dalam bilik kecil itu. "Mari ikut saya...", kata puan sri mia pada pemuda di sebelahnya saat itu. Cepat cepat mereka melangkah pergi dari situ. "Nah... ini nombor handphone saya... jikalau awak ada masalah jangan segan segan call saya... saya akan tolong awak jikalau awak perlukan pertolongan dari saya... er... sebelum saya balik ke rumah, saya nak minta nombor handphone awak... itu pun jika awak tak keberatan...", kata puan sri mia. Sempat juga dia menyerahkan sekeping kad namanya pada pemuda itu. Fariz tersenyum lalu mengambil kad itu. Dia mengambil sebatang pen dari tangan wanita tersebut. "Baiklah, ini nombor handphone saya...", fariz segera menuliskan nombor handphonenya di telapak tangan wanita itu. Setelah mereka bertukar alamat dan nombor handphone masing masing, mereka pun berpisah haluan....

CINTA TERLARANG (18)Where stories live. Discover now