SUATU KETIKA DAHULU...
"BAIHAQY, ko memang eh. Tiap-2 hari tak ada kerja lain ke nak sakit hati aku aja. Apa masalah kau sebenarnya? Kau nak apa?" Amuk Najihah."Aku tak ada masalah dengan engkau. Tapi kau ada masalah dengan aku."
"Apa masalah aku dengan kau? Aku tak pernah kacau hidup kau pun"
"Engkau lupa ke, masa engkau keluar dari perpustakaan, engkau tersepak kasut orang. Then, ko perasaan ko sepak kasut orang, boleh kau buat don't know aja."
"Yela, sebabnya aku tak perasan sampai mana aku sepak kasut tu. That's why aku blah macan tu aja."
"Nak tau sesuatu tak?"
"Apa dia?"
"Kasut yg engkau sepak tu, kasut aku. And one more thing, kasut tu terjatuh dalam longkang!" Berapi gila Baihaqy masa tu. Melopong mulut Najihah mendengarnya.
"What's?! No way!" Najihah memandang ke arah kaki Baihaqy. Ternyata memang benar apa yang Baihaqy katakan.
Kini Baihaqy hanya memakai sepasang sandal. Tapi siapa punya?
"So? Puas hati kau? Aku nak kau ambik kasut aku, n bawa balik. Then basuh" Baihaqy menghulurkan sebuah beg plastik yg dalamnya berisi sepasang kasut.
Najihah membuat muka jijik. "Eww tak kuasa aku. Kasut engkau kan? So, sendiri basuh la."
Baihaqy mula membahang. 'Hey minah ni! Dia yg salah tanggung la sendiri'. "Ah tak ada maknanya. Engkau buat, ko tanggung ok? Aku chow dulu" Baihaqy menghempaskan beg plastik tersebut ke atas meja Najihah dan berlalu begitu sahaja.
"What the heck?! Woi ambik balik la" Najihah mengejar Baihaqy.
Semakin lama semakin laju Baihaqy berjalan. "Oit, Baihaqy! Ambik ni balik!" Ish mamat ni!
Langkah Najihah juga semakin lama semakin laju. Dan akhirnya mereka berkejaran. Satu blok mereka pusing. Baihaqy di hadapan tidak mahu mengalah. Dia mencilok antara kelas-2, melarikan diri daripada Najihah.
Sampai di selekoh Baihaqy semakin laju meninggalkan Najihah. Dia menoleh kebelakang. 'Budak gemok! Lari pun lambat'. Kemudiannya dia berlari sambil mengundur kebelakang. "Kalau dah tau gemok buat apa kejar orang?!"
Semakin panas hati Najihah.'Hey mamat sangat buat aku panas!' Najihah memperlahankan kejarannya dan menjerit, "Iqy stop! Tengok depan!"
Baru sahaja menoleh ke hadapan.
Bumm!!!Malang tidak berbau. Baihaqy mengaduh kesakitan. Mulanya dia merempuh tiang, lalu keadaannya yg kurang stabil menyebabkan dia bergerak ke belakang dan sebelah kakinya termasuk ke dalam longkang. Dan akhirnya terjatuh.
Najihah berlari dengan sepantas hati mendapatkan Baihaqy. "Kau ok?" Dia mencangkung di hadapan Baihaqy.
Baihaqy tidak memberi respon. Dia hanya diam dan menahan kesakitan. Hati perempuan Najihah mula sayu. "Baihaqy kau ok tak? Aku panggil cikgu eh?"
"Jangan!"
"Dah tu kau sakit kan, mana boleh macam ni"
"Aku ok aja lah. Dah lah. Dah petang ni ko pergi la balik. Nanti lewat kena marah pula." Baihaqy masih di posisinya. Menundukkan kepalanya dan menahan sakit.
"No! Aku tak akan balik selagi kau, macam ni. Wei, pandang la aku" Baihaqy diam dan tidak memberi respon.
'Ish mamat ni geramnya aku!'. Secara automatik dia menarik lengan baju Baihaqy dengan kasar. Akhirnya luka Baihaqy terserlah. Dahinya berdarah, begitu juga di telapak tangannya.
YOU ARE READING
BFF To The Sis-in-law
Fiksi RemajaAdila,Najihah.Najihah, Adila..Bagai isi dan kuku, hubungan yg terlalu erat membuatkan ramai orang cemburu..Berkawan sejak kecil dan sentiasa menghabiskan masa bersama..Menerima diri mereka seadanya walaupun mempunyai kekurangan masing-masing.. Masa...