28

4.4K 232 19
                                    

Iman Nadhirah baring mengiring di atas sofa. Jarinya menekan-nekan alat kawalan jauh Astro mencari siaran menarik. Akhirnya dia membuka channel Nickelodeon. Mampu tengok Spongebob jelah nampaknya. Nasib baik kartun ni best jugak, kalau tak mati kebosanan aku!

Derapan kaki menuruni anak tangga kedengaran. Bunyi itu langsung tidak mampu mengalihkan perhatian Iman Nadhirah dari kaca televisyen.

"Adik!" Iman Nadzir memanggil adiknya.

"Hmm..."

"Kawan-kawan abang nak datang. Pergi pakai tudung. Baju tu tukar elok sikit," arah Iman Nadzir tegas.

Iman Nadhirah serta merta mengubah posisi menjadi duduk bersila. Keningnya berkerut. Dia menoleh ke arah abangnya yang sedang membetulkan rambut di hadapan cermin yang terdapat di ruang tamu rumah mereka.

Dia mencebik. Kawan je pun nak datang, tapi gaya dah macam nak pergi dating. "Kenapa diorang nak datang? Tak pernah-pernah pun kawan abang datang rumah, lainlah kalau si Zafriel tu. Nak kata ada study group ataupun kerja kumpulan, bukan semua kawan abang dan abang sama batch."

Iman Nadzir merengus. Banyak tanya pulaklah adik aku ni! "Adalah hal lelaki. Tak smestinya datang rumah semata-mata nak study, lepak pun boleh kan?"

Iman Nadhirah memandang abangnya itu tidak puas hati. Lepak? Dia fikir rumah ni dia sorang je ke yang tinggal? Ingat ni rumah bujang ke apa sampai nak ajak lepak. "Ha, lepaklah korang! Kalau mama dengan papa tau, adik tak tau."

Iman Nadzir tidak mengendahkan kata-kata adiknya. "Kisah pulak abang? For your information, my dearest sister, mama dengan papa dah tau. Diorang tak kisah. Lagi bangus duk rumah ada mama dengan papa pantau dari keluar, entah buat apa kat luar sana tu," hujahnya dengan nada perlian.

Iman Nadhirah mengecilkan matanya memandang abangnya. "Eh, abang memang saja nak perli adik ke apa?"

Iman Nadzir menjulingkan mata ke atas. Kemudian dia memeluk tubuh. "Abang ada cakap adik ke tadi? Takkan? Plus, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya!"

Iman Nadhirah menggenggam tangannya menahan marah. Dia bangun dari sofa lalu mendaki anak tangga. Dia sudah malas mahu beradu mulut dengan abangnya. Kalau dilayan, alamatnya sampai kawan-kawan abangnya itu sampailah dia tidak bertudung.

Iman Nadzir tergeleng kecil melihat adiknya. Biarlah! Sekejap je dia tu... Nanti-nanti okeylah. Jejaka itu amat mengenali sikap adiknya itu. Mereka berdua memang selalu beradu mulut. Tapi tak lama pun sentap atau merajuknya. Akhirnya mereka akan berbual seperti tiada apa yang berlaku. Itulah dia bagai air yang dicincang tidak akan putus.

_____

"Aku dengar hari sukan dah nak dekat. Kau orang nak masuk acara apa tahun ni?" soal Iman Nadzir.

Taufiq menggaru kepala. "Aku tak join kot. Lagipun kat sekolah lama dulu pun aku tak aktif sangat sukan ni. Tolong ganti orang adalah."

Iman Nadzir mengangguk perlahan. Samalah dengan si Fahmi ni kiranya. "Kau, Zaf? Tahun lepas aku menang, tahun ni... aku menang lagi kot?"dagunya diusap. Kening dijungkit dua kali.

Zafriel Adrian laju membidas, "Eh, tolong sikit! Patutnya aku menang tau? Kau menang tu sebab kau bernasib baik ajelah! Kalau tak sebab minah tu, aku dah boleh menang tau tak?"

Taufiq mengerutkan kening. "Apa jadi sebenarnya?"

Iman Nadzir dan Fahmi tergelak. "Tak boleh lupalah macam mana kau boleh melatah time tu! Serius lawak giler!" Ujar Iman Nadzir dengan sisa tawanya.

Fahmi mengangguk tanda bersetuju. Taufiq pula masih terpinga-pinga.

Tahun lepas...

Zafriel Adrian menarik nafas dalam-dalam. Selepas ini acara lari pass baton. Dia mengambil tempat yang terakhir sekali, iaitu pusingan keempat.

Iman Nadzir turut sama sertai acara lari pass baton. Dia menepuk bahu Zafriel Adrian yang sedang minum air mineral bagi mengisi tenaga. "Good luck, may the best atlet win."

Mereka berdua sememangnya menjadi atlet sekolah sejak dari awal belajar di SMTI. Zafriel Adrian hanya mengangkat ibu jarinya membalas ucapan sahabatnya sejak kecil itu.

Acara lari pass baton sudah pun bermula. Iman Nadzir, Zafriel Adrian dan peserta lain bersedia. Tak lama kemudian, Nafiz wakil rumah Biru memberikan baton kepada Zafriel Adrian. Zafriel Adrian terus memecut laju ke garisan penamat.

Tinggal beberapa tapak lagi ke garisan penamat. Dia dan Iman Nadzir bersaing untuk menamatkan larian.

Akan tetapi, tiba-tiba seekor kucing berlari melintasi Zafriel Adrian. Dia terkejut. "Oh mak kucing terlepas dari kandang!" Serentak itu dia tergelincir dan jatuh terlentang.

Kucing tadi terus melompat ke atas badannya. "Meow!"

Semua yang dengar Zafriel Adrian melatah, tergelak kuat. Iman Nadzir yang melepasi garisan penamat menghamburkan tawanya.

Beberapa hari lepas kejadian itu baru dia tahu siapa dalang yang membuatkan dia dimalukan di hadapan khalayak ramai.




✩✩✩✩✩

Nak tahu siapa? Nantikan update seterusnya! Hahaha...

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now