Tidak lama kemudian dia pun sampai di hotel empayar terbesar di bandar itu. Sebaik saja dia sampai di sana dia pun menelefon puan sri mia untuk memberitahunya yang dia sudah sampai di hotel tersebut. Dia di arahkan oleh puan sri mia supaya naik terus ke tingkat 5 dan masuk ke bilik 505. Dia segera masuk ke dalam lif yang sedia ada di situ.
Tidak lama kemudian dia pun sampai di hadapan pintu bilik hotel bernombor 505. Ketika dia sedang berdiri di luar pintu bilik itu tiba tiba saja pintu bilik hotel tersebut di buka orang dari dalam. Kelihatan puan sri mia berdiri di ambang pintu sambil menyuruhnya masuk ke dalam bilik hotel itu. Dia pun terus masuk ke dalam bilik hotel tersebut. Cepat cepat puan sri mia menutup daun pintu bilik hotel itu. "Maaflah sebab saya datang lambat...", kata fariz perlahan lahan. "Oh... Tak apa... its okay... awak datang ni pun dah kira okay dah...", kata puan sri mia berjalan lalu duduk di atas birai katil yang ada di situ. "Maaflah sebab ajak awak datang ke sini tengah malam buta... sebenarnya saya ajak awak ke hotel ni saja nak elakkan diri dari ketahuan oleh orang lain...", kata puan sri mia. "Oh... begitu... tidak mengapa, saya faham... anyway, saya sudah biasa di panggil oleh pelanggan di tengah malam buta macam ni... okaylah, lets get started...", balas fariz sambil membuka baju t'shirtnya.
"Eh... nanti dulu... tolong jangan buka baju awak tu...", cepat cepat puan sri mia menahannya dari membuka t'shirt panjang lengannya itu. "Eh... kenapa pula ni?... bukan ke awak panggil saya supaya saya melayan awak malam ni?...", soal fariz kehairanan. Dia merasa hairan apabila wanita tersebut menghalangi dia dari melakukan tugasnya. Dia sudah di panggil untuk berjumpa dengannya di dalam bilik hotel jadi dia harus melayani wanita tersebut. Begitulah kebiasaannya apabila berjumpa dengan pelanggannya tapi kenapa tiba tiba pula wanita itu menghalanginya dari melakukan tugasnya?... semakin hairan pula fariz di buatnya. "bukan... bukan itu tujuan saya memanggil awak ke sini...", sanggah puan sri mia. "Jadi apa tujuan awak panggil saya berjumpa dengan awak dalam bilik hotel ni?", soal fariz ingin tahu. "sebenarnya tujuan saya mengajak awak datang ke sini ialah saya ingin berbual bual dengan awak... itu saja...", kata puan sri mia perlahan lahan.
"Hah?... apa?... awak hanya ingin berbual dengan saya?", soal fariz terkejut. Buat pertama kali dalam hidupnya dia berjumpa dengan wanita kaya yang hanya ingin berbual dengannya. Dia di ajak berjumpa tapi hanya untuk berbual saja. Mati mati dia fikirkan yang wanita tersebut hanya inginkan layanan seksnya tapi apa yang di fikirkannya itu meleset sama sekali. "Ya... sebenarnya saya perlukan seseorang untuk mendengar setiap luahan dan keluhan saya sebab itulah saya panggil awak datang ke sini...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Nanti dulu... awak nak saya dengar setiap luahan dan keluhan awak. itu saja ke?", soal fariz ingin tahu. "Ya... sebenarnya saya perlukan seorang teman yang bisa di ajak berbual dan menemani saya di saat saya kesedihan atau di landa masalah... saya juga inginkan teman yang sentiasa bersama saya bila saya merasa kesepian dan keseorangan...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Woah!... woah!... woah!... nanti dulu... awak nak saya jadi teman bual awak?", soal fariz semakin terkejut. "Ya... kita boleh jadi teman bual yang baik itu pun jikalau awak sudi menjadi teman bual saya... jangan bimbang saya pasti akan membayar awak setiap kali awak menghabiskan masa awak dengan saya...", kata puan sri mia panjang lebar.
"This is ridiculous... i mean takkanlah awak langsung tak ada teman baik dalam hidup awak?... mana teman teman awak yang sebelum ini?... mereka tak nak berkawan dengan awak lagi ke?", soal fariz perlahan lahan. "Saya memang ada ramai teman tapi mereka sangat sibuk dengan dunia mereka sendiri sehinggakan saya merasa di abaikan... suami saya sendiri pun abaikan saya... saya merasa sedih tau...", kata puan sri mia sambil menangis. Apabila fariz melihat wanita itu menangis timbul pula rasa simpatinya terhadap wanita tersebut. "Sudahlah tu... awak jangan menangis... awak tak cantik kalau menangis macam tu...", pujuk fariz perlahan lahan. Puan sri mia berhenti menangis. Dia mengesat airmatanya dengan sapu tangannya sendiri. "Saya berharap sangat supaya awak terima tawaran saya ni... saya sanggup bayar awak lebih jika itu yang awak mahukan...", kata kata puan sri mia di potong pantas oleh fariz.
"Nanti dulu, saya nak tanya awak satu soalan... kenapa awak pilih saya jadi teman bual awak? Agaknya awak dah terlupa ke yang saya ni seorang lelaki gigolo?... sepatutnya awak cari orang yang boleh membantu awak dalam menyelesaikan masalah peribadi awak contohnya doktor psikiatri ke apa ke tapi ini tidak... awak pilih saya pula... so apa yang menyebabkan awak pilih saya ni?", soal fariz panjang lebar. "Sebenarnya saya merasa sangat senang sekali apabila berbual dengan awak. sejak pertama kali saya berbual dengan awak di dalam bilik kecil kat kapal persiaran tempohari saya dapat rasakan yang kita sangat serasi ketika berbual bual. Awak pandai mengatur bicara jadi saya merasa sangat senang apabila berbual dengan awak... mungkin awak fikir saya ni sudah gila sebab saya pilih awak jadi teman bual saya tapi saya tak gila... saya tahu awak memang sesuai jadi teman bual saya sebab itulah saya ajak awak jadi teman bual saya...", kata puan sri mia berterus terang.
Fariz terdiam selepas itu. Dia tidak menyangka ada juga wanita yang kaya raya tidak ada teman untuk di ajak berbual. Sungguh kasihan betul orang yang tidak berteman seperti itu. Tentu dia sentiasa merasa kesunyian dan keseorangan dalam hidupnya. Sungguh dia tidak menyangka ada juga orang kaya seperti itu dalam dunia yang serba canggih dan moden ini. Ianya umpama seekor ikan emas di dalam akuarium yang sangat cantik dan mewah tapi dia sentiasa keseorangan tidak berteman. "Dengar sini... saya tahu awak keberatan dengan tawaran saya ni sebab awak terpaksa berkawan dengan wanita tua seperti saya tapi saya tak marah jikalau awak menolak tawaran saya ni pun...", kata puan sri mia lagi. "Eh... nanti dulu... saya tak cakap pun yang saya menolak tawaran awak tu... saya cuma berfikir lorh. By the way saya nak tanya awak satu soalan. apa yang saya akan dapat jikalau sekiranya saya jadi teman bual awak?...", soal fariz ingin tahu. "Saya akan beri awak upah setiap kali awak menghabiskan masa awak dengan saya... contohnya jika saya mengajak awak keluar dengan saya pergi makan di restoran, saya akan bayar awak lima ratus ringgit. Bila saya sedih dan merasa kesunyian saya nak awak berada di samping saya. Jika awak datang menemani saya pada hari tu saya akan bayar awak seribu ringgit. Jika awak berjalan keluar dengan saya contohnya pergi menonton wayang ke apa ke saya akan bayar awak lapan ratus ringgit... sebagai bonusnya, saya akan beri awak sebuah apartment untuk awak tinggal. Dengan cara ini awak tidak perlu tinggal dan menyewa di bilik sewa awak tu lagi... oh... one more thing... jikalau awak jadi teman saya, saya tak nak awak jadi gigolo lagi... tapi saya nak awak bekerja di agency modelling saya... setiap pagi awak harus pergi ke agency modelling saya tu untuk berjumpa dengan saya di sana... nah!... ini kad alamat agency modelling saya...", kata puan sri mia perlahan lahan. Dia menyerahkan kad businessnya pada pemuda tersebut.
"Oh... maksud awak saya akan jadi model dalam agency awak?", soal Fariz ingin tahu. "Ya... awak kan tampan dan pandai bergaya pula tu... itu sudah cukup memenuhi syarat untuk menjadi seorang model di agency saya...", balas puan sri mia dengan wajah yang serius. "Oh betul ke ni?...", soal fariz gembira. "Betul... jikalau awak bekerja betul betul dan awak jadi famous sudah tentu gaji awak akan mencecah ribuan ringgit dalam sebulan. Itu pun jikalau awak nakkan pekerjaan tu?... kalau awak nak pekerjaan tu awak boleh start bekerja dengan saya pagi esok...", kata puan sri mia sambil tersenyum. Fariz membalas senyuman wanita tersebut. "Saya nakkan pekerjaan tu... anyway, jikalau saya bekerja dengan awak tidakkah awak nak sebarang balasan dari saya contohnya layanan seks dari saya ke apa ke?", soal fariz ingin tahu. "Oh tidak... Sebenarnya saya cuma nak teman bual. Itu saja...", kata puan sri mia lagi. Fariz terdiam. Dia mula memikirkan tawaran tersebut. Apabila dia memikirkannya, agak lumayan juga upah dan bonus yang akan di berikan oleh wanita tersebut pada dirinya. Yang bestnya dia dapat sebuah apartment untuk dirinya sendiri. Dan lagi dia tidak perlu menjadi seorang gigolo seumur hidupnya. Dia akan jadi seorang model. Baginya itu sudah cukup baik. Sekurang kurangnya dia dah dapat pekerjaan yang halal. "Okaylah... saya terima tawaran awak tu...", kata fariz perlahan lahan. "Oh... baguslah kalau macam tu, saya akan menyuruh orang gaji saya bersihkan apartment kosong milik saya di jalan indera sakti tu untuk awak... awak hanya di benarkan berpindah masuk ke dalam apartment itu jikalau saya menyuruh awak berbuat demikian...", kata puan sri mia perlahan lahan. "Oh... Baiklah...", balas fariz sepatah. "Okay, tugas awak pada malam ini ialah awak harus duduk di sebelah saya dan dengar saya mengomel...", kata puan sri mia dengan riangnya. "Menjunjung titah tuanku permaisuri yang mahamulia... di persilakan tuanku mengomel... patik pacal yang hina sedia mendengarnya...", kata fariz separuh melawak. Dia duduk di sebelah wanita itu. "Hahahaha... awak ni siap berdramalah pula... hahaha...", puan sri mia bersuara sambil ketawa. Fariz pun turut ketawa di sebelahnya.
AUTHOR NOTE: sorry sebab mizz ada melakukan pembetulan dari segi jalan cerita ni. Harap ianya tidak menjadi masalah bagi korang semua :)
YOU ARE READING
CINTA TERLARANG (18)
Romance#5 in romance (28/08/16) Sinopsis: seorang isteri merasa di abaikan oleh suaminya sendiri. manakala seorang pemuda terpaksa menjadi gigolo kerana kesempitan wang. mereka di kurung oleh seseorang di dalam sebuah bilik. dari situlah kisah ini bermula...