29

4.6K 226 24
                                    

Taufiq terus tergelak sebaik sahaja Iman Nadzir habis menceritakan kejadian tahun lepas.

"Ha, cerita pasal apa tu?" Sergah seseorang.

Semua jejaka itu terkejut mendengar sergahan. Semua menoleh ke arah suara itu.

Kelihatan Iman Nadhirah memeluk tubuh sambil memandang tajam ke arah semua seniornya itu. Dia sudah pun menukar baju yang selalu dipakai di rumah kepada baju yang lebih sopan. Instant shawl pun sudah tersarung di kepala.

"Alaa... pasal kejadian tahun lepas," jawab Zafriel Adrian. Suaranya dingin.

"Siapa dalangnya?" soal Taufiq.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Kejadian tahun lepas? Dalang? Tok Dalang dalam cerita Upin dan Ipin tu ke?

Iman Nadzir dan Fahmi memandang gadis itu. Taufiq mengerutkan kening tidak faham. Iman Nadhirah apatah lagi.

Belum sempat sesiapa bersuara, Puan Sri Ilyana datang dengan dulang berisi cawan kosong dan jag yang berisi air sarsi. "Ha, ni dah kenapa senyap? Tadi bukan main galak ketawa sampai ke bawah dengar."

Dulang diletakkan di atas meja kopi. Baru sahaja Puan Sri Ilyana mengangkat jag untuk menuangkan air ke dalam cawan, Iman Nadhirah laju menghalang. "Eh tak payah, ma. Biar je diaorang tuang sendiri. Mama bawakkan air naik ni pun dah kira bagus."

Puan Sri Ilyana dan semua lelaki itu terpinga-pinga. Eh? Puan Sri Ilyana menggeleng kecil. Malas mahu berkata banyak. "Ha, boleh tuang sendiri kan? Aunty turun dululah sambunglah borak."

Iman Nadzir terus menuangkan air untuk dirinya dan kawan-kawannya.

"Eh ma! Empat je? Adik punya takde?" Sempat lagi Iman Nadhirah menyoal sewaktu Puan Sri Ilyana ingin turun ke bawah.

Puan Sri Ilyana menjawab, "Pergi ambik kat bawah kalau nak."

Iman Nadhirah mencebik. Alaaaa... Iman Nadzir yang sedang minum itu dipandang. "Abang, nak sikit!"

Iman Nadzir menjelir lidah. Iman Nadhirah memuncung. Tak guna punya abang!

"Balik kepada soalan tadi, siapa dalangnya? Aku tak fahamlah." Taufiq masih tak dapat nak tangkap petunjuk yang diberi oleh Iman Nadzir. Zafriel Adrian masih berdiam diri.

"Adik akulah. Dia yang pegang kucing tu," jawab Iman Nadzir selepas habis minum secawan air.

Iman Nadhirah mengerutkan kening. Kucing? Tak lama kemudian, baru dia teringat hal yang terjadi tahun lepas.

"Itulah, kalau bukan sebab kau, aku dah menang dah! Saja nak bagi rumah sukan kita kalah." Zafriel Adrian berkata dengan nada dingin.

Iman Nadhirah merengus. "Eeeee... berapa kali aku nak cakap yang aku. Tak. Sengaja! Ingat aku nak ke rumah sukan kita kalah?"

Taufiq keliru semula. Tak habis-habis keliru dia ni! "Kita?"

Fahmi menjawab, "Aku, Zaf dengan Iman rumah sukan sama. Biru."

"Aku Kuning!" ujar Iman Nadzir teruja. Padahal tiada siapa tanya dia pasal rumah sukannya.

Iman Nadhirah pula hanya mampu menjulingkan mata ke atas. Abang siapalah ni? Buat malu je... "Kau rumah apa Fiq?" soalnya.

"Merah..."

"Booo!!! Merah booo!!!" tiba-tiba sahaja Iman Nadzir mengutuk rumah sukan berwarna Merah.

Mereka yang berada di situ memandang Iman Nadzir pelik. Dah kenapa mamat ni?

Zafriel Adrian berdehem cuba menghilangkan suasana kekok akibat Iman Nadzir. "So, apa kata kita semua bersaing dalam hari sukan ni?"

Iman Nadhirah menyokong. "Nice idea. Semua kena masuk semua acara. Larian, lompat jauh, lompat bintang, ehhh! Lompat tinggi dan lain-lain lah."

Taufiq yang berdiam seketika memikirkan idea itu akhirnya bersetuju. "Okey, tapi confirm aku tak dapat menanglah."

"Janganlah mengalah sebelum mencuba." Nasihat Iman Nadzir. "Fahmi dikecualikan."

"Eh? Boleh pulak macam tu?" Tanya Taufiq pelik. Apasal Fahmi dikecualikan? Ini tidak adil!

Zafriel Adrian mengangguk. "Dia asma. Nanti kalau dia pengsan tengah padang tu, masak wei kena hadap mak bapak dia! Tapi... at least kau masuklah satu acara."

Fahmi menjungkitkan kening sebelah. "Acara apa? Lontar peluru? Memang taklah aku lepas. Lompat jauh, lompat tinggi. Apatah lagi!"

Iman Nadhirah memberi cadangan, "lari pass baton? Kau ambik turn yang first sekali. Lari slow-slow pun takpe. Nanti last tu Zafriel pecutlah!"

Zafriel Adrian dan Iman Nadzir mengangguk setuju. Seteleah berfikir panjang, Fahmi akhirnya bersetuju.

"Takkan kita je? Iman, kau pun kena masuk sekali." Taufiq berkata kepada Iman Nadhirah. Dia seolah-olah mencabar gadis itu.

Reaksinya? Iman Nadhirah menunjukkan riak biasa-biasa. Of course lah dah atlet kan... "Aku tak kisah. On je... tapi mana boleh! Aku seorang je perempuan."

"Adik ajaklah kawan-kawan adik sekali. Ainnur bolehkan? Kalau si Intan tu macam tak sangat. Darmia?"

Iman Nadhirah mengusap dagunya. Betul jugak eh? "Okey, tapi Intan memang tak boleh join. Ainnur okey je. Mia? Mia kan sama rumah sukan dengan abang, abang jelah wakilkan."

"Intan rumah apa?" Sampuk Taufiq. Alaaa... mamat ni dah officially jadi boy friend Intan. Confirm lah dia nak tau. Errr... Kawan lelaki ya bukan teman lelaki.

"Hijau sama dengan Ainnur," jawab Fahmi.

"So, confirmlah ni ya?" Soal Zafriel Adrian.

Iman Nadzir mengangkat tangan tinggi. "One more! Kita, I mean lelaki wajib masuk perbarisan. And girls..."

"Perbarisan jugak!" Celah Iman Nadhirah penuh teruja.

Iman Nadzir menggeleng kepala. "Nope. You girls kena masuk senamrobik."

"WHAT??!!!"





✩✩✩✩✩

Sorry kalau chapter ni membosankan. Yelah banyak pasal hari sukan je...

Padan muka Iman kena masuk senamrobik😝. Kesian Taufiq alone rumah merah. So, agak-agak korang siapa yang menang dalam persaingan ni?

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now