Manusia !

1 1 1
                                    

Bila kata manusia itu asalnya dari tanah,
Jadi mengapa lagaknya perlu seperti asal dari langit?

Engkau itu manusia
Nikmat yg engkau miliki itu bukan milik kau.
Nikmat yg engkau ada sekarang ini bukan selamanya milik kau.
Jadi mengapa harus bermegah?

Engkau itu manusia
Harta yg engkau miliki itu bukan milik kau.
Harta yg engkau ada itu pinjaman semata.
Jadi mengapa perlu memandang rendah terhadap orang yg susah?

Engkau itu manusia
Jangan terlalu megah dengan nikmat yg engkau ada.
Jangan terlalu selesa dengan kekayaan yg kau miliki.

Ya.
Engkau usahakan,
Engkau bekerja keras deminya,
Tegapi ingat wahai manusia,
Engkau hanya usaha,
Yg memberi itu dari yg Esa.

Kita ini manusia
Harusnya sering mengingatkan
Manusia dengan lupa
Tidak dpt dipisahkan.

Kita ini manusia
Ada banyak kekurangan
Jangan pantas kau memberi hukuman
Hanya dengan melalui pandangan mata.

Aku berkata begini
Kerana aku sedih melihat insan yg ditindas
Segala baiknya pada dahulu tidak langsung dihargai.

Aku berkata begini
Kerana aku melihat terlalu ramai insan yg begitu leka dengan nikmat dunia.

Aku berkata begini
Bukan bermakna aku mulia.
Kerana aku ada akal dan mampu berfikir.

Sudahlah manusia
Mari kita bangkit.
Jangan tindas mereka yg lemah

Hanya satu yg perlu engkau hadam
Tidak selamanya kita di atas.
Mungkin sekarang engkau di atas
Mana tahu esok lusa engkau pula di bawah
Nah, itu sudah aku kata.
Hidup ini umpama roda.
Tiba masanya engkau juga akan rasa
Hanya tunggu tiba masa.

CikBulan
28.06.16

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Jun 28, 2016 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

Manusia !Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin