Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia"Abang cuma nak kita bahagia seperti selalu, abang, Sue dan dia, " aku memujuk lagi.
"Tidak ada erti bahagianya kalau ada dia bersama kita, Sue tidak mahu," jawab Sue dengan linangan air mata.
"Sebelum ni, Sue ok kan? Boleh terima dia, kita sama -sama keluar makan, jalan-jalan. Dia dah macam adik Sue, kenapa sekarang berubah? " aku mula meninggikan suara.
"Itu dulu, sebelum abang beri tumpuan yang lebih pada dia. Lupa Sue dan anak-anak. Dia bukan isteri abang, ni yang sedang bercakap depan abang ni adalah isteri abang, faham!!? " Suhaiza membalas kata-kata aku.
"Kalau Sue tidak memberi harapan, abang tidak akan jadi macam ni, ingat tu!," aku berkata lalu bangun menuju ke pintu.
Suhaiza hanya melihat, hatinya benar- benar sakit. Erin dipangku kemas. Air mata terus bercucuran tanpa henti. Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan.
Tanpa arah tujuan aku memandu mengikut kata hati yang kecewa. Jalan raya agak lengang. Jam di dashboard menunjukkan 12:45am. 'Patutlah sunyi, malam ni bukan malam minggu.' kata hati ini.
Kereta aku berhentikan di bahu jalan. Enjin tidak aku matikan. Amat payah aku rasakan tika ini. Aku menolak rambut ke belakang lalu aku tarik sekuatnya. Stereng kereta aku hentak dengan kedua belah tanganku.
Arghh!!.. kenapa Sue ? Kenapa jadi macam ini? Abang sayangkan Sue dan sayangkan dia. Abang tidak boleh kehilangan kedua duanya. Tidak !!..jangan suruh abang tinggalkan dia, dulu Sue jugak yang merapatkan kami. Bila abang dah ada rasa sayang.. mudah sahaja Sue suruh abang tinggalkan dia.. tidakkkk!!!
Aku masih bungkam di dalam kereta. Radio aku kuatkan bunyinya. Tangan aku sandarkan ke belakang kepala. Fikiran aku benar -benar runsing. Pada aku Sue tetap isteri yang disayangi. Telah lebih 10 tahun kami hidup bersama dan telah pun dikurniakan 4 cahaya mata, mustahil akan ku lepaskan. Tidak!!. Dia.. dia yang baru beberapa bulan dikenali juga telah berada kukuh dihati ini. .. Arghhh!!!
Lagu Pada Syurga di wajahmu berkumandang ketika ini. Aku leka menghayati bait -bait kata dalam lagu tersebut. Terkutik rasa bersalah pada Suhaiza namun aku menidakkan kembali perasaan halus itu. Aku tidak bersalah...Malam kian larut, aku masih belum bersedia untuk pulang.
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta,
Pada onak dan duri asmaraEntah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa"Sayang, kenal tak dengan budak perempuan yang tinggal di tingkat 1sama blok dengan kita tu?" aku bertanya Sue pada suatu petang.
"Tak kenal, kenapa abang,? " jawab Suhaiza.
"Abang kasihan dengan dia tu, duduk sorang-sorang dan ramai pulak budak bujang yang asyik ganggu dia," terangku bersemangat.
"Biarlah, yang abang sibuk beritahu Sue kenapa?"
"Bukannya apa, kasihan je. Apa kata Sue berkawan dengan dia. Sekurang kurangnya ada jugak tempat dia mengadu susah senang dia di sini. Orang tua pulak jauh nun di Sabah,"
"Tak kuasa Sue. Kalau abang nak berkawan, abang sajelah tak usah ajak -ajak Sue, "
"Betul ni? Takpe nanti abang kenalkan dia dengan Sue ya. Rasanya lepas berkawan dengan dia tentu Sue akan jatuh suka," kataku lagi.
Akhirnya Suhaiza diperkenalkan dengan Alia. Bermulalah persahabatan antara keduanya. Suhaiza begitu menyenangi Alia, begitu juga dengan Alia. Sejak itu Alia tidak lagi kesunyian, ada Suhaiza tempat mengadu sakit serta susah senangnya.

YOU ARE READING
Pada Syurga Di Wajahmu.
RomanceDari lagu nyanyian Nash Pada Syurga Di Wajahmu diolah menjadi sebuah cerpen. Nashrul yang telah mengabaikan isteri dan rumahtangga kerana dibuai cinta indah bersama insan lain. Bila tersedar dia berusaha untuk kembali pada isterinya semula.