Menu hari ini : Salji

78 2 1
                                    

Pada mula nya hanya aku dan Yuyu ingin membuat formasi lipan dengan snow tube. Tiba-tiba, budak-budak mat saleh di belakang kami nak join sekaki. Maka jadilah 4 snow tube berantai menuruni gelongsor salji. Sampai sahaja di selekoh pertama, kami berempat berpecah. Oleh kerana aku paling berat, graviti membantu aku untuk sampai di hujung slide dahulu. Diikuti oleh Yuyu dan dua orang budak mat saleh tadi. Kami meraikan kejayaan kami selamat tiba di bawah dengan high 5.

"Where are you guys going?"

"We are going to try the sledge. Up there. A lot of them. Different shape and size. Come, come join us."

Mereka menarik tangan kami berdua. Seorang lelaki seorang perempuan. Berumur 7 tahun. Kanak-kanak lokal. Alice dan Axel. Mereka kesini sebaik sahaja sekolah habis.Datang bersama abang mereka yang sedang bermain ski. Pelat Jerman dapat didengar dalam setiap butir kata-kata mereka.

"Do you know how to ski?"

"Yes. But not today. Our gear at home. We just wanna play today."

Ujar Alice, adik perempuan kembar kepada Axel. Sebutannya bukan seperti orang Amerika. Alice disebut Elis oleh orang Amerika. Dalam slang Jerman namanya disebut Alis. Kami mengikut mereka daripada belakang untuk ke tempat bermain sledge. Ya, kena mendaki. Kerana untuk impak maksima, harus lah dari tempat yang tinggi. Dekat dengan tempat bermain tube. Bersebelahan cuma beberapa meter. Kenapa kami boleh tidak nampak?

"Want to go together?" Aku mempelawa mereka. Mereka mengganguk dan tersenyum.

Kami berembat beratur bersebelahan. Mereka disebelah kanan dan aku dan Yuyu disebelah kiri. Bentuk sledge di sini perbagai. Yang kami bakal cuba ini bentuknya seperti spade tanah atau dirt shovel versi yang lebih kecil. Kami harus duduk di atas 'spade' dan mengawal pergerakan dengan tangkainya.

"One...Two...Three!" Kami menginjak punggung kami untuk menuruni kawasan curam. Nampak mudah. Namun perlukan daya imbangan yang tinggi. Sebaik sahaja aku mula menuruni kawasan curam, aku rasakan seperti sledge aku melayang-layang tanpa kawalan. Aku cuba mengawal supaya tidak berlanggar dengan Alice atau Axel. Yuyu? Yuyu tak apa. Dah biasa. Alice dan Axel mendarat dengan selamat. Aku dan Yuyu berterabur dibawah curam. Disebabkan oleh kelajuan dan tujuan sledge tidak dapat aku kawal, aku bertindak menahan sledge tadi dari terus meluncur laju dengan menggunakan kaki. Alah, macam masa kecil-kecil dulu, brek basikal dengan kaki. Sebulan mak kena beli selipar baru. Selipar lama dah haus dimamah jalan tar.

 Menahan sledge dengan kaki adalah kesilapan besar. Tindakan aku untuk memberhentikan sesuatu yang sedang memecut secara tiba-tiba telah membuatkan aku dan Yuyu bergulingan di atas salji. Yuyu pun begitu juga. Brek kaki.

Alice dan Axel berlari lari mendapatkan kami. Aku dan Yuyu meniarap bersebelahan. Kami bertentang mata. Mulut Yuyu dan aku penuh dengan salji. Menu hari ini adalah salji.

"Brrrrfffffffftttttt...Bleeghhh bleeegghhhh..."

Kami berdua berdiri dan menepuk nepuk badan kami yang diselaputi salji. Mujur kami pakai snow proof suit pemberian Anna. Kalau tidak pasti kami sudah menggigil kerana kebasahan daripada salji yang cair. Alica dan Axel juga membantu kami untuk membuang lapisan salji daripada pakaian kami. Kami berempat ketawa berdekah-dekah.

"That is not how you go! You need to slightly lean back. Not leaning forward."

Aha. Walaupun aku dan Yuyu jurutera. Kami mengabaikan basic physic dalam kehidupan harian. Pandang enteng untuk menaiki sledge. Anggap mudah. Akhirnya kecundang di hujung jalan. 

Cubaan kedua agak terabur. Tetapi tidak seteruk percubaan pertama. Oleh kerana kau harus menyandar(tanpa apa-apa penghalang) kebelakang, otot abdomen kau akan berkerja keras untuk bermain sledge. Aku sudah bisa meluncur dan mengawal sledge. Tetapi mendarat tetap terabur. Tidak seperti Alice dan Axel. Beberapa percubaan, aku dan Yuyu sudah dapat bermain sledge dengan penuh keyakinan.

Keletihan turun naik curam, aku, Yuyu, Alice dan Axel berbaring di atas salji. Dalam ketenangan merenung langit, pandangan kami menjadi kabur. Wajah kami ditutupi salji. Siapa pula yang tak ada adab membaling salji kearah kami? Kami semua terduduk menyapu muka. Merenung tajam lelaki mat saleh tinggi yang memberhentikan ski betul-betul disebelah tempat kami berbaring. Tempias daripada papan ski nya mendarat di atas muka kami.

"Alice, Axel. Komm.ajsdkfrhwuenhfkjsf"

Itu sahaja yang dapat aku tangkap. Pertuturan seterusnya agak alien pada aku. Bahasa Jerman. Yang pasti dia mengajak mereka berdua pulang.

"Bye bye. Have a nice day." mereka berdua memeluk kami.

"Danke schon Alice und Axel!" kata Yuyu yang mengambil bahasa German sebagai bahasa ketiga di universiti dulu.

"Du sprecht Deutch?" Yuyu kaget apabila abangnya menyoal Yuyu. Dia tidak tahu ingin menjawab bagaimana.

"Only the basic sentences. Like Wie ist ihr name and all that basic shits" dia ketawa kecil dan berlau pergi.

"Bitte! Auf widersehen!" Alice and Axel berpaling kebelakang dan melambai kearah kami sambil berlari mengejar abangnya.

"Auf widersehen." 

Aku dan Yuyu facepalm. Lupa mahu mengambil nombor telefon atau bergambar bersama.








Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now