Cerpen ini mungkin mengganggu sedikit sensitiviti pembaca tetapi saya harap ianya tidak keterlaluan..
Persandingan Abadi
Oleh : Balqis Jaz
Tema: SonglitFm Bbm
Terguris jiwa dalam sengsara
Eb Fm
Cinta berbunga hanya seketika
Bbm Fm
Ku pendam rindu batin ku tersiksa
G C
Bayang diri mu makin jauh di mataPetikan gitar dan nyanyiannya terhenti di situ. Terasa kejanggalan ketika masuk ke 'kord C' tadi. Dia cuba 'tune' ke asas. Dari tali atas hingga ke bawah. Do... Re... Mi... Fa... So... La... Ti... Do... Ya! Sudah dapat. Tapi dia tidak teruskan nyanyiannya. Sebaliknya mencapai suatu bungkusan. Nampak seperti agak berat.
"Ha... ha... ha..." seperti tampak mengejek galak tawanya. Tapi hatinya puas. Bungkusan ditangan masih ditatang. Matanya tepat ke arah sebuah potret di dinding. Walaupun tidak sehebat Potret Monalisa, tetapi amat bermakna bagi dirinya.
Merenung potret itu belum lagi memuaskan hatinya. Ada sesuatu di dalam hatinya yang ingin disampaikan kepada tuan yang empunyai diri potret itu. Dia mahu empunyai diri itu turut merasa apa yang dia rasa. 'Apa yang telah kau beri kau akan dapat balik!'
"Ani, kenapa Ani putuskan pertunangan kita?"
"Maafkan Ani, bang,"
"Tapi kenapa Ani?"
"Kita tak ada jodoh bang. Lagipun Ani malu nak bersuamikan lelaki tempang macam abang."
Alasan yang Ani berikan itu adalah suatu penghinaan terhadapnya. Tidak diminta tempang sebegini. Sebelum kemalangan terjatuh motosikal ke tempat kerja, pelbagai janji manis terpatri antara dia dengan Ani. Tetapi setelah berkeadaan begini, Ani mahu meninggalkannya dengan alasan sebegitu. Tidak ada cela wajahnya itu, cuma keadaan kaki kiri sahaja yang sedikit cacat.Terimbas mimpi di waktu bersama
Dingin kasih mu tak lagi terasaKini ku sedar tak lagi terlena
Saat bahagia pasti menjelma jua
Sanak saudara semua berkampung di rumah Ani. Hari ini hari pertunangan Ani dengan Cikgu Amir. Ini adalah pertunangan kedua bagi Ani setelah pertunangan pertamanya dahulu dengan pemuda cacat terhenti di separuh jalan. Ani tidak mahu bersuamikan pemuda cacat, sudahlah cacat, poket pula selalu kosong. Mujurlah Cikgu Amir cepat melamarnya untuk mengisi kekosongan yang telah dia tinggalkan.
Lima dulang hantaran dari pihak lelaki dibalas tujuh oleh pihak keluarga Ani. Hati Ani berbunga girang. Dari celah tirai kamar Ani mengintai bakal mertuanya berbincang mengenai tempoh pertunangan ini. Nampaknya tidak lama. Kerana Cikgu Amir telah bersedia dalam segala segi hal.
"Ishh... duduk diam-diam, jangan ditunjuk sangat 'peel' buruk depan mertua kamu," tegur Mak Bedah. Di dalam kamar itu hanya ada mereka berdua sahaja, yang lain semua berada di luar melayan kunjungan pihak keluarga Cikgu Amir.
"Ala... mak lang ni," Ani bingkas bangun dan duduk di atas birai katil.
"Ha... kan sopan macam tu, kejap lagi bakal mak mertua kamu masuk untuk menyarungkan cincin. Ingat, nanti lepas pakai cincin salam dan cium tangan tau," Mak Bedah memberi ingatan kepada Ani walau dia tau Ani pernah melalui saat sebegini.
"Yelah..." Ani menjawab sambil tersenyum manakala pandangannya terarah ke pintu kamar menunggu kemunculan Hajah Rahmah, ibu Cikgu Amir.
Mak bedah memberi isyarat kepada Ani agar bersedia setelah terdengar perbualan di luar Hajah Rahmah meminta kebenaran untuk berjumpa dengan Ani untuk menyarungkan cincin tanda ikatan pertunangan. Itulah saat yang Ani tunggu-tunggu.
Ani memperkemaskan duduknya. Peha kanan dan kiri bertemu rapat. Tangan kanan yang menggengam sehelai kertas tisu diletakkan atas tangan kiri berlapikkan peha kanan. Wajahnya sentiasa tersenyum manakala kepala tunduk sedikit ke bawah seperti yang diajar Mak Bedah.
Dari ekor mata, Ani nampak tirai diselak. Jantung Ani berdebar hebat walau ini pengalaman keduanya berada dalam situasi ini, tetapi perasaan gugup itu tetap ada. Jari manis Ani bergerak-gerak. Itu tandanya tidak sabar untuk menyarung cincin baru. Mak Bedah melemparkan sebuah senyuman ke arah tirai kamar mempersilakan masuk tetapi Hajah Rahmah hanya berdiri di situ dengan muka yang amat kelat.
Sejurus kemudian tirai kamar ditutup kembali. Terdengar suara kecoh di luar. Ani tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya. Mak Bedah juga resah. Dia bangun untuk menyiasat status.
"Apa ke buta mata Amir ni agaknya. Perempuan hodoh macam beruk nak dibuatnya bini," Hajah Rahmah mengomel sambil mengarahkan ahli rombongannya mengangkat kembali dulang hantaran untuk dibawa pulang.
"Kenapa Puan Hajah? Apa masalahnya?" tanya ibu Ani meminta penjelasan.
"Kenapa awak kata! Patutlah pertunangan dahulu tak kekal lama, rupa-rupanya muka anak awak macam beruk!"
"Puan Hajah jangan menghina anak saya. Kalau tak nak kata tak nak."
"Kalau perempuan muka beruk itu memang saya tak ingin nak buat menantu!" Hajah Rahmah berserta rombongannya mula menuruni anak tangga.
Mak Jah masuk ke dalam bilik menjengah anaknya, Ani. Di amati rupa paras Ani. Cantik dan manis. Tidak ada gaya pun persis rupa beruk. 'Memang dasar orang kaya yang suka menghina,'tempelak Mak Jah di dalam hatinya.
Ab Fm
Aku masih menanti saat kita bersama
Bbm Eb Fm
Memadu kasih yang menghalang kita di sana
Ab
Rindu... Rindu aku pada diri mu
Bbm Db C
Bertemu kita bersanding bersama selamanya
Fm Bbm
Kan ku gengam bara cinta lara
Eb Fm
Tidak aku padamkan lagi
Bbm Fm
Walaupun beribu rintangan menanti
Db C
Ku tetap menunggu kau kembali
YOU ARE READING
Persandingan Abadi
ParanormalAssalammualaikum... Salam Ramadhan. Mintak tunjuk ajar rakan-rakan saya budak baru nak belajar. Cerpen ini mungkin mengganggu sedikit sensitiviti pembaca tetapi saya harap ianya tidak keterlaluan.. Persandingan Abadi ...