Maizatul Aqma, gadis berumur 16 tahun merupakan pelajar SMK AGAMA SIBU, Sarawak.
Merangkap pengawas di sekolah tersebut. Aqma seorang yang cantik, baik, bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas.
Oleh kerana kecantikannya, ramai lelaki menyimpan perasaan terhadapnya. Tetapi semuanya ditolak oleh Aqma.
Sebab dia ni jenis yang tak melayan sangat LELAKI. Baginya, umur dia pada ketika itu masih terlalu awal kalau nak menyampuk dalam hal cinta.
Akan tetapi, kalau Aqma sukakan seseorang memang tak dapat dielak lah. Itu adalah fitrah kita sebagai manusia.
Tapi Aqma berusaha agar tidak bercinta, bercouple kerana ianya boleh mendekatkan diri ke lembah zina.
"Hai, saya Akmal. Dari kelas 5A. Selamat berkenalan!"
Surat itu diperhatinya. Kemudian tergeleng-geleng. Haishh apa nak jadi lah sekarang ni? Kertas satu lagi dibuka.
"Awak Aqma kan? Salam perkenalan dari saya. Radin, 4A."
"Hai, nah nombor saya. 0123334445"
"Hai, cantik!"
Dah empat kertas yang dia dapat hari ni. Naik pening dah kepala. Semua kertas itu digumpal jadi satu lalu dibuang ke dalam tong sampah.
"Tak gunanya aku nak layan korang!" Omel Aqma dalam hati. Langkah diatur untuk ke kelas. Tak kuasa nak layan.
"Hai, Aqma!" Sergah Izzati tiba-tiba seraya memaut bahu Aqma. Terkejut Aqma dibuatnya.
Mujur kau kawan aku Ati, kalau tak dengan kau kau sekali aku humban masuk dalam tong sampah. Getus Aqma dalam hati.
"Bertuahnya kau kan..Ramai laki minat kat kau. Kenapa kau tolak macam tu aje?"tanya Ati.
"Bertuah kau kata? Patutnya aku rasa hina tau. Aku tak nak jadi murah sangat depan diorang." Ya, itu lah prinsip Aqma.
"Hmm, yelah yelah. Dah jom pergi kantin."ajak Ati. Aqma hanya menurut. Mereka pun pergi ke kantin.
Dalam perjalanan nak pergi kantin itu, memang Aqma rasa macam nak tampar je muka mamat ni.
"Hai, sayang. Dah baca tak surat I bagi?"tanya si lelaki miang. Paling miang di sekolah tersebut.
Jangan pandang rendah dekat sekolah agama ni. Walaupun berlatarkan 'agama' tapi budak-budaknya sama je macam sekolah lain.
"Hoi, kau jangan nak menggatal sangat panggil aku sayang. Geli kau tau tak?"marah Aqma.
"Wowo... ganasnya. Sabarlah.."ujar Radin.
"Weh kau ni Radin. Kau pergi blah la. Tepi!"kata Ati sambil mengibas tangannya untuk menyuruh Radin dan gengnya yang lain ketepi.
"I suka you, Aqma. I love you sooo much!"jerit Radin tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain.
Malah dengan guru-guru yang lalu lalang. Peduli apa aku? Tapi Aqma buat-buat tak dengar.
YOU ARE READING
Love You Mr. Under Age
TeenfikceBlom ready synopsis Harap enjoy read cerita ni, okay?