Bab 1: Cikgu Baru

3.9K 73 4
                                    

"Sya,tunggu!".Farhah tercungap-cungap setelah berlari mengejar Sya.

Ariena Batrisyia,juga dikenali sebagai Sya atau Rina.Majoriti memanggilnya Sya kerana panggilan itu kelihatan lebih manis.Sya merupakan seorang Ketua Pengawas yg amat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas malahan dia juga seorang yang tegas dalam segala hal.Memang tidak salahlah Pn.Aini memilihnya sebagai Ketua Pengawas.

"Kenape kau ni Farhah?,dikejar hantu ke apa?".Sya menatap muka sahabat baiknya, Nurin dengan penuh tanda tanya.

"Hish!Kau ni,hantu tak wujud la,"
Sya ketawa terkekek- kekek."Habis kenapa?,"Sya membalas.

"Tadi masa aku nak pergi bilik guru,aku nampak sorang mamat ni hensem giler.Aku rasa dia cikgu baru kot"

"Aku kesah ape??".Sya membalas dengan nada marah.Dia mengira bahawa perkara yang Farhah kata adalah penting,tetapi tidak sama sekali.
------------------
Sya berjalan menuju ke bilik guru untuk menghantar laporan kebersihan Tingkatan 3.

Tiba-tiba...

Dush!

"Aduh..sakitlah!,"Sya merungut seorang diri.

"Ma..Ma..Maaf,saya tak sengaja..awak okey??".Suara seorang lelaki yang tidak pernah didengarinya sebelum ini.

"Dia tanya lagi aku okey ke tak,"Sya merungut dalam hati.

"Err..awak okey ke?Saya cikgu baru kat sini.Saya Cikgu Firdaus tapi awak boleh panggil saya Cikgu Daus,"sambil tersenyum manis menatap muka Sya yang putih dan cantik bak Sari Yanti .

Sya memang terkenal dengan kecantikannya,ramai orang mengatakan yang muka Sya sama seperti artis terkenal,Sari Yanti . Memang tidak salah la kalau nanti Cikgu Daus meminatinya nanti,tambahan pula Sya berbakat dalam memasak.Memang boleh jadi calon isteri.

"Ya Allah..Haish..hensemnya dia ni, tambah pula dia senyum makin bertambah-tambah manisnya,boleh kencing manis ni,"Ujar Sya.

"Err..Awak ni daripada tadi asyik melamun je.Nak saya tolong ke tidak ni?"Sambil menghulur tangan untuk menolong.Cikgu Daus mula berasa pelik kerana daripada tadi lagi Sya asyik melamun.

Sya yang dulunya seorang yang tegas bertukar menjadi seorang yang lemah lembut.Malah dia hampir jatuh cinta dengan gurunya sendiri.

"Mestilah saya nak,tapi sy tak nak pegang tangan cikgu,BUKAN MAHRAM!!"

"Astaghfirullah,terlupa saya..awak pegang je lengan baju saya,kan berlapik,"

Sya memegang lengan baju Cikgu Daus untuk berusaha berdiri.Akhirnya dia berjaya berdiri atas bantuan Cikgu Daus.

"Te..Te..Terima Kasih Cikgu,"Sya tiba tiba gagap kerana menahan malu.

"No Problem , memang tanggungjawab saya untuk bantu anak murid sy.BTW, nama awak.."Belum sempat Cikgu Daus menghabiskan ayatnya,Sya terus memotong.

"Haa...Nama saya Ariena Batrisya,kelas 5SC1.Kalau cikgu nak tahu saya Ketua Pengawas kat sekolah ni dan cikgu boleh panggil saya Sya,"Panjang lebar Sya menjelaskan kepada Cikgu Daus.

"Wah,Ketua Pengawas.Ok..Ok..nanti kalau ada apa-apa saya akan cari awak sebab saya kenal awak je kat sini,"Ujar Cikgu Daus dengan mengharapkan Sya menolongnya.Sya tersipu sipu malu apabila dipuji oleh Cikgu Daus.

"Boleh je cikgu,tak ade masalah.Panggil je saya bila-bila masa,"Sya sebenarnya tidak sabar untuk dipanggil oleh Cikgu Daus kerana dia merasakan dirinya sudah meminati Cikgu Daus.

*Chapter Telah Di-Edit

Love You,Cikgu!Where stories live. Discover now