27

12.6K 469 18
                                    

1 tahun kemudian...

"Customer table 33 nak yang ni." Husna memberi sekeping kertas pesanan kepada pekerjanya.

Dia berdiri di kaunter nya. Setelah setahun, akhirnya. Kini dia memiliki café nya sendiri.

Sedang dia melihat sekeliling tempat makannya, ada satu suara menyapanya.

"Kak Na." Panggil satu suara dengan lembutnya.
"Ya?" Husna berpaling, memberikan senyuman dengan pekerjanya itu.

"Ada 'someone special' tunggu akak dekat luar." Katanya dengan sengihan nakal.

Melihat riak wajah pekerjanya itu, dia sudah mengetahui gerangan itu.

"Akak pergi dulu, jaga kedai tau!" Kata Husna, mengambil bag tangannya.

Dari jauh,Husna sudah tahu siapakah gerangan istimewa itu.
Tubuh itu membelakanginya namun susuk tubuh itu sudah di kenalinya.

"Assalamualaikum." sapa Husna lembut. Perlahan- lahan tubuh itu berpaling menghadapnya.

Sejambak bunga ros merah di berikan. "Waalaikumsalam, Husna Delisha." jawab sang jejaka dengan senyuman manis menghiasi bibirnya.

"Kita nak ke mana ni?" Soal Husna, perlahan sahaja langkahnya.

"Ke hati saya tak nak?" Usik lelaki itu membuatkan Husna memukul lembut lengannya.

"Serious lah!" Rengeknya manja.

Ketawa kecil terkeluar dari mulutnya. "Sayang, lupa ke hari ni kita check up baby?"

Husna Delisha memandang wajah lelaki itu. Suaminya, Laith Zafri.
Satu senyuman terukir pada bibirnya.

"Saya ingatkan next week. Terima kasih ingatkan saya." Huluran tangan Laith di sambut Husna.

"Tu lah, saya ajak kerja jadi PA terus tak nak. Degil jugak, susahkan diri buka bisnes sendiri." Laith sudah membebel.

Sejak Husna mengandung, Laith pula yang menjadi kuat membebel. 'Singa' itu sudah tidak segarang dahulu dan syukur juga kini dia seorang yang lebih tenang.

Cuma... Saat ini ketika Husna mengandung, perangainya yang ketara ialah membebel dan protektif!

"Hati-hati turun tangga ni, licin. Tengok betul-betul anak tangga ni. Step by step." Kata Laith, menggenggam kuat tangan Husna.

"Ya Allah! Encik suami, saya dapatlah nak turun ni." Husna menggelengkan kepalanya. Naik rimas juga dengan perangai Laith kekadang.

"Ya wifey. Saya sayangkan awak, sebab tu saya berhati-hati macam ni. Plus ni our first baby. Janganlah naik rimas, sayang oi!" Seperti dapat membaca perasaan Husna, Laith menjawab.

"Kuat betul instinct awak?" Usik Husna.

"Since the very first day I saw you memang instinct saya tak pernah salah." Laith mengenyitkan matanya.

"Mengada." ujar Husna perlahan membuatkan Laith berpaling ke arahnya semula.

"Awak cakap apa tadi?" Soalnya, kurang jelas.

Husna hanya tersenyum puas dan terus melangkah masuk ke dalam kereta.

**

"The baby is healthy and by the next appointment maybe we can see the baby's gender." Kata Dr Tessa dengan senyuman mengisi bibirnya.

Husna mencuri pandang ke Arah suaminya, riak keterujaan dan kegembiraan terserlah dengan jelasnya terutama sekali sinar matanya.

"Okay, Puan Husna. Have a good rest, eat well for your baby." Kata Dr Tessa memberikan senyumannya.

Husna turut tersenyum. "Thanks, doc."

Matanya bertembung dengan mata Laith yang sedari tadi merenungnya. Mereka sailing bertukar senyuman.

---

"Tak sangka kan? Sekarang ni kita suami isteri, ada anak. Macam tak sangka." Ujar Laith.

Husna tersenyum. Ya, siapa sangka mereka kini bersama. Sesuatu yang dahulunya di anggap mustahil untuk terjadi.

Perkara itu mengingatkan Husna dengan peristiwa di lapangan terbang tempoh hari.

"Will you marry me, Husna Delisha? The woman that I will love endlessly, the one I will cherish til I die? Be mine forever and always?" Laith melutut sambil menghulurkan sekotak cincin.

Tubir mata Husna terasa hangat. Beberapa orang sudah mula memberikan perhatian mereka kepada Laith dan Husna.

"Laith.. Bangunlah." Kata Husna. Laith hanya menurut, bersedia untuk di kecewakan lagi.

Dengan pantasnya, Husna mengambil kotak cincin itu membuatkan Laith terpana.

"Jangan lupa bawa rombongan meminang nanti." Husna menayangkan jari manisnya yang kini di duduki oleh sebentuk cincin.

"Hey! Ya Allah, berangan!" Laith mencuit pipi Husna.

Cuitan itu membuatkan Husna balik semula ke dunia nyata. Satu senyuman terukir pada bibirnya.

"Thanks to the airport incident. Kalau bukan kerana tu, I would not be here. Probably in Australia, doing my PhD." Husna mengusap perutnya.

Laith mengeluarkan tawa kecilnya.
"Dulu, awak hanya untuk 14 hari... Tapi kini,it's forever."

Husna meletakkan kepalanya di atas bahu Laith.

"Thank you." Bisik Husna perlahan.
"Kenapa?" Soal Laith.
"Sebab sudilah jadi suami saya Dan Bapa kepada anak kita."

Laith meletakkan jarinya di bibir Husna.

"No... Terima kasih kepada awak for giving me chances after chances. For making me believe in love again, making me appreciate what's in my life. Awaklah, main reason I'm a better version of me now. So, thank you. I love you, Husna Delisha." Laith dengan tulusnya berkata membuatkan Husna mengesat air matanya.

Tangan kasar Laith turut mengelap air mata Husna.

"Janganlah nangis, wife." Tegurnya dalam tawa.

"I love you, Laith Zafri." Husna memeluk lengan suaminya.

"I know." Laith tersenyum, menayangkan giginya yang tersusun rata.

Kedengaran bunyi hon kereta dari belakang kereta mereka.

"Kereta tu dari tadi tunggu parking rupanya." Kata Laith, selamba. Perlahan-lahan dia mengundurkan keretanya.

"Kita nak ke mana ni yang?" Soal Laith.

Husna tersenyum. "I don't care as long as you're here by my side."

Laith Zafri dan Husna Delisha, saling bertukar senyuman.

Bahagia menular dalam hati mereka.
Betul lah Kata orang, good things take time, things that come fast won't last.

-tamat-

Untuk 14 Hari...Where stories live. Discover now