Tasha melabuhkan duduk dikerusi yang berhampiran. Dia sudah penat berjalan menemani Rania membeli belah.
"Hish ! Bila la Nia ni nak habis shopping ? Dah dekat 2 jam pusing mall ni. Aku dah tak tahan tengok body montok dia tu. Boleh pulak dia mengesel-gesel badan dia kat aku masa jalan sama-sama tadi. Aku ngap juga dia kat sini." Tasha bercakap seorang diri.
Matanya hanya memerhati Rania yang memilih pakaian disebuah butik yang berdekataan dengan tempat dia duduk. Sesekali matanya memandang pinggul Rania yang montok.
"Hish ! Tak boleh jadi ni. Selagi aku tak suruh dia berhenti selagi tu dia akan terpacak kat mall ni." Tasha melangkah ke arah Rania yang sedang menilik baju-baju di butik itu.
"Baby... Bila nak balik ni ? Sha dah penat la. Jom la balik apartment you. I dah tak tahan ni... Please..." Tasha memegang tangan Rania. Dia menarik Rania supaya memandangnya.
Mata mereka bertembung.
"Jap la... Sikit lagi. I nak beli baju ni. Cantik tak you?" Rania menayangkan baju yang dipegangnya.
"Ala... Jom la... Baju tu nanti pun boleh beli. You dah beli banyak baju ni."
Tasha mengangkat tinggi beg kertas yang berisi baju-baju Rania yang dipegangnya sedari tadi.
"Yela... Jom. I pun dah penat." Rania menarik tangan Tasha supaya keluar dari butik itu.
Mereka melangkah keluar dari mall sambil berpegangan tangan.
○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°
Datin Auni termenung diruang tamu. Dia teringatkan anak tunggalnya. Anaknya seperti sudah tidak suka pada kaum lelaki. Selepas kejadian ngeri menimpa dirinya.
Dia pening memikirkan hubungan anaknya dengan Rania. Mereka sangat rapat sehingga Rania menjadi mangsa melepaskan nafsu Tasha. Tetapi Puan Auni tau Rania mempunyai niat lain.
"Sayang... Kenapa termenung ni?" Dato' Nazlan melabuhkan duduk disebelah isterinya.
Datin Auni yang tersedar suaminya berada disisi terus memandang kosong ke arah suaminya.
"Kenapa ni? Fikir pasal Ayu ke?" Dato' Nazlan mengulangi soalannya setelah melihat isterinya hanya memandang kosong mukanya.
"Sayang risau la, bang. Ayu tu dah jadi lesbian. Pakaian pun dah tak tutup aurat macam dulu. Saya risau la kalau dia tak berubah," Datin Auni meluahkan kerisauannya. Dia bersandar pada dada bidang milik suami tercinta.
"Bersabar la. In Shaa Allah... Anak kita akan kembali ke jalan benar. Kita doakan yang terbaik buat dia, erk?" Dato' Nazlan cuba memujuk isterinya. Dia mengegam tangan isterinya.
Datin Auni hanya mengangguk kecil. Betul kata suaminya. Dia perlu berdoa dan terus berdoa sehingga anaknya kembali ke pangkal jalan.
○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°
Setelah menjejakkan kaki ke dalam apartment Rania, Tasha menghempaskan badannya ke atas sofa yang berada di ruang tamu.
Dia memejamkan mata. Tasha membuka mata apabila terasa pahanya diusap. Dia tersenyum apabila melihat Rania duduk di sebelahnya sambil tangan mengusap paha Tasha yang terdedah.
Rania-Rania...kau memang pandai mengambil hati aku. Bisik hati Tasha.
Tasha mendekatkan dirinya pada Rania. Dia mengusap pipi Rania dan juga bibir nipis milik gadis itu. Rania ketawa kegelian.
Tasha mendekatkan wajahnya ke wajah Rania. Bibir Rania dicium lembut. Tangan Tasha memegang tengkuk Rania tanda dia menikmati ciuman itu.
Sebelum ciumannya menjadi rangkus, Rania mengajaknya masuk ke dalam biliknya. Yela kan tak kan nak buat 'projek' dekat ruang tamu tak best ah.
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
Random●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...