Singa mana, singa?

94 1 0
                                    

Cermin di depan sinki bilik mandi dikaburi oleh wap air. Aku menyapu lapisan wap air untuk menjelmakan wajah aku yang tidak semengah. Muka aku habis berbirat dengan warna kemerah-merahan. Agak aneh. Kulit hitam manis seperti aku memang tiada istilah terbakar kerana cahaya UV. Hanyalah merentung. Kalau aku menghabiskan masa seharian snorkerling pun, muka aku tidak pernah nampak kemerahan semerti udang yang dipanggang.

Angah pernah beritahu aku. Jangan disangka cuaca yang sejuk dan kawasan bersalji tidak akan mendedahkan kau dengan risiko sunburn. Wajah Angah pulang daripada Gunung Stok Kangri di Lakh, India rentung. Tanline dimuka nya berbentuk kacamata gelap. Kerana dia memakai kacamata gelap sepanjang ekspedisi.

Mungkin apa yang aku lihat ini adalah bahana main salji dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Keluar selepas matahari naik dan pulang apabila sudah hampir terbenam. Aku tekapkan sedua-dua tapak tangan ku ke muka. Suam-suam. Ah. Tolonglah jangan demam.

******

"Awat muka hang Ain? Pipi hang meghah menyala"

Aku renung wajah Yuyu. Ok dan tiada masalah. Matanya membulat memandang aku. 

"Ntah la. Burn kot. "

Yuyu membuka begnya dan mengeluarkan pouch yang penuh berisi ubat.

"Hang nak demam ni. Nah. Ambil ni, ni dan ini. Yang tu hang kena masuk dalam ayaq."

Yuyu sememangnya farmasi bergerak. Setabung Beroca dan beberapa supliment diberikan kepada ku. Aku redha dan ambil sahaja. Semuanya ubat yang berasakan Vitamin C. Kebenaran dimana Vitamin C dapat mengelakkan demam masih agi misteri.

"Esok kita nak try ambil beginner ski class kan? Lusa singgah di Luzern dan terus tidur di Zurich."

Yuyu mengangguk sambil mengeluarkan barang-barang daripada beg nya. Sebungkus maggi kari letup diletakkan di sebelah beg. Tangan nya mencapai ke dalam begnya. Jauh di hujung. Seperti di dalam poket rahsia. Lipatan surat khabar sebesar tangan nya ditarik keluar daripada beg. Dia membuka lipatan itu. Dan aku lihat segenggam cili padi di dalam plastik yang dilipat dan diikat rapi. Mataku bercahaya. Sudah lama tidak merasa nikmatnya penangan kepedasan cili padi menendang deria rasa.

"Jom masak maggi!!!!"

Aku dan Yuyu berlari turun tangga. Seperti berlumba. Kami menjerang air di dalam periuk yang bersaiz sederhana, kemudian meletakkan sepeket maggi dan telur. Api ditutup sejurus selepas telur dimasukkan supaya telur tidak pecah di dalam kuah. Air yang panas itu dicurah-curah diatas kuning telur agar separa masak. Cili padi yang dipecahkan direndam di dalam kuah.

Nikmat tidak terkata. Kehangatan daripada kuah maggi tadi. Rasa macam berada di rumah sendiri. Ditambah pula dengan telur yang separuh masak dan cili padi yang pedas-pedas manja.

"Macam mana kau boleh lepas bawa ni?"

"Aku letak ja dalam beg tu. Kalau lepaih, lepaih la..Kalau tak lepaih redho ja la."

"Terima kasih la Yuyu. Otak kau memang boleh buat cincin. Geliga!"

Yuyu tersengih bangga. Aku dah Yuyu berlawan-lawan menghirup kuah. Kalau kami ada ibu mertua Jepun, sudah pasti dia bangga dengan kami. Ya lah. Kalau di Jepun, seseorang yang makan tidak berbunyi boleh dikira kurang sopan.

Usai makan, kami berkemas dan kembali ke bilik tidur. Waktu tersisa sebelum tidur kami gunakan untuk menghubungi yang tersayang di rumah. Bertanya khabar dan berkongsi cerita. Aku masih tidak punya keberanian untuk menghubungi Dani.

Tidur malam ini lena kerana kerinduan kepada tanah air terubat sebentar. Di perut dan di hati.

*******

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now