Ego

10 1 1
                                    

Aku suka dia.
Aku taktahu dia suka aku ke tak.
Tapi dia layan aku, macam aku istimewa buat dia..
Hari demi hari, sayang aku makin bertambah sebab layanan dia buat aku terasa aku memang milik dia.
Aku takpasti itu hanya harapan atau gurauan dari dia.
Aku sayang dia.
Sayang sangat.
Walaupun kami belum declare apa apa.
Satu hari tu, lepak rumah kawan aku.
Tetiba dia datang. Dan aku rasa, rindunya tak terkata.
Sebab jumpa dia memang susah. Aku berada di Petaling Jaya dan dia berada di Port Dickson.
Jarak kami sangat jauh.
Dan sukar untuk aku buktikan yang aku memang terlalu rindukan dia.
Malam tu, kami bergurau.
Dan aku ajak dia amik gambar sama sama.
Dia cubit pipi aku.
Dia layan aku malam tu sangatlah istimewa.
Sampaikan aku taknak balik Petaling Jaya sebab nak ada dengan dia hari hari.
Sebelum terlupa, selepas kenangan manis itu terjadi, satu peristiwa buruk berlaku diantara aku dan dia. Sampaikan dua dua ego nak mintak maaf atau pujuk.
Bulan puasa pun tiba, dan kami plan nak berbuka diluar sama sama dengan kawan aku.
Kira double date. Kawan aku bawa kawan dia, dan aku ada dia.
Tapi sepanjang berbuka puasa, aku dan dia tan bertegur sapa. Hanya diam membisu.
Umpama kami takkenal antara satu sama lain.
Disebabkan peristiwa itu berlaku, kami terus tak bertegur sapa.
Aku kecewa.
Sebab aku datang dari jauh ke Port Dickson hanya berbuka puasa dengan dia dan dapat create sweet memories dengan dia.
Tapi aku silap.
Aku datang dengan harapan, pulang dengan kekecewaan.
Dia ego. Dia pernah bagitahu dia memang ego.
Tapi aku masih sanggup tahan dengan ego dia. Sayang dan rindu aku buat dia takpernah berubah. Tetap sama macam dulu.
Dan kini, aku rindukan dia.
Rindukan saat saat manis dengan dia.
Ya, kami akan contact melalui wechat tapi tu pun hanya seminggu sekali sebab aku dah rasa kosong nak layan dia macam dulu disebabkan ego dia.
Lama lama, cover photo dia gambar perempuan alim ☺️
Sejuk hati aku pandang cover photo dia.
Adakah itu pilihan dia?
Selama ni aku bermati matian rindukan dia.
Adakah ini cuma harapan?
Ke aku yang syok sendiri?

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Jul 11, 2016 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

Ego dan harapan palsuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin