[ chapter 16 ]

2K 132 48
                                    

°•°•°•°•°

Pantai Cenang itu ditatap lama. Keindahan alam yang terbentang luas dihadapan mata itu dihayati sepenuhnya. Kecantikkan yang tidak mampu terungkap melalui kata-kata. Sempurna, yang diciptakan OlehNya semua akan membentuk kesempurnaan. Lambang kebesaranNya.

Aish Fahri menanggalkan kaca mata baru dan diletakkan di atas kepala. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar jeans hitam.

Keluhan dari rahang dilepaskan.

Kaki kanan dilangkahkan ke hadapan hendak mula berjalan. Seketika dia menanggalkan kasut yang dipakai dan dipegang menggunakan tangan kiri sambil berjalan di gigi pantai.

Ketenangan yang tidak terhingga.

Shaz yang sedang bermain pasir dengan Nashwa dari jauh sedang bergelak sakan. Umi pula duduk tidak jauh dari situ sibuk berbual dengan anak perempuan kesayangannya. Kadang-kadang Shaz memerhati gerak-geri rakannya itu seperti ada yang tidak kena.

Aish kembali berjalan mendekati permukaan air pantai. Kakinya mula rasa sejuk apabila air menenggelami sehingga buku lalinya.

"Kulit.." Aish mengeluh apabila tersedar akan sensitivitinya terhadap sinaran secara terus sinar uv dari matahari. Dia tanpa sengaja mahu membunuh diri sendiri.

Shaz terus menggendong Nashwa dan diberikan kepada umi. Dia segera menghampiri Aish yang berlari melindungi diri di bawah pokok redang.

"Kenapa?" suara Shaz agak cemas.
"Kulit ke?"

Aish Fahri hanya mengangguk perlahan.
Sudah tahu buat apa perlu tanya?

"Letak ais nak? Nanti makin parah pula. Kanser kulit tu." Shaz cuba untuk tidak membawa hal ini kepada puncak yang lebih serius.

"Nak aku mati ke?"

"Kanser boleh buat mati ke?" Shaz menggaru kepala.

"Tak kanser pun mati."

Shaz terdiam. Niat di hati tak nak jadi hal serius malah sekarang ia menjadi lebih serius dari yang disangkakan. Aish Fahri mula menggaru jawline yang terasa gatal.

"Jangan garu Fah nanti makin teruk. Dah merah dah ni." Shaz mula panik. "Jom cari ais jom? Nanti umi bising. Kau lah nak pergi sini buat apa?"

Aish Fahri menurut langkah Shaz tanpa sebarang niat untuk membalas apa yang diperkatakan oleh Shaz. Padahal dia yang beria-ia nak datang pantai ni kata aku pula. Aish Fahri memakai semula kaca matanya agar tidak kelihatan sangat seperti manusia yang allergic dengan matahari.

"Mana nak cari ais dia?" Shaz memandang kebelakang sambil tersengih.

"Kedai."

"Mana ada kedai kat sini." Shaz mengerutkan dahi. Aish Fahri mengecilkan matanya dan berjalan mendahului Shaz. Dia sudahlah malas hendak bercakap ditanya pula dengan berdas-das soalan!

"Kedai makan." Aish Fahri mengerling ke arah Shaz.

"Fah pandang depan!"

Naura memejamkan mata seerat-eratnya. Beberapa saat menunggu tiada apa yang terjadi dia pun memberanikan diri untuk membuka mata perlahan-lahan. Tiada perlanggaran yang berlaku jadi apa sebenarnya yang berlaku?

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now