Bab 1

255 12 0
                                    

"Adakah baju ini nampak besar bagi saya, mary?" tanya ain kepada sepupunya, Mary.

Nurul Ain. Seorang puteri kepada empayar Radiant dan anak tunggal kepada raja Razzil. Berumur 21 tahun dan bakal berkahwin pada usia muda dengan seorang putera bernama Daniel.

"Bagi saya baju itu kelihatan sangat sesuai dengan tuan puteri." balas Mary. "Malah nampak sama cantik macam tuan puteri."

"Kalau awak dah cakap macam tu maknanya ok lah kan. Tapi, saya tak suka dengan majlis perkahwinan ni, Mary. Saya akan berkahwin bukan atas sebab cinta tapi atas sebab takhta yang dimiliki oleh putera itu." kata Ain.

"Tidak mengapalah tuan puteri. Apa yang tuanku raja arah tuan puteri perlu menurutinya." balas Mary. Selepas berborak dengan Mary, Puteri Ain perlu turun ke bawah untuk bertemu dengan bakal suaminya.

Semasa puteri Ain menuruni tangga, semua orang yang hadir ke majlis itu tergoda dengan kecantikkan puteri Ain. Kecantikkannya telah membuatkan orang yang sedang menuang air tertumpah, orang yang sedang makan terkaku, orang yang sedang sakit berdiri.

Puteri Ain segera pergi ke ayahndanya. Dia berasa malu kerana semua orang di sekelilingnya memandangnya.

Puteri Ain berjumpa dengan putera Daniel. Semasa mereka bertemu, putera Daniel senyum-senyum kucing.

Puteri Ain dengan rasa ingin meluahkan sesuatu menjerit, "Perhatian semua! Hari ini saya ingin membuat satu pengunguman. Saya tak mahu berkahwin dengan putera Daniel kerana saya tidak cintakan dia."

Semua orang di situ terdiam dan terkejut. Perbuatan puteri Ain itu membuatkan putera Daniel marah. "Kalau itulah apa yang kamu rasa tidak mengapa. Tapi, jangan menyesal atas kata-kata yang kamu telah luahkan tadi." balas putera Daniel.

Putera Daniel dan pengikut-pengikutnya beransur keluar dari istana Radiant. Wajah mereka kelihatan begitu marah dan penuh dendam.

Puteri Ain dengan berasa puas hati masuk ke biliknya tanpa memandang orang sekeliling.

Edolas And TroeWhere stories live. Discover now