°•°•°•°•°
Naura menggigil ketakutan.
Skrin telefon bimbit sudah mula berair petanda bahawa peluh dingin dirembes keluar. Kaki juga turut menggeletar. Perasaan bersalah menyelubungi diri. Jantungnya tidak dapat berdegup normal.
Hal ini adalah hal serius. Ia melibatkan hidup mati seseorang. Naura meletakkan tangan sejuknya di muka. Dia agak takut dengan apa yang terjadi.
"Safiyah?"
Naura segera menurunkan tangannya dan memandang pemilik suara. Umi. Ya umi..
"Macam mana Umi?" Naura melihat pintu bilik rawatan pesakit. Kemudian dia menunduk tanda serba salah.
"Aish tak apa-apa. Safiyah jangan risau." Umi tersenyum.
"Tapi punca semua ni dari saya." tangan sejuk milik Naura digenggam hangat oleh Umi.
"Semuanya dah berlaku. Kalau sesuatu perkara tu nak terjadi macam mana sekali pun akan tetap berlaku. Jangan bersalah kerana takdir, cari hikmah disebalik apa yang berlaku." Umi tersenyum. Dagu anak gadis itu turut diangkat sama.
"Minta maaf , umi." air mata Naura akhirnya jatuh menyembah bumi. Dia tidak mahu kejadian lama berulang kembali. Dia tidak mahu pokok pisang berbuah dua kali! Cukup hanya sekali.
"Shh.." Umi memeluk gadis itu agar menenangkannya.
"Jangan rasa bersalah. Aish tak apa-apa."Naura mengangguk dalam pelukkan Umi. Meskipun bukan Aish Fahri yang difikirkan namun kejadian ini seakan sama dengan kenangan yang berlaku 3tahun yang lalu. Meragut kasih sayang yang hanya dia ada pada usia tujuh belasan.
Umi meleraikan pelukkan apabila doktor yang merawat anaknya keluar. Doktor itu tersenyum.
"Puan sila ikut saya." katanya sambil tersenyum.
Umi mengangguk dan memandang Naura yang masih dipegang tangan gadis itu. Naura turut membalas pandangan Umi.
"Jagakan Aish sekejap, Umi ikut doktor." Umi memohon.
Naura memicit hidung.
"Boleh ke Umi?" Naura memegang hidungnya yang merah."Boleh, Umi izinkan." Umi mengenyitkan mata.
"Buka pintu besar-besar."Naura ketawa halus memerhati umi yang semakin menjauh. Dia terus sahaja menghubungi Afrin. Pasti Tokmak dan Tokabah risau! Naura menanti talian diangkat oleh Afrin.
"Mana?" Afrin menjawab kasar.
"Tak jumpa rumah Tokabah?"Naura menjeling telefon bimbitnya.
"Kakak kat hospital ni. Nanti kakak balik. Cakap kat Tokabah dan Tokmak jangan risau.""Hospital?"
"Nanti kakak cerita. Bye Afrin sayang!" Naura sengaja menekan perkataan sayang dihujung ayat. Sudah terbayang wajah Afrin menahan loya ditekak. Hah! Bajet!
Naura Safiyah memandang pintu bilik yang meletakkan Aish Fahri. Jika bukan kerana Umi dan jika bukan kerana kesalahannya sudah pasti dia berada di rumah makan masakan Umi!
YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
JugendliteraturAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...