Kau si pemberi kenangan, membuatkan aku tersepit di celah ketika, hingga aku hilang jejak waktu, rupanya aku terkesima, dengan memori bersama kau wahai teman. Aku sorokkan kenangan itu dalam ruangan hati, moga tiada yang mampu mencurinya dari aku, kerana ingin ku rasa sekali lagi, betapa katarsinya memori bersama.
Andai nanti si pemberi memori pergi meninggalkan hayatnya. Diri ini berjanji, tidak akan tewas dengan hati yang meratapi dirimu yang dijemput tuhan. Diri ini yakin, kau masih kekal dalam ruangan hati, meski jasadnya kaku, akan aku hidupkan kau dalam imbauan memori yang kekal, selagi hati tidak mati mengingatimu.
![](https://img.wattpad.com/cover/79136552-288-k147300.jpg)
YOU ARE READING
Memori Katarsis
Short StoryAndai memori berlalu pergi, mampukah hati bertahan seorang diri?