Arahan: James Bobin
Rating: 6.4/10 - IMDB users, 34/100 - metacritics*sumber IMDB
Kebiasaannya, score2 yg rendah aku memang tak pandang, apatah lagi tajuk kanak-kanak.
But this one...Booom..out of the blue.
Nah kasi review sikit...kasi korang nak tgk citer ni.. Haha
1.We Can't Change the Past but We Can Learn from it.
Dalam pengembaraan Alice kali ini, beliau kena patah balik masa untuk selamatkan keluarga Hatter Tarrant (Johnny Deep).
Ada dua percubaan yang dicuba buat tapi tidak berhasil.
Dan Alice ni juga degil orangnya.Dikata tidak boleh ubah masa silam, tidak diendahnya kerana sanggup buat apa sahaja demi kawan.
Alice pernah beranggapan bahawa masa ni pencuri, kerana masa telah merembat nyawa bapanya.
Tapi lepas insiden ini Alice belajar "Time is many thing."
Alice anggap masa ni adalah hadiah.
Setiap detik.
Setiap saat.
Setiap minit.Adalah hadiah bagi seorang manusia
2. The power of believe.
Sebelum Alice mula travel back to time, beliau berjumpa dengan Hatter.
Hatter memberitahu Alice, bahawa beliau percaya pada dia walau apa pun, dan beliau mengharapkan benda sama pada Alice.
Dan beliau beritahu bahawa parents nya masih hidup oleh sebab ada topi biru kecil.
Alice bersimpati akan Hatter, (memang watak Hatter mcm bendul sikit).
Alice cuba pujuk Hatter yang parents nya sudah lama mati.
Hatter mengamuk, dia kata "Ni bukan Alice yang aku kenal!"
Dan selepas Alice sendiri menyaksikan yang parents nya sebenarnya dikurung oleh Red Queen setelah travel back to time.
Sewaktu beliau mahu khabarkannya pada Hatter, Hatter sudah pon nazak.
Namun atas satu ayat "I will always believe you"
Terus muka Hatter yang pucat lesu, rambutnya putih bertukar menjadi warna warni seperti sediakala.
3. The power of confession (pengakuan)
Sewaktu White and Red Queen kecil, ada suatu peristiwa yang membuat si Red Queen jadi jahat.
Ibu kedua-dua Queen membuat tart, dan dibilang jangan makan tart yang terakhir.
Budak-budak, nak dijadikan cerita si White Queen ni curi-curi makan tart terakhir di katil Red Queen.
Mak nya menyoal kedua-duanya, white queen tak nak ngaku, dan maknya ternampak sisa berdekatan katil Red Queen.
Semenjak itu Red Queen beranggapan tiada siapa yang sayangkan dia.
Pengakhiran cerita, si White Queen akui kesilapannya pada kakaknya.
Punyalah bertahun-tahun cold war, solusi dia pengakuan kesilapan kerana makan tart.
Bunyi kelakar, tapi itulah refleksi pada dunia realiti kita.
*Ada banyak lagi aku nak kupas, tersangat banyak..
Tapi Sultan menunggu aku.. Hehehe..
5.20 show.Kasi balun habis2 san balik ni.
Aku kasi rating cerita ni 8/10
#1LessonInCinema
#Akukakifilem
#AliceThroughTheLookingGlass
YOU ARE READING
Film Review
General FictionI believe that films is a part of education. For me films is like we are starring at the ocean. Some people interpret different meaning from the same view. Just like films. Even its specific it genre, different people different meaning.