Tepat kaki jam mengorak langkah ke angka 12.
Bayangan hitam mengekor.
Seolah-olah jam randik yang kesuntukkan waktu.
Laju sahaja gerak langkahnya.
Mencari 'Aku'.'Aku' masih leka menonton ceritera drama Melayu.
Menjadi tatapan meskipun sudah dapat ku agak pengakhirannya.Bulu roma ku menegak.
Sejuk seakan tiupan salju melintas ruangan waktu.
Kelihatan bayangan hitam dalam samar cahaya.
Seolah tersengih menyindir."Temanlah aku. Kita kan serupa."
Sungguh bisikan syaitan ini bermain elok di telinga ku.
"Pergi! Aku berbeza!"
Bayangan hitam mengeluarkan taringnya.
Sengihnya makin lebar."Tidak sayang. Kita sama. Kau lupa siapa kau. Kau lupa siapa pemilik kau. Bukankah kita serupa?"
YOU ARE READING
KALAM
PoetryKau sakit? Tepat jam randik tidak lagi berputar, kau, selamanya, akan menjadi peneman si 'pembisik kebahagiaan'.