Prangg..Terangkat bahuku apabila sebiji cawan dicampak dengan kasar ke dalam sinki.Mataku membulat melihat si jahanam ni tersenyum sinis kepada aku.
"Eh,letak cawan tu cuba elok-elok sikit..Awak ingat beli cawan tu pakai daun ke?..Awak nak ganti ke kalau pecah?.."bentakku sinis.
"Alah,kalau setakat cawan buruk tu..Sepuluh biji pun aku boleh gantilah.."balasnya selamba.Eh,yang kau duduk sini lagi tu buat apa?.Blah la.
"Ni aku nak tanya kau, kenapa kau tumbuk muka aku pagi tadi?..Sampai lebam pipi aku ni tau..Nasib baik tak nampak sangat.."Aku tergelak sinis.
"Tak nampak sebab kulit awak tu tak berapa nak cerah..Hmm,kalau saya tahu lebih baik saya terajang je terus tadi pagi..Lagipun,awak bukan boleh buat apa pada saya.. Kita kan bakal 'adik beradik'.."balasku sengaja ingin menaikkan api kemarahannya.Dia merengus kegeraman.
"Kau ingat aku suka sangat ke nak jadi abang kau?..Aku pun tak fahamlah dengan papa aku tu..Banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, mak kepada perempuan gila yang aku jumpa pagi tadi juga yang dipilihnya.."Aku menjengkelkan mataku kepada si jembalang tu.
"Eh,jembalang!..Awak ingat saya suka sangat ke nak dapat abang tiri ngok ngek macam awak?.."
"Nama aku Shah Jahan!..Bukan jembalang,faham?!.."Aku tergelak kuat.
"Nama awak Shah Jahan?.."soalku meminta kepastian.Lelaki itu mengangguk selamba.
"Yup..Shah Jahan Khan bin Arsalah Khan.."balasnya penuh riak.
"Baguslah tu.. Sorang Shah Jahanam ,sorang lagi Tersalah Khan..Sesuailah tu bapak dengan anak.."ujarku sebelum menggelakkannya sekuat hati.Lawak kot.Banyak-banyak nama dalam dunia ni.Nama tu juga kau pilih.Tiba-tiba terasa telingaku dipiat.
"Aduh..Aduh...Aduh..Sakit!!.."Aku sudah mengaduh kesakitan.
"Maaflah,Shah..Anak ibu ni memang kuat mengusik.. Dia cuma bergurau aje tu..Shah jangan ambil hati,ya?.."Aku sempat mencebik walaupun dahiku sudah berkerut apabila ibu masih belum melepaskan telingaku.Si Jahanam tu sempat tersenyum sinis kepadaku sebelum dia menapak keluar dari ruangan dapur.
"Apa ni,ibu?..Sakitlah!.."rengusku sambil mengusap telingaku yang sudah kemerahan.
"Padan muka!..Siapa suruh cakap macam tu pada abang kamu?.."balas ibu sambil berpeluk tubuh.
"Hisy..Ibu ni.. Dia belum jadi abang Bella lagi la!.."
"I don't care!..Hujung minggu ni ibu dan papa akan menikah, Bella dan dia akan jadi adik beradik..So,jangan nak berkurang ajar dengan abang,faham?..Ibu tak pernah ajar anak ibu jadi tak ada adab macam ni.."ujar ibu tegas.
Aku hanya memandang ibu dengan riak tidak puas hati.Nampak tak?.Belum kahwin lagi dia dah utamakan anak tiri.Lepas kahwin nanti,silap-silap aku ni hidup macam cinderella je.Bencinya!.
"Dah..Hidangkan makanan kat depan.."arah ibu sebelum dia menapak semula ke ruang tamu.Ahh!!.Nak nangis!.Kenapalah ibu berubah macam ni?.Bakal suami dan abang tiri aku tu baru je jumpa aku tak sampai satu jam.Sekarang ni ibu dah meng-anak tirikan aku.Sampai hati ibu buat bestfriend dia macam ni.
Tak apa.Tengoklah nanti aku nak merajuk dengan ibu.Huh!
*****************************
Tuk..tuk..tuk..
Aku masih lagi mengurungkan diri didalam bilik sambil melunjur diatas katil dan membaca majalah hiburan.
"Bella..Ibu masuk,ya?.."Aku masih tidak membalas.Biskut yang tersedia dimeja sebelah katilku segera ku capai dan kunyah kasar.Geram dengan ibu punya pasal, biskut yang jadi mangsa.
"Kenapa Bella tak tidur dengan ibu malam ni?.."soal ibu lembut.Eleh,sengajalah tu nak buat aku lemah lutut bila dengar ibu cakap lembut-lembut macam tu.Macam tak tahu saja anak dia ni dalam hati ada taman.Merajuk macam mana sekalipun,aku tetap juga cair bila ibu pujuk baik-baik macam tu.
"Bella nak tidur sorang malam ni.."balasku dingin.Ketika itu terasa rambutku diusap oleh ibu.
"Tapi ibu takutlah nak tidur seorang..Bella tak takut ke?.."soal ibu cuba memancing perhatianku.
"Tak..Tak takut langsung.."bohongku.Padahal macamlah ibu tak tahu bahawa aku ni penakut tahap tujuh petala langit.Alangkan bunyi cicak saja,aku dah boleh lari marathon dalam rumah.Mana tidaknya,aku geli kot dengan benda warna kelabu kehijauan tu.Hisy,bayangkan saja sudah buat bulu romaku meremang.
Tsik..Tsik..Tsik..
Bagaikan tahu saja bahawa aku sedang memikirkan pasal dia.Si makhluk yang ku benci itu sudah mengeluarkan bunyinya.
"Haa..Dengar tu..Bella tak takut ke kalau malam-malam cicak terjatuh atas muka Bella?.."soal ibu sambil tersengih.Aku merengus kecil sebelum menutup majalah ditanganku dan mengambil peket biskut diatas meja sisi katil lalu menarik tangan ibu untuk keluar dari bilikku.
"Macam ni lah anak ibu..Dengar kata.."Aku hanya mencebik perlahan sebelum memeluk bahu ibu.
"So,amacam tadi?..Bakal suami cakap apa?.."soalku ingin tahu.Malas nak merajuk lama-lama dengan ibu.Nanti aku juga yang 'waterfall' sebab buat ibu susah hati.
"Dia cakap lepas ibu dan dia kahwin,kita akan pindah ke rumah dia.."
"What?!.Habis tu rumah tinggalan arwah ayah ni macam mana?.."soalku kerisauan.
"Rumah ni Bella ambil la.. Ibu tak akan jual pun..kita cuma pindah saja.. Lagipun rumah dia besar tau.."
"Iya?..Dia kerja apa?.."soalku pelik.
"Hmm..Papa Bella tu sebenarnya pemilik butik kain terbesar di Malaysia tu.."
"Siapa?!..Pemilik Jakel ke?.."soalku terkejut.Ibu menampar lenganku kasar.
"Hey!..Bukanlah!..Hisy,papa tu pemilik Khanna Textile cawangan Malaysia.."
"Ohh...Kedai kain?.."
"Hmm..Ye la.."
"Then,macam mana ibu kenal dia?.."soalku pelik.Ketika itu ibu tersipu malu.
"Masa tu ibu keliru nak pilih kain yang mana satu untuk pelanggan yang nak tempah baju pengantin, kebetulan papa ada disitu.. Dia terangkanlah pasal kualiti kain.. Dan sejak itulah setiap kali ibu pergi beli kain, papa sanggup keluar dari office dia semata-mata sebab nak promote kain pada ibu.."Sedaya upaya aku menahan tawaku.
Alahai,pasal kain rupanya.Ingatkan pasal apalah.Yalah.Hebat betul ibu boleh mengurat pemilik Khanna Textile tu..pelik juga aku.Ilmu apa yang ibu pakai.Rupanya disebabkan kain saja.
"Anak dia tu pula,kerja apa?.."soalku pelik.
"Anak dia doktor..Dekat Paradise Hospital.."Oh My!.Bukankah hospital tu milik keluarga cik Dania aku tu?!.Jembalang tu kerja di hospital keluarga Eduardo?!.Bapaklah!.
"Hmm..Ibu tadi pun ada cakap pada abang Shah supaya tolong recommend kan Bella kerja disitu.. Bella bukan tak ada pelajaran.. Kan Bella ada ijazah sarjana muda dalam kejururawatan..so,eloklah kalau Bella kerja didalam bidang yang sesuai dengan Bella.."Aku mengeluh perlahan.
"Penatlah ibu..Bella tak nak kerja jadi jururawat.. Lagipun kerja Bella sekarang ni okay apa?..Gaji pun bagus..Apa salahnya kalau Bella kerja saja dekat situ.."
"Bella..Cuba dengar cakap ibu..ibu nak yang terbaik untuk Bella.."ujar ibu dalam nada berat.
"Hmm..Iyalah ibu..Bella ikut cakap ibu.."Akhirnya aku mengalah.Nampaknya tak lama lagi terpaksalah aku berhenti kerja.Mesti aku akan rindu dengan cik Dania, Rose dan Sue.Ahh!!,aku tak suka!!.
YOU ARE READING
CinderBella (DOML Book 2) (Terbitan KarnaDya July 2018)
Romans**Enjoy + komen & vote** DOML (part 2)