Terbang.

16 2 0
                                    

Mahu saja aku aturkan langkah lari darimu,
Namun kemana sahaja aku pergi engkau mengekori,
Apa sahaja yang aku lakukan engkau ketahui,
Dikawal seperti sebuah robot,
Yang tidak punya perasaan dan kemahuan,
Aku tak pasti apa yang harus aku lakukan,
Ingin saja aku terus pergi.

Andai aku melupakanmu aku tidak mampu,
Kau nyawaku,
Yang memberi semangat untuk aku terus hidup,
Tapi kau juga adalah racun,
Yang membunuhku dengan setiap bait bicaramu,
Sayap untuk aku terbang bebas hilang,
Di dalam sangkar emas ini aku menanti,
Berharap,
Agar dapat hidup bebas seperti yang lain,
Aku ingin terbang.

Terbang.Where stories live. Discover now