Aku bersiap pagi ini, baju dress paras lutut aku gayakan dengan seluar jeans skinny yang berwarna biru gelap. Aku hanya menepek bedak nipis, tak mahu terlalu over.
Minyak wangi disembur pada baju, leher dan pergelangan tangan. Lip balm disapu sebelum memakai pemerah bibir berwarna merah terang jenis tint. Aku hanya menyapu pada bahagian dalam bibir agar ada kontra warna.
"Ann! Sini!" Panggil JungAe dari jauh yang sudah berada bersama SeungJo. Taehyung turut berada di situ. Aku menelan liur apabila mata aku dan Taehyung bertembung. Pamahan mata playboy amat berbahaya!
Aku berlari-lari anak ke arah mereka. Akhirnya aku mengalah untuk mengikut mereka ke taman tema yang baru dibuka. Setelah dipujuk rayu setiap minit, aku jadi rimas dan terpaksa mengiyakannya. Haih, rasa menyesal pula.
"Ini." SeungJo memberi aku tiket masuk ke taman tema. Awalnya dia beli.. Aku menyambutnya. SeungJo turut membahagikan tiket kepada Taehyung.
Taehyung menjeling aku sekilas. Senyuman manis dilemparkan ke arah aku. Panahan matanya lain macam, seperti menusuk tembus jantung aku sehingga membuatkan aku semakin menyesal setuju dengan rancangan mereka.
"Apa kata kita masuk Hunted Mansion bersama? Selepas itu Hunted Maze. " cadang JungAe penuh teruja.
"Sounds good." kata Taehyung lalu memandang ke arah aku. "Awak, awak nak pergi mana?"
Aku meneguk liur lagi, kenapa lembut sangat cara percakapannya? Kedengaran seperti alunan muzik yang beralun. "Saya ikut je." kata aku acuh tak acuh. Seram sejuk aku apabila melihat wajah Taehyung.
"Kalau begitu jom!" JungAe manarik lengan SeungJo kehadapan meninggalkan aku dan Taehyung berdua-duaan di belakang. Aku tak bercakap denganya malah hanya mengunci mulutku.
"Nama awak Ann kan?" tanya Taehyung memecah suasana dingin antara kami. Aku mengangguk kecil. Bukan mahu berbangga tetapi memang aku agak terkenal di U.
"Awak ambil kos apa?" tanya nya lagi.
"Dekor and designer." balas aku pendek.
"Awak minat seni dan menyusun atur? Wah, bukan calang-calang orang boleh menceburkan diri di dalam bidang ini malah kebanyakan dari mereka hanya minat tetapi tidak mempunyai kemahiran. Patutlah gaya awak sentiasa feminin dan cantik dipandang."
Taehyung memuji aku sambil melempar senyuman nya. Bibirnya memang tidak lekang dari senyuman. Mungkin kerana itu mereka menggelarnya Prince Charming. Rupanya kerana dia pemurah dengan senyuman.
"Gumawo." aku mula cuba membiasakan diri dengannya. Namun title playboy tetap aku sematkan di otak supaya aku tidak terjerumus dengan mereka yang tergila-gilakan Taehyung.
Aku dan Taehyung beratur bersebelah di barisan Hunted Mansion. Ketika ini aku teringat peristiwa aku dan Shakespeare sama-sama masuk ke dalam Hunted Mansion.
Oleh kerana aku terlalu gugup untuk mempelawa SeungJo bersama masuk ke sana lalu nama Shakespeare meniti laju di bibir secara automatic dan akhirnya aku menyesal.
SeungJo dan JungAe melangkah masuk ke dalam tempat duduk yang kelihatan sepeti gerabak kereta api mini tanpa bumbung. SeungJo memegang tangan JungAe membatunya naik ke atas.
Gerabak itu dihias mengikut tema seram. Lukisan hantu serta darah banyak terpampang. Lukisan orang mati dan dipotong kepala sepeti realiti. Tali pinggang di semat rapi. Kereta api mini terus bergerak apabila lampu hijau dinyalakan.
Selepas beberapa minit, tiba giliran aku dan Taehyung. Taehyung menaiki gerabak itu dahulu sebelum berdiri dan membongkokkan badan sambila tangan di hulurkan.
Aku jangal mahu menyambutnya. Entah macam mana aku tergelincir dan segera Taehyung memeluk bahu aku dan aku memegang erat kedua lengan Taehyung. Segara aku lepaskan apabila aku menyedarinya.
Terlihat senyuman penuh misteri di bibirnya apabila memandang ke arah aku. Muka aku sudah jadi seperti tomato. Malu plus segan yang teramat.
"Gwaenchana?" tanya Taehyung sesudah aku melabuhkan punggung di atas tempat duduk itu. Aku mengangguk.
Lampu hijau kini dinyalakan aku sedikit terkejut apabila gerabak seolah-oleh terlompat sedikit apabila ia mula bergerak. Taehyung kelihatan tenang.
Suasana semakin gelap setiap kali gerabak ini semakin masuk ke dalam lorong gelap itu. Tiba-tiba suara perempuan menjerit kedengaran kuat dan sejurus itu muncul satu imej lelaki memegang sebilah kapak.
Kapak dihayunkan lalu kepala perempuan itu terpenggal sambil jeritan yang tiba-tiba lesap. Darah terpancut sana sini.
Aku menutup mata. Ngeri, seolah-olah perkara itu benar terjadi meski itu hanya permainan pancaran LED di dalam bentuk 7D.
Wajah Taehyung seperti mula, tenang sepeti tiada apa yang berlaku. Bagi dia biasa ke? Kenapa tiada riaksi. Bukan takut malah senyuman pula yang terukir.
Gerabak terus bergerak. Aaaaaaa!!! Muncul mayat yang hodoh dan bermuka seram jatuh betul-betul di hadapan aku dan Taehyung.
Mayat itu tergantung kaki ke atas dan kepala ke bawah di hadapan muka aku. Matanya terbeliak serta mulut ternganga luas. Pada pipinya ada kesan jahitan.
Aku sudah memeluk lengan Taehyung secara tidak sengaja kerana tindakan refleks. Perlahan-lahan patung seakan-akan mayat itu di tarik semula ke atas.
Hunted Mansion ini betul-betul mahu membunuh orang yang mempunyai sakit jantung. "Dah tak ada lah." kata Taehyung menyedarkan aku daripada terus memeluk lengannya.
"Mian." aku menundukkan muka. Semakin berbahang rasanya muka aku ini. Ann!! Apa kau dah buat?
Bersambung~
YOU ARE READING
Shakespeare 2: Cinta Musim Luruh
FanfictionSudah 3 tahun berlalu, Ann masih berharap pada Shakespear si mulut manis. Suatu hari, Ann terserempak dengan seseorang yang amat mirip seperti Shakespear. Siapakah dia? Shakespear di dunia moden? Kini MinHo kembali dalam hidup Ann. Lelaki yang perna...