Chapter 4

32 9 0
                                    

"Mian." aku menundukkan muka. Semakin berbahang rasanya muka aku ini. Ann!! Apa aku dah buat?

Taman tema terbaru ini 10 kali ganda lebih menyeramkan dari Hunted Mansion ketika aku dan Shakespeare masuk dahulu.

"Gwaenchana, awak boleh peluk saya bila-bila masa saja kalau awak mahu. Saya sanggup pinjamkannya kepada awak."

Taehyung tersenyum lagi. Aku tak berani mengangkat muka kerana terlalu malu. Muka terasa begitu tebal dan semakin menebal.

Keluar dari Hunted Mansion aku berasa amat lemah semangat, pelbagai traedi berlaku. Dan setiap tragedi yang berlaku lengan Taehyung menjadi mangsa pelukan aku yang secara spontan.

Dari situ aku bertambah-tambah tidak selesa dengannya. Yang memusykilkan aku, kenapa Taehyung kelihatan begitu tenang? Tak cukup seram?

"Bagaimana, best?" tanya SeungJo kepada aku. Muka aku sudah pucat lesi. Begitu juga dengan muka JungAe. Tubir mata JungAe sudah berair. SeungJo mengelap air mata yang mengalir.

"Cengenglah awak ni JungAe." SeungJo tergelak kecil. JungAe mengerutkan keningnya lalu dicubit lengan SeungJo. Aku turut tergelak melihat telatah manja dan comel mereka.

"Ann boleh tahan cengeng juga." kata Taehyung sambil menggelak akan aku. Aku memandang Taehyung panas.

"Jom Ann! Jangan layan mereka." JungAe manarik lengan aku dan meninggalkan Taehyung dan SeungJo. "Jangan main jauh-jauh." laung SeungJo bersama tawa yang masih tersisa.

"Menyampah betul dengan SeungJo tu! Dari tadi asyik gelakkan aku saja sejak keluar dari tempat berpuaka tu!" JungAe mengeraskan mukanya. Aku menahan tawa, gaduh-gaduh manja.

"Taehyung pula asyik melontarkan kata-kata manis seperti gula campur madu campur caramel dan segala jenis manisan yang sejenis dengannya. Muka aku terasa tebal beinci tebalnya bila aku acap kali memeluk lengannya. Aku bukan sengaja pun, itu tindakan refleks!"

Aku turut meluahkan ketidak puas hatian aku. "Kau peluk lengan Taehyung? Untungnya!!" serta merta mood JungAe berubah.

Apa aku salah dengar apa yang JungAe kata tadi? Untung?! "Apa yang untungnya?!" aku membutangkan mata. JungAe ni demam ke apa?

"Ye lah, dia dah 1 bulan single dan banyak me'riject' perempuan. Kau patut berbangga kerana ini kali pertama dia mempunyai rekod sebulan tanpa pasangan dan tiba-tiba dia cuba mengorat kau!!" JungAe menerangkan kepada aku dengan teruja.

"Are you outta your mind? Playboy still a playboy! No matter how long he is been single!" aku sudah speaking bahasa omputeh.

"Tak payah speaking sangat lah. Aku cuma bagi tahu." kata JungAe sambil membuat poker face.

"JungAe, jom makan aiskrim!" aku mentala kan pandangan ke arah kedai yang mejual aiskrim extra besar. "Jom!"

"Boleh bagi saya perisa yogurt asli campur yogurt buah-buahan?" tanya aku kepada penjual. "Nae. Big cup or cone?" tanya nya kepada aku kembali "Big cup." kata aku.

JungAe turut memesan aiskrim kegemarannya. Aku berjalan beriringan dengan JungAe sehinggan..Pokk!! Hampir sahaja aiskrim di tangan hampir terjun ke tanah.

Aku memandang ke kiri. Benda pertama aku nampak ialah halkum seorang lelaki. Lelaki itu agak tinggi kerana aku hanya separas tengkuknya.

Apabila aku mendongak memandang mukanya. Macam kenal. "JiAnn?" lelaki itu menyeru nama aku. Aku semakin aneh. Bagaimana dia tahu nama panggilan aku yang jarang orang gunakan?

"Nugusaeyo? (Siapa awak?)" tanya aku kepadanya.

"Han JiAnn, kan?!" tanya nya yakin. Kini nama penuh aku pula yang di sebut. Terus tubuh aku berada dalam dakapannya. Dia memeluk aku erat.

JungAe terdiam seperti tugu negara. Segara aku menolak tubuhnya menjauh. "Kau siapa?!" tanya aku marah kerana tiba-tiba sahaja memeluk aku.

"Lee MinHo. Don't you remember?" lelaki itu cuba meraih tubuh aku lagi namun segera aku tepis. Tak mungkin! Tak mungkin MinHo yang tu?!

"Aku tak kenal kau, maaf. Kau salah orang." aku terus melarikan diri darinya. Kenapa baru sekarang kau mahu tunjuk muka?!

"Siapa dia Ann?" JungAe mengejar langkah aku. Aku memperlahankan langkah. "Aku tak kenal. Dia salah orang." Aku menafikannya.

"Salah orang? Beraninya dia peluk kau secara tiba-tiba. Itu gangguan sexual tau tak?!" JungAe mula risau. Aku tidak membuka mulut. Aku terdiam kerana masih terkejut dengan apa yang terjadi.

Bersambung~

Shakespeare 2: Cinta Musim LuruhWhere stories live. Discover now