Beginning

95 7 4
                                    

Aku sedang leka menonton televisyen. Cerita kartun doraemon terpampang di skrin televisyen. Bunyi pekikan jiran membuatkan aku rasa geram.
"Kalaulah aku boleh hidup di dunia tau planet aku sendiri. Pasti seronok! " omel Edrina.
Edrina menghampiri televisyen 48 inci miliknya. Dia memejamkan matanya untuk seketika. Apabila matanya dibuka semula, dia melihat dirinya di alam yang lain.

Tempat itu kelihatan sangat berbeza dengan dunia asalnya. Orang-orang di sana nampak begitu ceria. Mereka tidak seperti jiran-jirannya. Edrina berjalan-jalan lalu terlanggar sesorang yang seakan-akan rakannya.
"Maafkan saya, saya betul-betul tidak sengaja. "Edrina memohon maaf.
"Tidak mengapa. Mengapa anda tidk berpakaian seperti kami?Anda sungguh pelik! "kata gadis yang bersuara pelik itu.
"Eh... Aku tidak peliklah. Kau yang pelik! "marah Edrina.
Suara mereka berdua didengar oleh yang lain. Mereka pun dihampiri.
"E-00,apa yang terjadi? Mengapa bising-bising? "Tanya salah seorang daripada mereka.
"Tiada apa-apa. Cuma, dia kelihatan aneh dan tidak seperti kita."kata E-00.
"Oh...begitu. Dia harus dibawa menghadap ketua E-01."kata yang lain.
Lalu, Edrina diheret oleh mereka ke sebuah bangunan yang cantik sekali. Kanak-kanak riang bermain di luar bangunan itu. Dari cermin lut sinar, Edrina ternampak susuk tubuh ketua E-01 yang dikatakan tadi.
"Apa yang terjadi? Mengapa datang beramai-ramai ke sini? " tanya ketua E-01 kepada mereka.
"Saya E-61.Ketika kami bersiar-siar di luar, E-00 telah dilanggar oleh seseorang yang aneh. Jadi, kami mengambil keputusan untuk membawanya menghadap ketua. " seorang pemuda yang tinggi lampai bersuara.
"Maafkan saya. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh sampai ke sini. " jelas Edrina.
"Jadi, pasti kamu makhluk bumi, bukan? Patutlah kamu begitu aneh sekali! " laung ketua E-01.
"Saya memang makhluk bumi tetapi saya dapati saya telah berada di sini sebaik sahaja saya membuka mata saya. Kalaian semua sangat berbeza daripada kami. Pasti seronok jika saya dapat jadi seperti kalian! " tutur Edrina.
Seorang lelaki berambut perang maju ke hadapan dan berkata,
"Sudah tentu kita tidak sama. Anda bukan dari planet ini! "
"Yee Shin? Kamu Yee Shin, kan? "Edrina cuba menghampirinya.
"Siapa Yee Shin? Tiada siapa yang menggunakan nama seperti itu. Makhluk di sini hanya dinamakan dengan huruf 'E'dan nombor. Mislnya, Yee Shin yang anda katakan ialah E-68."tegas ketua E-01.
"Wah! Begitu menakjubkan sekali. "Edrina terpegun.
"Anda juga akan Adi seperti mereka jika anda ingin menjadi makhluk di sini. "E-61 berkata.
"Maksud kamu, saya juga boleh menjadi makhluk di sini? " tanya Edrina ingin tahu.
"Ya. Tetapi, anda kena ingat, anda tidak boleh pulang ke bumi tampa izinku. Anda juga perlu bertutur, makan dan mengamalkan gaya hidup seperti kami semua. " terang ketua E-01.

Edrina terdiam. Dia berfikir sejenak akan kata-kata E-01.Dia buntu. Ada baiknya dia di sini, tetapi bagaimana dengan bumi asalnya?
Kemudian, Edrina menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.
"Baikah. Saya setuju! " dengan berani Edrina berbicara.
Orang-orang di sana tersenyum gembira. Mereka menghulurkan kepingan sebagai tanda menyambut insan baharu itu. Setelh itu, di dibawa ke rumah barunya dan diberikan layanan yang sangat baik.

Aku kini bahagia di planet yang bernama EXOluxion. Aku ingin terus kekal di sini. Kadamg kala, aku akan pulang ke tempat asalku dan menceritakan tentang pengalamanku di sini. Mujur ketua E-01 memberi keizinan untuk ku melawat keluarga dan rakan-rakanku di sini.

Pengembaraan di EXO'LuxionWhere stories live. Discover now