"Queen Mags kita untuk tahun ini telah dipilih dan kami semua sebulat suara . Antara calon-calonnya ialah Merlina , Rizzy , Giena dan Ainy . " Semua murid bertepuk tangan mendengar nama nama calon . Ada juga yang bersorak kegembiraan .
"Dan .. Queen Mags tahun ini ialah ... " Bunyi drum berdentum.Membuatkan semua murid saspens tahap gila. "Ainy Safira!!" Bom diletupkan . Kertas berwarna-warni bersepah-sepah di atas pentas . Belon-belon berwarna juga dilepaskan .
Ainy menaiki pentas dengan senyuman yang melebar . Tidak sangka akan dinobatkan sebagai Queen Mags dan berjaya mengalahkan diva sekolah , si Merlina gadis berdarah kacukan Perancis !
Puan Fatimah menyampaikan jambangan bunga . Dan tiara perak kepada Ainy . Kain sutera disarungkan menyeget di badan Ainy . Tertulis "Queen Mags of 2016 " .
Ainy tersenyum gembira . Dia tidak menyedari seorang gadis memerhatikan dia dengan riak wajah tidak puas hati . Gadis itu kemudian mencerlung tajam kepadanya. Otak gadis itu ligat berfikir untuk acara membalas dendam .
"Tahniah Ainy!Tak sangka betul awak seorang yang cantik sehingga boleh memenangi Queen Mags of 2016! " Iffa memuji sambil membelek-belek tiara perak Ainy . Kembang kempis hidung Ainy kerana dari tadi ramai memujinya . Gadis yang tadi memerhatinya , sekali lagi menjeling tajam kerahnya .
"Kenapa muram ni Lina? " Azzy menegur . Melihat sahabat baiknya yang tak senang duduk membuatkan dia pelik. " I ni tak cantik ke Azzy ? " Merlina memandang tepat muka Azzy . Azzy mengangguk kepalanya . "You prettier than . " Azzy memuji . Merlina tersenyum lebar .
"Azzy ." Panggil Merlina perlahan." Petang ni tolong cakap kepada semua 4PG jumpa I kat Giant okay? " Merlina membisik ke telinga Azzy. "Baik Lina ." Azzy mentabik tangan .
-------------
"Girls ! " Jerit Azzy .Dua gadis yang bergelak ketawa memandang ke arah suara itu. Mereka tersenyum dan pergi ke arah Azzy ."Merlina suruh Airyn dengn Ari berkumpul kat Giant petang ni . "
Azzy berbisik ke telinga Airyn. Airyn mengangguk laju . Segera mendekati Ari dan membisikkan ketelinganya .---------
Empat orang gadis berkumpul di meja makan KFC dan memulakan sesi mengossip . "I betul-betul tak percaya dia kalahkan you ! " Ari menjerit kecil. Merlina hanya membuat muka 'menyampah' -nya ."Sebelum dia pindah sini dua tahun lalu, I selalu menjadi Queen Mags setiap tahun ! " Merlina mencerlung tajam.Masih tidak puas hati dengan keputusan dia tewas dengan pelajar biasa dalam mencari Queen Mags .
"Four snack plate are ready , madam ." Pelayan restoran itu menekan loceng berkali-kali. Airyn bangun dari kerusi dan mengambil hidangan mereka. Empat cawan air milo di ambil Ari . Azzy dan Merlina masih galak bergosip tentang Queen Mags .
"I ada plan yang boleh buatkan takhta Queen Mags jadi milik I."Merlina senyum sinis sambil memakan coleslow KFC itu . Rakan-rakannya memandang sesama sendiri.
---------
Sejambak bunga ros hidup dimasukkan kedalam pasu berair. Kain sutera digantung di dinding dekat dengan katil. Tiara perak di masukkan ke dalam bekas kaca khas dan diletakkan di atas bantal kecil berwarna merah .
Ainy tersenyum lebar. Tidak sangka akan memenangi Queen Mags 2016 Puchong Perdana . Walaupun baru dua tahun memasuki sekolah itu ,this is the first time ! Ainy pergi ke meja solek dan membelek belek mukanya .
"Boleh tahan cantik . Hmm ." Ainy mencubit manja pipinya yang kemerah-kemerahan . Kemudian dia menutup matanya sambil bibir tersenyum senyum .
'Ainy awak sungguh cantik . Kenapa saya tidak menerima awak dulu? '
"Ouh Azim .. Saya memang cantik .. " Ainy sekali lagi tersenyum . Muka Azim bermain-main di fikiran nya . Badan Azim yang tinggi lampai seperti menghulurkan tangan kepadanya . Dan dia pun menyambut dan ...
Tok!Tok!Tok!
"Nyni, Iffa datang ! " Lamunan Ainy terhenti . Serta merta wajah kacak Azim hilang dari pandangan . Mukanya yang tersenyum juga berubah masam mengalahkan limau .
"Mama ni kacau daun la ! " Kata Ainy sambil menuruni tangga . "Eik , dalam bilik dia ada daun ke?" Puan Hasnah memasuki bilik Ainy dan mencari 'daun' yang Ainy katakan . Kelakar juga Puan Hasnah ni kan .
Ainy duduk di sofa empuk milik mamanya . Orang di hadapannya di pandang sekilas. "Asal awak datang ni?" Tanya Ainy lembut . "Jumpa awak la , takkan nak ajak awak disko kot? " Jawab Iffa selamba .
"Awak pun sama , kacau daun !" Ainy mencebik bibirnya . "Eleh , mengelamun pasal Azim la tu. " Iffa menjelirkan lidahnya . "Eh mestilah . Eh eh awak, saya potong lidah tu karang . " Iffa senyum kambing .
"Saya dengar ada celebration untuk awak ! " Iffa mengangkat tangannya ke udara dan mengoyang-goyangkan tangannya . "Hah! celebration apa?" Ainy mengangkat sebelah keningnya.
ToBeContinued
YOU ARE READING
Misi Kecantikan Ainy ✔
Teen FictionAiny Safira , gadis berkulit putih melepak dgn pipi kemerah-merahan . Wajahnya yang cantik bertukar ke wajah seperti peria!Jerawat tumbuh merata tempat , kulit gelap akibat pancaran matahari dan kulit dipenuhi dgn bintik-bintik hitam yang memalukan...